Nord-Pas-de-Calais

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Nord-Pas de Calais merupakan salah satu daripada 26 daerah di negara Perancis. Ia menggabungkan departmen Nord dan Pas-de-Calais di utara dan menyempadani Belgium.

Sehingga akhir abad ke-20, "Nord" juga merupakan nama daerah, selain daripada nama departmen. Pada suatu ketika, daerah ini merupakan sebahagian Belanda Selatan di Negeri-Negeri Pamah, tetapi menjadi sebahagian Perancis pada 1713. Provinsi-provinsi kini yang dirangkumi oleh Nord-Pas de Calais termasuk, terutamanya Artois dan Flanders (Flandre dalam bahasa Perancis), dengan nama-nama tersebut masih sering digunakan oleh penghuni.

Nord-Pas de Calais adalah sebuah daerah yang terlalu padat, dengan lebih kurang 4 juta penghuni yang merupakan 7% daripada jumlah seluruh penduduk di Perancis. Oleh itu, daerah ini merupakan daerah yang keempat terbanyak penduduk di dalam negara, dengan 83% daripada mereka duduk di komuniti-komuniti bandar. Pusat pentadbirannya ialah bandar raya Lille. Bandar-bandar utama yang lain termasuk Valenciennes, Lens, Douai, Béthune, Dunkirk, Maubeuge, Calais, Boulogne-sur-Mer, dan Arras.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.