Nordiana Mohd Naim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Diana Naim
Latar belakang
Nama lahir Nordiana Mohd Naim
Juga dikenali sebagai Diana Naim
Berasal dari Malaysia Muar, Johor, Malaysia
Pekerjaan Penyanyi
Tahun aktif 2000-an
Kegiatan berkait Suhaimi

Nordiana Mohd Naim atau lebih dikenali sebagai Diana Naim atau Ina Naim, adalah seorang penyanyi yang berasal dari Johor, Malaysia. Beliau merupakan penyanyi wanita pertama di bawah Hijjaz Records. Dilahirkan pada 19 Mac 1984 di Muar, Johor, beliau dibesarkan di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor. Beliau mempunyai kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia.

Diana merupakan bekas tunang Asmawi Ani (10 Februari 2004 - 10 Julai 2006), namun kini telah berkahwin dengan Mohd Suhaimi bin Saad, bekas ahli kumpulan In-Team pada 12 Ogos 2007.[1] Mereka mempunyai seorang anak lelaki bernama Ehmad Hadie Elfardie.[2] Anak keduanya, juga lelaki, baru lahir pada 12 Oktober 2010.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Diana telah belajar vokal dengan Syafizawati Sharif yang terkenal dengan panggilan Cikgu Syafi, bekas guru vokal Akademi Fantasia musim keempat.

Diana pernah mucul dalam album kompilasi raya Hijjaz, Lembaran Syawal menerusi lagu Tak Punya Siapa dan berpadu suara dalam Joget Lebaran. Diana menghasilkan album mini solonya, Duhai Hati yang menampilkan beberapa penggubah ternama tanah air seperti anggota kumpulan Hijjaz, Fauzi Marzuki dan Yasin sebagai pencipta lagu dan penulis lirik.

Diana khabarnya telah mengambil keputusan mahu bersara daripada bidang nyanyian. Lagipun, kontraknya bersama Hijjaz Record Sdn. Bhd. sudah tamat. Sebaliknya, beliau mungkin berlakon atau menjadi pengacara.[3]

Album[sunting | sunting sumber]

  1. Duhai Hati
  2. Lukisan Hati

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

  1. Duhai Hati
  2. Lukisan Hati
  3. Sempurna
  4. Bersarang Di Hati
  5. Rebah dan Mencari Dia

Drama bersiri[sunting | sunting sumber]

  • Air Mata Maria (26 siri - Scope Production)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Majlis Akad Nikah Suhaimi dan Ina Naim, Nasyeed.Com
  2. Nabi pun ampunkan umat, Kosmo
  3. Ina Naim bersara menyanyi, Berita Harian