Noria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sebuah noria di Sepanyol.
Noria-noria di Hama di tebing Sungai Orontes di Syria.

Noria (Bahasa Arab: ناعورة‎, nā‘ūra, daripada Templat:Lang-syr, nā‘urā) ialah sebuah mesin untuk mengangkut air ke dalam sebuah akueduk kecil untuk tujuan pengairan.

Terdapat tiga jenis noria. Contoh yang paling biasa terdiri daripada kincir menegak yang disangkut dengan serantai baldi. Baldi-baldi itu terendam di dalam perigi yang mungkin sedalam 8m (26 kaki). Noria yang paling primitif bagi jenis ini digerakkan oleh keldai, baghal atau lembu jantan. Haiwan-haiwan itu memutarkan roda bergerigi yang disambungkan dengan noria dan menyebabkannya berputar. Ini menyebabkan baldi-baldi itu berkitar.

Jenis noria yang kedua menggunakan sistem yang sama iaitu serantai baldi tanah liat atau kayu tetapi ia digerakkan oleh angin. Angin menggerakkan noria di kawasan sekitar Cartagena, Sepanyol yang hampir-hampir serupa penampilannya dengan kilang pengisar tempatan.

Jenis noria yang ketiga menggunakan tenaga daripada aliran sungai. Ia mengandungi sebuah roda air aliran bawah yang sempit dan besar, rimnya terdiri daripada satu siri bekas air yang mengangkut air daripada sungai kepada sebuah akuaduk kecil pada bahagian atas roda itu. Tidak seperti roda air yang ditemui dalam kincir air, noria tidak membekalkan kuasa mekanik kepada sebarang proses-proses lain. Konsepnya serupa dengan pelantak hidrolik moden yang juga menggunakan kuasa aliran air untuk mengepam air keluar daripada sungai.[1]

Sebilangan kecil noria adalah kacukan yang mengandungi roda air yang digerakkan oleh haiwan.

Noria mampu menaikkan air ke tahap yang agak kurang daripada ketinggian penuhnya. Noria terbesar di dunia yang berdiameter lebih kurang 20m, terletak di bandar Hama, Syria.

Ia menjalankan fungsi yang serupa dengan pam rantai (termasuklah saqiya), dan pam-pam lain, iaitu mengerakkan air dari aras rendah ke aras yang lebih tinggi, tetapi pam-pam ini secara umumnya digerakkan oleh kaedah-kaedah lain, bukan melalui roda air.

Asal-usul[sunting | sunting sumber]

Ada pihak yang mengatakan bahawa cakkavattaka yang disebut dalam sebuah India tahun 350 SM adalah noria, namun pihak-pihak lain mempertikaikan kenyataan ini (lihat kincir air). Yang pasti ia disebutkan Lucretius (mati pada 55 SM) yang menyebutkan 'sungai-sungai yang memutarkan roda-roda dan baldi-baldi'.[2] Alat ini mungkin telah digunakan di Timur Dekat purba sejak kira-kira 200 SM.[3]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Ancient_Discoveries tidak disediakan
  2. T. S. Reynolds, Stronger Than a Hundred Men: A History of the Vertical Water Wheel (Johns Hopkins University Press 1983), 14-17. ISBN 0801872480.
  3. Donald Routledge Hill (1996), "Engineering", in Roshdi Rashed, Encyclopedia of the History of Arabic Science, Vol. 3, p. 751-795 [775].

Pautan luar[sunting | sunting sumber]