Noriah Kasnon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Noriah Kasnon

PSM; DSAP (Pahang); DPSM (Melaka)
Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi
Dalam jawatan
16 Mei 2013 – 5 Mei 2016
Perdana Menteri Najib Razak
Didahului oleh Hamzah Zainudin (2009-2013)
G. Palanivel (2010-2011)
Digantikan oleh Datu Nasrun Datu Mansur
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Dalam jawatan
2009–2013
Perdana Menteri Najib Razak
Menteri Peter Chin Fah Kui
Didahului oleh Joseph Salang Gandum
Digantikan oleh Mahdzir Khalid
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Dalam jawatan
2008–2009
Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi
Menteri Ng Yen Yen
Didahului oleh G. Palanivel
Digantikan oleh Chew Mei Fun
Anggota Parlimen Malaysia
untuk P93 Sungai Besar, Selangor
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 5 Mei 2016
Didahului olehKawasan baru
Digantikan oleh Budiman Mohd Zohdi
Butiran peribadi
Lahir(1964-01-02)2 Januari 1964
Tanjung Karang, Selangor, Persekutuan Malaysia
Meninggal dunia5 Mei 2016(2016-05-05) (umur 52)
Sebuyau, Betong, Sarawak, Malaysia
Parti politik Barisan Nasional
UMNO
PasanganAsmuni Abdullah
PekerjaanAhli Parlimen

Tan Sri Dato' Hajah Noriah Kasnon (2 Januari 1964 – 5 Mei 2016) merupakan bekas Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi. Beliau juga merupakan bekas Ahli Parlimen Sungai Besar, Selangor dari UMNO.[1][2][3][4]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Noriah telah diundi pada Parlimen di pilihan raya 2004 bagi kerusi Sungai Besar yang baru diwujudkan.[1] Sejak daripada itu, beliau berkhidmat sebagai Timbalan Menteri di pelbagai portfolio, termasuk Tenaga, Teknologi Hijau dan Air,[5] dan Pembagunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.[6] Pada Mei 2013, beliau memegang jawatan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi sehingga kematiannya.[7]

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Parlimen Malaysia: P93 Sungai Besar, Selangor[8]
Tahun Kerajaan Undi Prts Pembangkang Undi Prts Majoriti
2004 Noriah Kasnon (UMNO) 15,337 64% Sallehen Mukhyi (PAS) 7,988 33% 7,349
2008 Noriah Kasnon (UMNO) 16,069 58% Osman Sabran (PAS) 11,060 40% 5,009
2013 Noriah Kasnon (UMNO) 18,695 49% Mohamed Salleh M Husin (PAS) 18,296 48% 399

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Noriah dan suaminya, Asmuni Abdullah telah terkorban dalam nahas helikopter AS 350 berdekatan dengan Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei 2016. Mereka sedang dalam perjalanan dengan beberapa pegawai kerajaan yang lain dari Betong ke Kuching apabila helikopter tersebut hilang hubungan. Serpihan jentera telah dijumpai di Sungai Batang Lupar pada hari berikutnya. Nahas tersebut turut mengorbankan Dato' Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, wakil rakyat bagi Kuala Kangsar, Perak dan Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).[9][10][11] Jenazah allaryarham telah dibawa balik ke Selangor dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 12 Sungai Burong, Sabak Bernam.[12][11]

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Pada 4 Jun 2016, sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dari Kedah telah mengurniakan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) secara anumerta kepada Allahyarhamah Noriah, yang membawa gelaran "Tan Sri".[13][14][15]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Malaysia Decides 2008 (includes 2004 results)". The Star (Malaysia). Dicapai pada 10 January 2010.
  2. ^ Abd Ghani, Rashidah (30 December 2009). "More Recognition For Women in 2009". Bernama. Dicapai pada 9 January 2010.
  3. ^ "Noriah: Jail and fine for offenders". The Star. 18 November 2008. Dicapai pada 9 January 2010.
  4. ^ "New cabinet reflects election results". The Mole. 17 May 2013. Dicapai pada 30 March 2015.[pautan mati kekal]
  5. ^ Abd Ghani, Rashidah (30 December 2009). "More Recognition For Women in 2009". Bernama. Dicapai pada 9 January 2010.
  6. ^ "Noriah: Jail and fine for offenders". The Star. 18 November 2008. Dicapai pada 9 January 2010.
  7. ^ "New cabinet reflects election results". The Mole. 17 May 2013. Dicapai pada 30 March 2015.[pautan mati kekal]
  8. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. Dicapai pada 14 June 2010. Percentage figures based on total turnout.
  9. ^ "Copter crash: Tragedy strikes fear among campaigners". The Star Online. 6 May 2016. Dicapai pada 8 May 2016.
  10. ^ "Condolence messages, tributes pour in for Noriah Kasnon". Free Malaysia Today. 6 May 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-11. Dicapai pada 8 May 2016.
  11. ^ a b "Tiga jenazah nahas helikopter dikebumikan hari ini". Bernama. Malaysiakini. 8 May 2016. Dicapai pada 9 May 2016.
  12. ^ "Noriah Kasnon's remains laid to rest". The Malay Mail. 7 May 2016. Dicapai pada 8 May 2016.
  13. ^ "Peguam Negara dahului senarai penerima darjah kebesaran". Bernama. Berita Harian. 4 June 2016. Dicapai pada 6 June 2016.
  14. ^ "1,546 honoured on King's birthday". Bernama. The Star. 4 June 2016. Dicapai pada 6 June 2016.
  15. ^ "Attorney-general heads recipients of 2016 federal awards, honours". Bernama. Malaysiakini. 4 June 2016. Dicapai pada 6 June 2016.