Norihiro Yagi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Norihiro Yagi (Jepun: 八木 教広, Hepburn: Yagi Norihiro, lahir 1968) merupakan seorang mangaka shōnen.

Yagi dilahirkan pada tahun 1968 di Okinawa, Jepun. Dia mula melukis manga pada tahun 1990.

Norihiro Yagi ialah seorang mangaka yang berjaya, selepas kemenangan anugerah 32nd Akatsuka Award bagi manga pertamanya, Undeadman. Undeadman muncul di Monthly Shonen Jump dan mempunyai dua sambungan. Manga bersiri Yagi yang pertama berjudul Angel Densetsu, yang muncul di Monthly Shonen Jump dari tahun 1992 hingga 2000. Manga Yagi yang terbaru, iaitu Claymore, telah diterbitkan dalam majalah sejak 2001.

Perkara-perkara yang gemar dilakukan Yagi termasuklah mendengar lagu-lagu kategori hard rock, bermain permainan video, memandu dan melakukan seni bela diri. Pasangan komedi yang diminati Yagi ialah Downtown.[1]

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Manga Claymore, Jilid 1, Pengenalan