Yana Samsudin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Norliana samsudin)
Lompat ke: pandu arah, cari
Yana Samsudin
Anugerah Lawak Warna Astro Ceria 2013 2013-10-31 20-46.png
Kelahiran Norliana Samsudin
25 September 1985 (29 tahun)[1]
Nama lain Yana Samsudin
Pekerjaan Pelakon, Pengarah, Penyanyi, Penulis skrip
Tahun aktif 2008–Kini
Anugerah Ijazah Sarjana Muda Seni Layar, UiTM Shah Alam
Laman web
http://www.yanasamsudin.com

Yana Samsudin, atau nama sebenarnya Norliana Samsudin, ialah seorang pelakon, pengarah, penulis skrip, penyanyi dan model perempuan yang berasal dari Yong Peng, Johor, Malaysia.[2] Namanya mula dikenali setelah berjaya mengarah sebuah filem pada usia 23 tahun iaitu Selamat Pagi Cinta dan memulakan kerjayanya sebagai pelakon menerusi telefilem Lu'Lu dan filem Adnan Sempit.

Dia memegang watak utama sebagai Siti Ratna drama slot Lagenda TV3 dan TV9, Siti Kelembai yang telah meraih rating tertinggi 2.5 juta penonton di TV9.[perlu rujukan]

Nama Yana Samsudin lebih melonjak naik apabila memegang watak Kak Yong dalam filem Bini Biniku Gangster seterusnya telah merangkul Anugerah Pelakon Filem Wanita Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012, Yana juga telah berjaya merangkul Anugerah Heroin Terhebat dalam Anugerah Blokbuster 1 & 2.

Selayaknya beliau dipanggil 'Primadona Mainstream Future Film' kerana beliau telah membintangi filem filem yang mencatatkan kutipan pecah panggung di Malaysia.[perlu rujukan]

Dia juga di gelar #DarlingMalaysia apabila muncul di rancangan Awal Lagi membincangkan interaksi artis bersama peminat di laman sosial, apabila rata rata komen yang diterima Yana adalah positif dan membina. Hubungannya bersama peminat tidak ubah seperti kawan rapat apabila kelab peminatnya iaitu YanaSuperFriend sering di ajak menonton wayang dan makan bersama, kekuatan dan keakraban kelab peminatnya iaitu YanaSuperFriend sehingga akan bertindak menyokong dan mempertahankan Yana jika muncul sebarang komen negatif dari individu individu lain di luar ataupun di alam maya. Mereka adalah tulang kuat Yana Samsudin.[perlu rujukan]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tele-Filem[sunting | sunting sumber]

  • Lu'Lu
  • Hatiku di Kinabalu (2012)
  • Suamiku Jururawat

Drama[sunting | sunting sumber]

Lagu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. LirikKami. Biodata Profil Norliana Samsudin. Diambil 2011-01-12.
  2. "Artis : Info Yana Samsudin". Cinema Malaysia. Diperoleh pada 24 Julai 2013. 

Media Sosial[sunting | sunting sumber]

Kelab peminat[sunting | sunting sumber]