Mohamed Nurhakim Zaidon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Norman Hakim)
Lompat ke: pandu arah, cari
Pasangan bahagia. Norman Hakim dan Abby Abadi.

Mohamed Nurhakim Zaidon atau lebih dikenali sebagai Norman Hakim merupakan seorang pelakon lelaki dari Malaysia. Beliau dilahirkan pada 1976 di Kuantan, Pahang. Norman memulakan kariernya sebagai pelakon pada tahun 1996 hingga sekarang.

Isi kandungan

Keluarga [sunting]

Beliau pernah berumahtangga dengan aktres Arbaiyah Abdul Manan atau lebih dikenali sebagai Abby Abadi dan mempunyai dua orang anak iaitu Mohd Danish Hakim dan Marissa Dania Hakim. Kedua-dua pasangan ini pernah bercerai pada April 2006 akibat tekanan dalam rumahtangga namun demi kebahagiaan anak-anak, mereka berdua bertaut kembali. Penceraian Norman dan Abby ini pernah dikaitkan dengan penyanyi Faradhiya, namun kepastiannya tidak dapat disahihkan.

Cinta mengatasi segalanya. Norman dan Abby rujuk semula.

Khalwat dengan Memey [sunting]

Jam 3 pagi, 30 Oktober 2008, Norman ditangkap khalwat dengan Suhaiza Suhaimi (Memey) di pejabatnya di 4-1A, Jalan UP 1/2 Taman Ukay Perdana,Hulu Klang. Pada 12 Mac 2010, Hakim Sallehan Yatim dari Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pergi sendiri ke tempat pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menangkap mereka. Mereka didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 .Pegawai Penguatkuasa JAIS, Nafarul Azian Che Nan (34) telah memberi keterangan bercanggah.[1]

Penglibatannya sebagai artis [sunting]

Filem [sunting]

  • Pasrah (1997)
  • Gerak Khas The Movie (2001)
  • Idola
  • Gila-Gila Pengantin
  • Gerak Khas 3 The Movie (2006)
  • Gila-Gila Pengantin Popular

Drama [sunting]

Rujukan [sunting]