Mila (penyanyi)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Norsyarmilla binti Jirin)
Lompat ke: pandu arah, cari
Mila Jirin
Nama Penuh Norsyarmilla binti Jirin
Tarikh Lahir 23 Disember 1987 (umur 24)
Bintang Capricorn
Keluarga Anak pertama daripada tiga beradik
Status Bujang
Asal Pulau Pinang
Hobi Menyanyi, menari dan membaca novel
Artis Pujaan Anita Sarawak
Tahun aktif 2007–kini
Label Maestro Talent And Management Sdn Bhd
Tapak web [1]


Norsyarmilla binti Jirin atau lebih dikenali sebagai Mila Dia (lahir 23 Disember 1987] merupakan salah seorang pelajar Akademi Fantasia musim kelima. Beliau berasal dari Pulau Pinang , Teluk kumbar .

Dia mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Teknik Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Air Hitam, Pulau Pinang.

Isi kandungan

[sunting] Penglibatan dalam Akademi Fantasia

Mila atau nama penuhnya Norsyarmilla binti Jirin diterima masuk dalam Akademi Fantasia musim kelima dan beliau adalah salah seorang daripada enam belas calon pelajar yang terpilih untuk memasuki Akademi Fantasia setelah mengharungi berbagai-bagai ujian di setiap peringkat ujibakat yang diadakan.

Beliau juga adalah salah seorang pelajar yang berjaya menuju peringkat akhir untuk musim kelima bersama Syawal, Aswad, Heliza, dan Candy. Pada 19 Mei 2007, beliau telah dinobatkan selaku juara Akademi Fantasia Musim 5 sekaligus memecah tradisi juara AF yang sering didominasi penuh oleh kaum lelaki iaitu Vince, Zahid, Mawi, dan Faizal juga menjadi pelajar wanita pertama menjadi juara AF. Beliau menjadi wakil utama Pulau Pinang yang berjaya melangkah ke konsert akhir disebabkan tiada seorang pelajar dari Pulau Pinang yang pernah berjaya melangkah ke konsert Akhir untuk musim-musim Akademi Fantasia yang lalu lagi. Wakil itu diikuti oleh Aswad.

Dia turut mengusahakan produk kecantikan, LuvMILA yang diselenggara LuvMILA Corporation Sdn Bhd (www.luvmila.com.my)


[sunting] Lagu-lagu di Akademi Fantasia

Berikut adalah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan AF yang seterusnya :

  • Konsert Pertama : "Bersamamu" - nyanyian asal oleh Siti Sarah
  • Konsert Kedua : "Gotta Tell You" - nyanyian asal oleh Samantha Mumba
  • Konsert Ketiga : "Melukut Di Tepi Gantang" - nyanyian asal oleh Aishah
  • Konsert Keempat : "Benci Tapi Rindu" - nyanyian asal oleh Diana Nasution
  • Konsert Kelima : "Puncak Kasih" - nyanyian asal oleh Ziana Zain
  • Konsert Keenam : "Drama" - nyanyian asal oleh Ning Baizura, Nikki & Yanie
  • Konsert Ketujuh : "Dondang Dendang" - nyanyian asal oleh Noraniza Idris
  • Konsert Kelapan : "Aku Takkan Bersuara" - nyanyian asal oleh Nike Ardilla
  • Konsert Kesembilan : "Pudar" - nyanyian asal oleh Rossa
  • Konsert Akhir : "Cinta Pura-Pura" - nyanyian asal oleh Ezlynn
  • Konsert Akhir : "Persis Mutiara" - nyanyian asal oleh Mila dan ciptaan oleh Ajai, lirik oleh Loloq

[sunting] Diskografi

[sunting] Album Studio

Album Muka hadapan Informasi Senarai Lagu
1st Best of MILA-1st.jpg Best of Mila/Wazzup..Wazzup!
  • Dipasarkan: 2 Julai 2007
  • Bahasa : Melayu
  • Format dipasarkan : Cakera Padat
  • Katalog No. : Z 161-2
  • Bar kod : 9555268002583
  • Harga jualan dicadangkan : RM 21.00
  • Beli secara atas talian : Portal Gua Muzik.com.my
Kompilasi lagu-lagu
  • 1. Bersamamu
  • 2. Gotta Tell You
  • 3. Melukut Di Tepi Gantang
  • 4. Benci Tapi Rindu
  • 5. Puncak Kasih
  • 6. Drama
  • 7. Dondang Dendang
  • 8. Aku Takkan Bersuara
  • 9. Pudar
  • 10.My Heart (duet bersama Ebi-naib juara AF5)
  • 11.Persis Mutiara
  • 12.Cinta Pura Pura
2nd Albumpersismutiara.jpg Persis Mutiara
  • Dipasarkan: 28 Disember 2007
  • Bahasa : Melayu
  • Format dipasarkan : Cakera Padat
  • Katalog No. : -
  • Bar kod : 9555268002859
  • Harga jualan dicadangkan : RM 25.90
  • Beli secara atas talian : Portal Gua Muzik.com.my
Senarai lagu
  • 1. Ilham di Matamu
  • 2. Mila Bila Cinta
  • 3. Pergimu
  • 4. Aku Lebih Tahu
  • 5. Gila
  • 6. Sekejam
  • 7. Demi Cinta Selamanya
  • 8. Persis Mutiara

[sunting] Filem

  • Apa Kata Hati [2008]
  • Lu Pikirlah Sendiri De Movie [2010]
  • Suaranya turut digunakan dalam filem muzikal Walt Disney, High School Musical yang dialih kepada bahasa Melayu. Mila melakonkan watak Gabriella.
  • Kau dan Aku

[sunting] Pencapaian Anugerah

  • Juara Akademi Fantasia Musim Ke 5
  • Anugerah ERA 2007
 * Kategori Artis Harapan Pilihan : Pemenang
 * Kategori Lagu Pop Pilihan ~ Persis Mutiara : Pemenang
  • Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007
 * Kategori Artis Baru Wanita Popular : Pemenang
 * Kategori Penyanyi Wanita Popular : Tersenarai 5 teratas
  • Nominasi Anugerah Planet Muzik 2008 :
 * Kategori Artis Baru Terbaik (Wanita) : Tersenarai 5 teratas
 * Artis Wanita Paling Popular : Tersenarai 12 teratas
  • Festival Muzik Pop Peringkat Antarabangsa XVII 2008 di Bulgaria :
 * Kategori Lagu Terbaik – Ilham dimatamu oleh Mila, komposer oleh Ajai dan Loloq : Juara
 * Kategori Anugerah Istimiewa oleh Komuniti Penganjur : "Most Talented Young Artist"
 * Kategori Miss Tourism Bulgaria Award Mila - Malaysiav
 * Untuk keterangan lanjut, layari laman berikut : http://discoveryfest.com/pages_2008/win_eng.php

[sunting] Lihat juga


[sunting] High School Musical

Mila memegang watak Gabriella untuk versi bahasa Melayu High School Musical dan High School Musical 2


[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan