Northrop Grumman Shipbuilding
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Northrop Grumman Shipbuilding (NGSB) adalah merupakan nama sebuah sektor pembinaan kapal bagi Northrop Grumman Corporation. Sektor ini telah ditubuhkan pada 28 Januari 2008 apabila Northrop Grumman menstruktur semula dua sektor pembinaan kapalnya, iaitu Northrop Grumman Newport News (kini dikenali sebagai Northrop Grumman Shipbuilding Newport News) dan Northrop Grumman Ship Systems (kini dikenali sebagai Northrop Grumman Shipbuilding Gulf Coast Operations) kepada satu sektor tunggal. Buat masa sekarang Mike Petters adalah merupakan presiden bagi keseluruhan sektor pembinaan kapal (dahulunya adalah presiden bagi limbungan Newport News).