Norzula Mat Diah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Datuk Norzula Mat Diah merupakan Adun Paloh, Kelantan,Malaysia.

Menuduh Husam Musa[sunting | sunting sumber]

Pada 2007, dua orang Adun Barisan Nasional -UMNO, Dato’ Nozula Mat Diah dan Adun Bukit Bunga Muhd Adhan Kechik telah membuat laporan kepada pihak BPR (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) membuat tuduhan yang tidak benar dan tidak berasas terhadap Exco Kerajaan Kelantan, Dato’ Paduka Husam Musa .

Berikutan itu peguam Husam, Ahmad Shabrimi Mohamed Sidek mengambil tindakan mahkamah. Akibat tuduhan itu Husam terdedah kepada kancah pertikaian umum dan mengheret beliau dalam suatu skandal, fitnah konspirasi, jenayah, kebencian dan buruk sangka umum (odium), kehinaan (contempt) awam dan tekanan serta kemudaratan mental yang amat sangat akibat kegelisahan, kerisauan dan ketakutan akan ditangkap oleh pihak berkuasa, seterusnya beroleh keaiban umum. Maka Husam mengarahkan peguam dari Tetuan Saiful Kasri & Associates mengambil tindakan undang-undang terhadap kedua Adun berkenaan dan New Straits Times (M) Berhad.[1]

Tuduhan itu termasuklah :

  • Laporan mengenai buku dan salah guna kuasa oleh ahli Exco kerajaan negeri Kelantan, Husam Musa.
  • Laporan mengenai penyelewengan Pengarah Urusan Air Kelantan Sdn. Bhd.
  • Isu kegagalan pengurusan Air Kelantan Sdn. Bhd.
  • Isu Kedai Majlis Daerah Machang.
  • Isu Jamnapari membabitkan dana KPK.
  • Penyelewengan kawasan balak untuk ladang getah serta penyelewengan PAS mengutip dana.
  • Penyelewengan pembelian lot tanah mukim Gual Periuk, Pasir Mas oleh Syarikat Galeri Tanah.
  • Laporan ke atas Perbadanan Menteri Besar Kelantan Berhad dan Pengarah Urusan Kompleks Perkayuan Kelantan.
  • Isu Perbadanan Baru Tanjung cuba menjual tanah rezab Melayu kepada Syarikat Kind Network Sdn. Bhd.

Terpaksa mohon maaf[sunting | sunting sumber]

Pada 2 Jun 2009 , Norzula Mat Diah telah memohon maaf secara terbuka kepada Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa ekoran dakwaan yang dibuatnya terhadap Husam tahun 2007. Notis maaf itu disiarkan dalam akhbar Berita Harian.

"Saya, YB Datuk Nozula Mat Diah dengan ini dan dengan sepenuh hati memohon maaf tanpa sebarang syarat kepada YB Datuk Husam Musa kerana telah membuat laporan tidak benar dan tidak berasas terhjadap beliau kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada tahuin 2007.
"Saya dengan ini menarik balik segala pertuduhan tersebut dan sesungguhnya menyatakan rasa kesal yang mendalam kerana pertuduhan tersebut telah menyebabkan tekanan kepada beliau serta memburukkan keperibadian beliau."

Badan Pencegah Rasuah (BPR) kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Kenyataan beliau itu telah disiarkan dalam TV3, Berita Harian (halaman C12) dan juga New Straits Times pada 2 Jun 2009.[2]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]