Nota berkaitan kredit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Nota berkaitan kredit (“credit linked note - CLN) merupakan satu bentuk hasilan kredit dibiayai(“funded credit derivative”). Ia dibina sebagai sekuriti dengan swap mungkir kredit (credit default swap) terbenam membenarkan penerbit untuk memindah risiko kredit khusus kepada pelabor kredit. Penerbit tidak diwajibkan untuk membayar hutang sekiranya kejadian ditetapkan berlaku. Ini menyingkirkan pembekal insuran pihak ketiga.

Ia diterbitkan oleh syarikat tujuan khusus atau syarikat Amanah, ditubuhkan bagi menawarkan pelabor nilai par apabila matang kecuali jika entiti yang dirujuk ingkar. Dalam kes keingkaran, pelabor hanya menerima kadar dapat balik (“recovery rate”).

Syarikat amanah turut akan terbabit dalam pertukaran mungkir dengan penjual. Dalam kes kemungkiran, syarikat amanah akan membayar penjual nilai par tolak kadar dapat balik, sebagai pertukaran bagi bayaran tahunan yang disalurkan kepada pelabor dalam bentuk nilai lebih tinggi pada nota mereka.

Tujuan aturan ini adalah bagi menyalor risiko mungkir khusus kepada pelabor yang sanggup menerima risiko tersebut sebagai pulangan kepada pulangan lebih tinggi yang ditawarkannya. Nota berkaitan kredit ‘’CLN’’ itu sendiri biasanya disandar dengan jaminan kadar tinggi, seperti sekuriti Perbendaharaan.

Di Hong Kong dan Singapura, nota berkaitan kredit telah dipasarkan sebagai "bonmini" dan dijual kepada pelabor perseorangan. Selepas Lehman Brothers, pengeluar utama bonmini di Hong Kong dan Singapura, mendaftar bagi kemuflisan pada September 2008, ramai pelabor retail bonmini mendakwa bahawa bank dan broker mengeliru jual bonmini sebagai keluaran risiko rendah. Banyak bank menerima minibon sebagai sandaran bagi pinjaman dan kemudahan kredit. [1]

Contoh[sunting | sunting sumber]

Bank meminjamkan wang kepada syarikat, XYZ, dan pada masa pinjaman dibebaskan nota berkaitan kredit dibeli oleh pelabor. Kadar faedah bagi nota ditetapkan oleh risiko kredit syarikat XYZ. Dana yang didapati oleg bank dari pengeluaran nota kepada pelabor dilaborkan dalam bon dengan kemungkinan mungkir yang rendah. Jika syarikat XYZ baik, bank diwajibkan membiaya nilai nota penuh. Jika syarikat XYZ muflis, pemegang nota/pelabor menjadi pemiutang kepada syarikat XYZ dan menerima pinjaman syarikat XYZ. Bank pula mendapat gantirugi dari pulangan bon pelaburan risiko rendah dibiayai oleh nota berkaitan kredit.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ HK Hong Kong Gov't seeks to help Lehman minibond investors Diarkibkan 2008-10-04 di Wayback Machine, International Business Times, 22 September 2008

Dibawah struktur ini, kupon atau nilai nota dikaitkan kepada prestasi bagi aset rujukan. Ia menawarkan peminjam a hedge against credit risk, dan memberikan pelabor pulangan lebih tinggi bagi nota untuk menerima dedahan kepada kejadian kredit khusus.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]