Notepad++

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Notepad++
Notepad++ logo
AmbilayarNotepad++.png
Ambilayar Notepad++ dengan tampilan berbilang pandangan sedang digunakan.
Pengarang asal Don Ho
Keluaran stabil Versi 5.0.3
Terdapat dalam Berbilang bahasa
Jenis Penyunting teks,
Penyunting kod sumber
Lesen Lesen Awam Am GNU
Tapak web http://notepad-plus.sourceforge.net/

Notepad++ (sebutan: not•péd•plas•plas) ialah sebuah penyunting teks serta penyunting kod sumber yang bebas dan bersumber terbuka. Ia dibebaskan di bawah lesen GPL dan telah ditulis oleh Don Ho. Ia telah ditulis menggunakan C++ dan berasaskan komponen penyuntingan Scintilla.

Bahasa pengaturcaraan yang disokong[sunting | sunting sumber]

Notepad++ menyokong penyerlahan sintaks bagi hampir semua bahasa pengaturcaraan yang terkemuka. Antaranya bahasa yang disokong ialah C, C++, C#, Java, JavaScript, XML, Visual Basic, Python, Perl, Tcl, HTML, Ada, ASP, PHP, CSS dan banyak lagi.

Tambahan lagi, Notepad++ membenarkan penggunanya untuk menambahkan penyerlahan sintaksis bahasa takrifan pengguna disamping menyunting gaya (teks) lalai bagi perisian dan juga penggayaan bagi sintaks bahasa-bahasa yang disokong.

Antara muka dengan bahasa setempat[sunting | sunting sumber]

Notepad++ juga menyokong antara muka pengguna di dalam bahasa lain selain bahasa Inggeris. Antara bahasa yang disokong oleh perisian ini ialah bahasa Cina, Jepun, Korea, Arab, Yahudi dan Melayu dengan menggunakan fail luar (tidak terdapat di dalam menu keutamaan). Pun begitu, pengguna dibolehkan menterjemah bahasa sejadi persekitaran perisian ini dengan menggunakan fail XML yang turut disertakan di halaman Notepad++.

Tampilan[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah tampilan yang disediakan secara piawai oleh Notepad++

  • Penyerlahan dan pelipatan (dalam bentuk salasilah) sintaks
  • WYSIWYG
  • Penyerlahan sintaks takrifan pengguna
  • Swa-lengkapan
  • Berbilang dokumen
  • Berbilang pandangan
  • Pencarian dan penggantian dengan ungkapan nalar
  • Menyokong drag n' drop
  • Kedudukan pandangan dinamik
  • Pengesanan sendiri status fail
  • Zum masuk dan zum keluar
  • Menyokong persekitaran berbilang bahasa
  • Penanda buku
  • Penyerlahan panduan tanda kurung dan inden
  • Merakam dan memainkan semula makro.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]