Novel ringan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Novel ringan (Jepun: ライトノベル, Hepburn: raito noberu, serapan bahasa Inggeris: light novel) merupakan sejenis novel dengan teknik ilustrasi anime atau manga, selalunya ditujukan khas buat para remaja. Istilah ini merupakan istilah Jepun yang dipinjam daripada perkataan dalam bahasa Inggeris. Novel-novel ringan selalunya digelar ranobe (Jepun: ラノベ, Hepburn: ranobe) atau rainobe (Jepun: ライノベ, Hepburn: rainobe) untuk singkatan.

Huraian[sunting | sunting sumber]

Haruhi Suzumiya, sebuah siri novel ringan terkenal di Jepun.

Meskipun hubungannya dengan anime atau manga, novel ringan ialah sejenis prosa, bersamaan dengan novel dewasa muda. Kebelakangan ini, kisah dalam siri novel-novel ringan telah menjadi pilihan ramai untuk diadaptasikan menjadi manga atau siri-siri anime.

Novel-novel ringan selalunya disirikan dalam majalah-majalah seperti Gekkan Dragon Magazine dan The Sneaker, Dengeki hp, atau majalah-majalah campuran media seperti Comptiq dan Dengeki G's Magazine. Misalnya, novel Slayers karya Hajime Kanzaka yang telah diadaptasikan menjadi siri manga dan sebuah siri anime yang popular di bawah judul yang sama.

Novel-novel ringan telah menjadi sungguh terkenal di Jepun, dan syarikat-syarikat penerbit sering mencari bakat-bakat baru melalui peraduan-peraduan tahunan, yang mana peraduan tersebut menawarkan hadiah dalam bentuk wang tunai dan penerbitan novel mereka. Antaranya termasuklah Dengeki Novel Prize.

Penterjemahan novel-novel ringan Jepun kepada bahasa Inggeris adalah terhad disebabkan permintaan yang rendah dan jumlah terjemahan yang lebih banyak berbanding manga. Beberapa novel ringan yang telah diterjemahkan kepada bahasa Inggeris telah diformatkan semula kepada penulian yang serupa dengan tankōbon manga, tetapi bermula dari April 2007, Seven Seas Entertainment akan menjadi penerbit bahasa Inggeris yang pertama untuk mencetak novel-novel ringan dalam format asal edisi Jepunnya, iaitu 10.5cm x 15cm.[1]

Bentuk penulisan[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa sifat yang menonjol dalam novel-novel ringan. Sesetengah berpendapat[nyatakan menurut siapa?] bahawa sifat-sifat ini yang menjadi sebab utama siri novel ringan berupa "keanak-anakan." Sifat-sifat tersebut mungkin sekali hilang dalam proses penterjemahan.

Dalam novel-novel ringan Jepun yang "asal", furigana digunakan dengan meluas untuk dua sebab yang utama. Pertama sekali, novel ringan ditujukan kepada remaja-remaja yang tidak mempunyai penguasaan tulisan kanji. Kedua, ramai penulis novel-novel ringan lebih gemar untuk "mencipta" penggunaan furigana mengikut kesukaan mereka yang tidak termaktab dalam penggunaan biasa bahasa Jepun.

Kebanyakan penulis novel-novel ringan juga sering membina satu perenggan menggunakan satu ayat. Meskipun ini membantu para pembaca membaca dengan lebih baik, penulis-penulis mendapat untung dengan menambah bilangan halaman penulisan mereka, sekaligus meningkatkan jumlah pendapatan mereka.[perlu rujukan]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Website Light Novel Malaysia[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Seven Seas Entertainment Launches New "Light Novel" Imprint". 2006-09-13. Dicapai pada 2007-05-08.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]