25 November
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari November 25)
| << | November 2013 | >> | ||||
| Ahd | Isn | Sel | Rab | Kha | Jum | Sab |
| 1 | 2 | |||||
| 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
| 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
| 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
| 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
| MMXIII | ||||||
25 November merupakan hari ke-329 (hari ke-330 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 36 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Kebangsaan di Bosnia dan Herzegovina (1943);
- Hari Kemerdekaan di Suriname (1975);
- Hari Guru di Indonesia.
Peristiwa [sunting]
- 1034 - Donnchad, anak lelaki puteri kedua Raja Máel Coluim, dan bukan Mac Bethad, anak lelaki puteri sulungnya, mewarisi takhta untuk menjadi Raja Scotland.
- 1120 - Pewaris sah tunggal Raja Henry I dari England, William Adelin lemas dalam Kecelakaan White Ship, mengakibatkan kemelut pewarisan yang menjatuhkan dinasti Norman di England.
- 1795 - Raja Poland terakhir, Stanisław August Poniatowski (gambar) dipaksa turun takhta selepas Pemecahan Komanwel Poland–Lithuania oleh Austria, Prusia dan Rusia.
- 1936 - Jerman dan Jepun menandatangani Pakatan Anti-Comintern, menyetujui jika Kesatuan Soviet menyerang salah seorang, mereka akan berunding mengenai langkah yang perlu diambil "bagi melindungi kepentingan bersama".
- 1950 - Republik Rakyat China menyertai Perang Korea, menghantar ribuan askar menyeberangi sungai Yalu untuk menghadapi pasukan PBB.
- 1984 - Band Aid: 36 ahli muzik pop terkemuka Britain dan Ireland berkumpul di sebuah studio Notting Hill untuk merakam lagu Do They Know It's Christmas? bagi memungut wang untuk bantuan kebuluran di Habsyah.
- 1992 - Ahli perundangan di Czechoslovakia mengundi memisahkannya kepada Republik Czech dan Slovakia bermula 1 Januari 1993.
- 2000 - Gempa bumi 7 Ms melanda Baku, Azerbaijan, membunuh 26 orang dan mencederakan 400 lagi.
- 2011 - Yahya Jammeh terpilih semula sebagai Presiden Gambia.
Kelahiran [sunting]
Kematian [sunting]
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||