Novia Kolopaking

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Novia Kolopaking
Kelahiran
Novia Sanganingrum Saptarea Kolopaking

(1972-11-09) 9 November 1972 (umur 51)
Bandung, Jawa Barat, Indonesia
Pekerjaan
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Musica Studio's

Novia Kolopaking (lahir di Bandung, Jawa Barat, 9 November 1972; umur 51 tahun) merupakan seorang pelakon dan penyanyi Indonesia. Ia dikenali kerana lagu "Dengan Menyebut Nama Allah" bersama Dwiki Dharmawan.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Nama Novia telah dikenali sejak zaman kanak-kanaknya lagi melalui beberapa majalah kanak-kanak dan pertunjukan pentas, sama ada sebagai penyanyi ataupun pelakon. Walau bagaimana pun, namanya benar-benar terserlah di persada seni nasional ketika dia melakonkan watak "Emak" dalam drama bersiri Keluarga Cemara dan watak "Siti Nurbaya" dalam filem televisyen Sitty Nurbaya. Walaupun ramai yang tidak menyedari, dia juga pernah mengisi suara tokoh "Dewi Anjani" dalam sandiwara radio Saur Sepuh. Namanya mulai dikenali ketika ia menyanyikan lagu "Dengan Menyebut Nama Allah" karya Dwiki Dharmawan dan Ags. Arya Dipayana yang dilancarkan pada tahun 1992.[1][2][3]

Novia menikah pada 22 Mac 1997 dengan Emha Ainun Nadjib dan dikurniai 4 orang anak. Setelah berkahwin, dia tidak banyak muncul dalam aktiviti kesenian nasional. Namun, dia kerap mendampingi perjalanan kumpulan "Kiai Kanjeng" pimpinan suaminya mengunjungi pelbagai tempat di Indonesia dan juga luar negara.

Album muzik[sunting | sunting sumber]

  • Kembali
  • Biar Kusimpan Rinduku
  • Untukmu Segalanya
  • Dengan Menyebut Nama Allah
  • Aku Selalu Cinta (Single)
  • Cinta
  • Bunga Mawar (Single)

Sinetron[sunting | sunting sumber]

  • Sitty Nurbaya
  • Keluarga Cemara
  • 1 Kakak 7 Ponakan
  • Darah Biru

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ivvaty, Susi (9 Oktober 2005). "Pop Religius Sang Pendakwah". Kompas. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Disember 2005. Dicapai pada 8 Julai 2023.
  2. ^ "5 Lagu Religi Terbaik Sepanjang Masa". IDN Times. 23 Jun 2017.
  3. ^ Saraswati, Dyah Paramita. "Lagu Religi Ikonik dari Masa ke Masa". detikhot (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 6 Jun 2023.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]