Nu metal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Nu metal
Asalan gaya Metal alternatif, groove metal, funk metal, heavy metal, thrash metal, rap metal, grunge, hip hop
Asalan budaya Awal 1990an, Amerika Syarikat
Instrumen biasa Vokal - Gitar elektrik - Bass - Turntable - Rap - Dram - Pengaturcaraan - Beatboxing - Keyboard - Pensintesis
Latar serantau
Amerika Syarikat

Nu metal merupakan sub-genre bagi heavy metal yang mula bangkit pada awal 1990an yang menggabungkan muzik grunge,[1]alternatif metal, funk metal, hip hop, serta pelbagai genre heavy metal lain seperti industrial, groove dan thrash.[2]

Asal-usul[sunting | sunting sumber]

Istilah "nu metal" mula digunakan dalam satu reviu bagi konsert Coal Chamber pada pertengahan Oktober 1995 dalam majalah Spin sebagai satu bentuk "muzik metal baharu" (new metal).

Sebagaimana kumpulan pemuzik pendahulunya iaitu funk metal, kebanyakan kumpulan nu metal berasal dari California. Kumpulan seperti P.O.D., Deftones dan Korn kesemuanya adalah kumpulan nu metal yang berasal dari California dan mula aktif pada awal 90an.[3]

Nu metal secara amnya bermula dengan pita demo Korn, Neidermeyer's Mind, dilancarkan pada tahun 1992. Muzik "trademark" Korn terhasil daripada cubaan untuk menghasilkan kod yang digunakan oleh pemain gitar Mr. Bungle, Trey Spruance, yang dirujuk sebagai "kod Bungle mudah alih". Mereka juga memetik kumpulan lain yang disertai Mike Patton iaitu Faith No More bagi Video Terhebat Sepanjang Zaman 2006 oleh majalah Kerrang!, menyatakan bahawa Korn dipengaruhi kumpulan-kumpulan tersebut kerana mereka melakukan sesuatu yang luar biasa bagi sesebuah kumpulan metal. Kumpulan nu metal juga sering melakukan aksi konvensional metal sebagai satu pengaruh, terutamanya oleh Black Sabbath.[4] Korn menggunakan gitar 7 tali berbanding gitar tradisional 6 tali yang lebih lazim. Steve Vai asalnya memperkenalkannya ke pasaran khusus untuk pemain gitar teknikal. Munky, gitaris Korn, bukanlah pemain teknikal tetapi dia mengambil keputusan untuk membawa gitar 7 tali ke satu arah yang berbeza.[5]

Penerbit Ross Robinson dilabilkan oleh sesetengah pihak sebagai "Dewa Nu Metal" kerana banyak menerbitkan album-album nu metal yang berjaya seperti album sulung Korn dan album Three Dollar Bill, Yall oleh Limp Bizkit.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. allmusic
  2. http://www.fact-index.com/n/nu/nu_metal.html Fact index - Nu metal
  3. Iannini, Tommaso (2003). Nu Metal. Giunti. ISBN 8809030516. 
  4. Christie, Ian (2003). Sound of the Beast: The Complete Headbanging History of Heavy Metal. HarperCollins. ISBN 0380811278. 
  5. http://www.youtube.com/watch?v=oKsGpl6lgbk&feature=PlayList&p=5C01582172FDF350&index=0&playnext=1

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]