Nur Fatima

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nur Fatima
Nama lahirNur Fatimah binti Abdul Wahab
Kelahiran (1982-07-22) 22 Julai 1982 (umur 41)
Kuala Lumpur, Malaysia
Genre
Pekerjaanpenyanyi, komposer, penulis lagu, penerbit rakaman
InstrumenVokal
Tahun aktif1999–kini
Syarikat rakaman
Delima Records, Positive Tone

Nur Fatimah Abdul Wahab (lahir 22 Julai 1982) merupakan seorang penyanyi, penulis lirik dan penerbit rakaman Malaysia.[1]

Beliau memulakan kerjaya awalnya sebagai peserta Kelab Kanak-Kanak Angkasapuri terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM). Kerjaya muziknya bermula apabila dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama Bintang Gala 2, juga terbitan RTM pada 1999.[2]

Mendapat pendidikan di Institute SEA dalam jurusan Kejuruteraan Audio, beliau muncul dengan album pertamanya berjudul Selembut Sutera diterbitkan oleh Adnan Abu Hassan, manakala album keduanya iaitu Gadis diterbitkan oleh Ahmad Izham Omar. Beliau melancarkan album singlenya Rindu pada 2008 berkonsepkan pop balada. "Rindu" merupakan lagu ciptaannya sendiri dan liriknya ditulis oleh Ireani Yaakop, sementara muziknya pula disusun oleh Audi Mok. Beliau juga pernah menjadi penyampai berita di 8TV.

Beliau juga pernah menulis lirik antaranya untuk lagu-lagu seperti Caramu nyanyian Nikki Palikat dan Zahid, Malu Tapi Mahu (Dina) dan Satu Harapan (Jaclyn Victor). Beliau juga pernah mencipta lagu untuk artis-artis tempatan seperti Ziana Zain, Suki, Diddy Hirdy, Jaclyn Victor, Stacy, Ayu Damit dan ramai lagi.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau telah berkahwin warga Australia, Mohammad Jefrry Wain Wright pada 2009. Bersama Wright, Nur Fatima membahagikan masanya antara Kuala Lumpur dan Canberra.[3][4]

Gegar Vaganza (Musim 6)[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2019, Nur Fatima telah menyertai Gegar Vaganza musim ke-6 dimana beliau ialah antara 13 bintang yang menyertai program tersebut.[2][5] Beliau juga merupakan bintang yang masih bertahan dalam konsert mingguan rancangan itu. Bagaimanapun beliau hampir tersingkir di minggu kelima namun ketika itu beliau bertuah kerana tiada penyingkiran dilakukan pada minggu tersebut.[6] Beliau dinobatkan sebagai pemenang tempat keempat dalam Gegar Vaganza.[7] Berikut ialah persembahan beliau didalam Gegar Vaganza musim ke-6:

Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza 2019
Minggu Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Lagu Ke Artis? "Selembut Sutera" Dirinya sendiri Ke-7
Minggu 2 CarMa (Cari Makan) "Terlalu Cinta" Rossa Ke-4
Minggu 3 Yang Aneh Aneh "Hati Kama" Dato' Sri Siti Nurhaliza & Noraniza Idris Ke-4
Minggu 4 Haa... Tepuk "Anggapanmu" (duet Liza Hanim) Ziana Zain Ke-2
Minggu 5 CurHat (Curahan Hati) "Can't Fight The Moonlight" LeAnn Rimes Ke-10 (Terselamat)
Minggu 6 Melets (Meletop) "Enggan" Fauziah Latiff Ke-4
Minggu 7 Caras (Cara Sendiri) "Patah Seribu" Shila Amzah Ke-5
Minggu 8 Reset "Cobalah Untuk Setia" Krisdayanti Ke-8
Minggu 9 (Suku akhir) Komposer Hebat Dahulu Sekarang "Jangan Lafazkan" KRU Ke-5
Minggu 10 (Separuh akhir) Fabulous "Kau Pergi Tanpa Pesan" Dato' Sharifah Aini Ke-4
"Kali Pertama" (duet bersama Noryn Aziz) Fairuz Hussein Ke-4
Minggu 11 (akhir) Peluang Terakhir "Insan" Yantzen Pemenang Tempat Ke-4
"In the End" (battle bersama One Nation Emcees) Linkin Park Pemenang Tempat Ke-4

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

  • "Rindu" (2008)
  • "Mawar" (2015)
  • "Kata Akhirku" (2019)

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  • Menjadi Juara Bintang Gala 2 tahun 1999.
  • Komposer muda berpotensi Anugerah MACP 2008
  • Pemenang pertandingan lagu Satu Malaysia nyanyian Faizal Tahir lagu ciptaan Audi Mok lirik Nur Fatima 2009

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hasimi Muhammad (8 November 2009). Kenali Nur Fatima, "beauty with brain" yang beri saingan hebat di GV6 Astro Awani. Dicapai pada 28 November 2019.
  2. ^ a b Kenneth Chaw (6 November 2019). Australia-based Nur Fatimah returns to Malaysia to compete in singing contest The Star Online. Dicapai pada 28 November 2019.
  3. ^ Mohd Al Qayum Azizi (19 Julai 2015). Nur Fatimah tidak bercadang untuk pulang ke Malaysia mStar Online. Dicapai pada 28 November 2015.
  4. ^ Hanisah Selamat (25 September 2019).Nur Fatima berjauhan dengan suami demi GV6 Berita Harian. Dicapai pada 28 November 2019.
  5. ^ Wawann Mohd (18 Oktober 2019). Nur Fatima aktif media sosial sejak masuk GV6 Sinar Harian. Dicapai pada 28 November 2019.
  6. ^ Hasimi Muhammad (10 November 2019). GV6: Tiada penyingkiran, Nur Fatima terselamat Astro Awani. Dicapai pada 28 November 2019.
  7. ^ Farihad Shalla Mahmud (23 Dismember 2019)[1] 'Berita Harian. Dicapai pada 23 Disember 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]