Nuridah Mohd Salleh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Berhormat Senator Ustazah Hajah

Nuridah Mohd Salleh

JMN
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
Memegang jawatan
2015
Didahului olehSiti Zailah Mohd Yusoff
Dalam jawatan
2007 – 2011
Didahului olehAzizah Khatib Mat
Digantikan olehSiti Zailah Mohd Yusoff
Ahli Dewan Negara
Dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu
Dalam jawatan
29 November 2021 – 5 November 2022
Dalam jawatan
29 November 2018 – 28 November 2021
Didahului olehEngku Naimah Engku Taib
Butiran peribadi
Lahir (1961-05-20) 20 Mei 1961 (umur 62)
Kampung Padang Buluh, Pekan, Pahang
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
Sekutu gabungan
politik lain
(2020-Kini)
PasanganHaji Mohd Azemi Azman Johari
Anak-anak10
KediamanWilayah Persekutuan Kuala Lumpur
PekerjaanAhli politik

Yang Berhormat Ustazah Senator Hajah Nuridah Mohd Salleh adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia dan Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan. Beliau dipilih sebagai Ahli Dewan Negara oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu bagi tempoh khidmat 2018-2021

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 20 Mei 1961 di Kampung Padang Buluh, Pekan Pahang. Beliau mendirikan rumah tangga dengan suaminya iaitu Haji Mohd Azemi Azman Johari dan dikurniakan 10 orang anak (5L, 5P); 8 orang daripadanya merupakah Hafiz dan Hafizah Al-Quran dan seorang daripada anaknya telah meninggal dunia di usia 12 tahun dan seorang lagi merupakan OKU. Beliau berkhidmat sebagai Pentadbir dan Guru Besar di Sekolah Rendah Islam Al-Abqori dan beliau juga seorang pendakwah bebas.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

  • Sekolah Menengah Agama Kuala Rompin
  • Kolej Islam Klang (KIK)
  • Universiti Malaya (BA Usuluddin)
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Diploma Pendidikan)
  • Ijazah Perubatan Islam Darul Syifa'

Penglibatan dalam politik dan NGO[sunting | sunting sumber]

  • Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
  • Ahli Jawatankuasa PAS Pusat (Timbalan Pengerusi Lajnah Pemerkasaan Parti PAS Pusat)
  • Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan
  • Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Bintang
  • Penasihat NGO Pertubuhan Amal Khadijah Malaysia (PERAMAH)
  • Penasihat NGO Khadimah Care

Pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Kerusi Yang Ditandingi oleh Nuridah Mohd Salleh
Tahun Kawasan Individu Undi Lawan Undi Peratusan Mengundi Majoriti
2008 DUN Tahan, Pahang Nuridah Mohd Salleh (PAS) 3,755 Wan Amizan Wan Abd Razak (BN-UMNO) 5,112 80.11% 1,357
2013 Parlimen Rompin Nuridah Mohd Salleh (PAS) 14,926 Jamaluddin Jarjis (BN-UMNO) 30,040 85.90% 15,114
2018 Parlimen Sungai Buloh Nuridah Mohd Salleh (PAS) 16,997 Prakash Rao a/l Applanaidoo (BN-MIC) 16,681 26,634
Sivarasa a/l Rasiah (PH-PKR) 43,631
Zainurizzaman Moharam (PSM) 642

Pengalaman dalam misi kemanusiaan[sunting | sunting sumber]

  • Peserta Misi Kemanusiaan ke Syria, Myanmar, Bangladesh, Jerman dan Republik Czech
  • Peserta Misi Dakwah di Pulau Krismas
  • Peserta Misi Food Flotilla for Rohingnya
  • Peserta Misi Kemanusiaan Bencana Tsunami di Acheh
  • Peserta Misi Kemanusiaan dan Dakwah ke seluruh Malaysia
  • Mutawif Umrah Tarbawi Dewan Muslimat PAS Malaysia

Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

Darjah kebesaran[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "SENARAI NAMA PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT PERSEKUTUAN TAHUN 2021" (PDF). Bahagian Istiadat dan Urusetia Antarabangsa. 13 November 2021. Dicapai pada 13 November 2021.