Nurul Hana bt Che Mahazan
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| Nurul Hana Che Mahazan | |
|---|---|
| Lahir | 1 Julai 1983 (29 tahun) Muar, Johor, Malaysia |
| Pendidikan | Diploma Pengurusan Teknologi Maklumat, Cosmopoint |
| Pekerjaan | Penyampai Era dan pengacara Brek ! di Astro Ria, Galakasi (TV9) penyanyi dan pelakon |
| Terkenal kerana | Gangster, Maut dan Sifu dan Tongga |
Nurul Hana bt Che Mahazan atau lebih dikenali sebagai Nana Era merupakan seorang penyampai radio Era FM dan pelakon di Malaysia. Nurul Hana Che Mahazan dilahirkan pada 1 Julai 1983. Dilahirkan di Muar, Johor dan dibesarkan di Pengkalan Chepa, Kelantan. Nana menceburi bidang hiburan sewaktu menyertai program realiti tv, Akademi Fantasia Musim Pertama [1] pada tahun 2003.