Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Nurul Syuhada)
Nurul Syuhada Nurul Ain
Kelahiran
Nurul Syuhada Nurul Ain binti Mohd Zain

(1984-11-29) 29 November 1984 (umur 39)
Nama lainNurul Syuhada
PendidikanIjazah Sarjana Muda Sains Marin
Pusat pendidikanUniversiti Malaysia Terengganu
PekerjaanPengacara
Tahun aktif2005–2014, 2017-2018
MajikanTV3 (2005–12)
PasanganRaja Amir Raja Azwa (k. 2011)
Anak-anak4

Hajah Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain (lahir 29 November 1984) merupakan seorang bekas pengacara televisyen Malaysia. Beliau merupakan juara Malaysian Top Host 2005 dan sejak itu, beliau telah berkhidmat di TV3 selama 9 tahun dari tahun 2005 sehingga 2012. Malah beliau menjadi hos Malaysia Hari Ini dari 2007 hingga 2012 dan Majalah 3 dari 2006 sehingga 2012

Kerjaya penyiaran[sunting | sunting sumber]

Nurul Syuhada dilahirkan pada 29 November 1984 di Seremban, Negeri Sembilan dan merupakan anak kedua daripada tiga beradik dan merupakan anak perempuan tunggal..[1] Nurul Syuhada merupakan personaliti TV3 yang popular menerusi program, Majalah 3, Malaysia Hari Ini dan pernah menggondol Juara Malaysian Top Host pada 2005.

Nurul Syuhada menceburi dalam bidang pengacara melalui bakat yang dicungkil menerusi program realiti, Malaysian Top Host pada 2005. Dia kemudiannya turut mengendalikan acara hiburan berprestij, Anugerah Skrin (ASK) 2008 bersama aktor dan pengarah berkaliber, Adlin Aman Ramlie, yang akan berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Nurul Syuhada telah menamatkan perkhidmatan sebagai pengacara TV3, dan kakitangan syarikat Media Prima Berhad pada awal September 2014. Selepas mendirikan rumah tangga bersama Raja Amir Raja Azwa seorang pegawai kanan syarikat perbankan [2] di The Binjai On The Park, KLCC, Kuala Lumpur pada 16 Julai 2011. Hasil perkahwinan beliau dikurniakan empat orang anak,beliau terlebih dahulu menjalinkan hubungan dengan seorang pegawai tentera Faiz Khaleed pada 2008 namun terputus hubungan pada 2009

Beliau telah bertudung pada 8 Ogos 2012 dan beralih kepada keluarga selepas persaraan awal di kala namanya di puncak meskipun beliau sempat terlibat beberapa program TV dan temubual di majalah TV.

Pasca-Persaraan

Selepas meninggalkan Media Prima dan TV3 ,Nurul menyambung pengajian dua jurusan iaitu Komunikasi Massa (Masscom) dan Psikologi selain tumpukan rumah tangga bersama Raja Amir dan anak-anak.Beliau sempat menjadi pensyarah separuh masa untuk Masscom di Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur dari 2015-2016.


Di samping itu beliau mengisi masa dengan pelbagai aktiviti kekeluargaan dan kerohanian kadang kala dijemput oleh TV3 atau pihak universiti tentang pengalaman dunia penyiaran.


Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun: 2006-07 Peranan: Pengacara

  • SK-II: Songket Journey

Tahun: 2006 Peranan: Pengacara, pengembara Catatan: Bersama Fauziah Latiff & Deanna Yusoff

Tahun: 2007-2011 Peranan: Pengacara, wartawan

  • Anugerah Skrin 2008

Peranan: Pengacara bersama Catatan:digandingkan dengan Adlin Aman Ramlie

Tahun: 2007-2013 Peranan: Pengacara

  • Mingguan Wanita S1

Tahun: 2016-2017 Peranan: Pengacara Saluran: Astro Prima

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]