Nyalas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nyalas

Nyalas merupakan sebuah pekan yang terletak di daerah Jasin, Melaka, Malaysia.

Asal nama[sunting | sunting sumber]

Nyalas mendapat nama dari daun palas yang banyak terdapat di kawasan ini suatu masa dahulu. Kawasan Nyalas ini terbahagi kepada 5 solok iaitu Solok Gapis, Solok Mantai, Solok Ayer Repat, Solok Palembang dan Kampung Baru.

Terdapat 3 buah taman perumahan di Pekan Nyalas. Kampung ini terkenal dengan limau bali Nyalas. Untuk makluman, pasar malam diadakan pada setiap hari Jumaat di jalan menghala ke Felda Bukit Senggeh.

Penghulu Kampung Nyalas ialah En.Yusof Bin Botak. Kampung ini mempunyai tiga JKK. Pengerusi JKK Nyalas ialah En.Sham Zainal Bin Abdul Karim. Pengerusi JKK kampung Gapis pula ialah En.Bakar Bin Kamis, manakala pengerusi bagi kampung Gapis Mantai ialah Tuan Haji Norman Bin Rusdi.

Kemudahan asas[sunting | sunting sumber]

Kampung ini mempunyai beberapa buah sekolah seperti SMK Nyalas, SK Nyalas, SJKC Toon Hua dan SRA JAIM Masjid Tua Nyalas. Nyalas juga terdapat beberapa bangunan kerajaan seperti balai polis, bangunan jeperun,dan tiga buah balai raya.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Pekan Berdekatan[sunting | sunting sumber]

  1. Selandar
  2. Simpang Bekoh
  3. Ayer Kuning Selatan
  4. Pekan Jus