Nyanyi Sunyi (Amir Hamzah)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Nyanyi Sunyi
Njanji Sunji.jpg
Pengarang Amir Hamzah
Negara Hindia Timur Belanda
Bahasa Bahasa Melayu
Genre Himpunan puisi
Penerbit Poedjangga Baroe
Tarikh terbitan November 1937 (1937-11)
Jenis media Cetak
Bil. muka surat 31 (edisi ketiga)

Njanji Soenji (Ejaan Sempurna: Nyanyi Sunyi); ialah sebuah himpunan puisi tahun 1937 oleh Amir Hamzah. Ditulis beberapa ketika selepas beliau dipaksa berkahwin dengan anak Sultan Langkat, himpunan ini mengandungi 24 puisi berjudul dan beberapa buah puisi prosa. Ia dikatakan susah untuk dibaca, dan bentuknya lebih bebas daripada puisi Melayu tradisional. Analisis himpunan bertumpu kepada tema-tema Tuhan dan hubunganNya dengan manusia, serta beberapa aspek kemanusiaan. H.B. Jassin melihatnya sebagai percubaan untuk menangani masalah duniawi Amir.

Bentuk[sunting | sunting sumber]

Berlainan dengan kebanyakan karya-karya Amir terdahulu, puisi dalam Nyanyi Sunyi, tidak mengikut bentuk tradisi pantun dan syair yang mengguna bentuk empat baris yang mengandungi empat perkataan.[1] Teeuw memperhatikan bahawa sebilangan puisi seperti "Batu Belah" mengikut bentuk tradisional Eropah seperti balada.[2] Yang lain pula lerbentuk lebih bebas yang mirip dengan puisi prosa.[3]

Diksi Amir banyak bergantung pada kata-kata bahasa Melayu lama yang tidak banyak digunakan pada zamannya. Beliau juga banyak meminjam daripada bahasa-bahasa suku Indonesia lain, khususnya bahasa-bahasa Jawa dan Sunda.[4] Pilihan perkataan dipengaruhi keperluan untuk rentak dan matra, dan juga simbolisme yang berkaitan dengan perkataan-perkataan tertentu.[5] Walau bagaimanapun, pada akhirnya, Amir lebih bebas dengan penggunaan bahasanya daripada pemuisi-pemuisi tradisional.[6] Pengkritik Indonesia, Bakri Siregar, berkata ia: "... permainan kata jang indah."[3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. Jassin 1962, p. 12.
  2. Teeuw 1955, p. 117.
  3. 3.0 3.1 Siregar 1964, p. 116.
  4. Rosidi 1976, p. 45.
  5. Rosidi 1976, p. 46.
  6. Balfas 1976, p. 64.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Umar Junus (1968) (dalam bahasa Malay). Nyanyi Sunyi (Amir Hamzah): Ulasan dan Kajian [Nyanyi Sunyi (Amir Hamzah): Description and Analysis]. Kuala Lumpur: Pustaka Melayu Baru. OCLC 63260744.