Nyanyian Luka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nyanyian Luka
Kulit depan buku
Umum
PengarangHusna Nazri
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
GenrePuisi
Penerbitan
PenerbitInstitut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM)
Tarikh penerbitan
2012
Jenis media
Cetakan
Halaman150
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9789830689869
801

Nyanyian Luka merupakan sebuah buku yang menghimpunkan puisi hasil nukilan Husna Nazri. Buku ini diterbitkan oleh Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) pada tahun 2012. Selain itu, buku ini menghimpunkan sebanyak 139 buah puisi yang kebanyakannya berbentuk kesedihan dan kesengsaraan.[1][2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Buku ini secara tidak langsung mengajak pembaca merenung apa yang sedang berlaku di dunia kini. Puisi ini secara umumnya menceritakan penderitaan dan kesengsaraan rakyat di negara yang mengalami peperangan yang berpanjangan dan akhirnya hilang keamanan. Namun, buku ini tidak semata-mata memaparkan puisi yang bercorak hiba. Pelbagai nada dapat dirasai dalam bait-bait puisinya yang lain dengan makna berlapis.[1] Selain itu, terdapat semangat perjuangan dan kental yang cuba ditiupkan oleh pengarang dalam usaha mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara.[2]

Tema kemanusiaan juga menjadi fokus utama untuk setiap puisi seperti Waktu Kutatap Cerita Lukamu, Aqsa, Biografi Kecil Khaleeda di Gaza, Suara Luka Anak-Anak Palestin, Catatan Tanggal Rejab di Qanaa, Nyanyian Intifadah dan Nyanyian Luka. Pengarang menceritakan perasaan rakyat yang tertindas di luar negara melalui puisinya. Puisi Biografi Kecil Khaleeda di Gaza menceritakan kematian akibat peperangan disebabkan sikap kebinatangan manusia.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Nyanyian Luka". Institut Terjemahan & Buku Malaysia. Institut Terjemahan & Buku Malaysia. Dicapai pada 30 April 2013.[pautan mati kekal]
  2. ^ a b c Mohd. Helmi Ahmad (28 April 2013). "Menghayati sengsara dan kemanusiaan". Utusan Malaysia. m/s. 23. |access-date= requires |url= (bantuan)