Nymphalidae

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Nymphalidae
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Superkeluarga:
Keluarga:
Nymphalidae

Subfamili

dan rujuk teks rencana

Diversiti
Lebih 600 genus
Sekitar 5,700 spesies

Nymphalidae merupakan famili yang terdiri daripada sekitar 5,000 spesies kupu-kupu yang tertabur di seluruh dunia, biasanya bersaiz sederhana hingga besar. Kebanyakan spesies mempunyai sepasang tungkai depan yang agak pendek dan kebanyakannya juga meratakan sayap ketika berehat. Kebanyakan spesies Nymphalidae berwarna-warni terang dan merangkumi spesies terkenal seperti maharaja, Nymphalini, Aglais dan Heliconiini. Bagaimanapun, muka bawah sayapnya sering kelihatan kusam berbanding dengan muka atas, sehingga berupa daun layu, maka terhasilnya kesan kripsis yang membolehkan kupu-kupu itu menyorok dalam persekitarannya.

Pengelasan[sunting | sunting sumber]

Bagi yang dewasa, pasangan kaki depan adalah amat pendek, maka jolokannya kupu-kupu berkaki empat. Beluncasnya pula berbulu-bulu atau tercacak-cacak dengan juluran pada kepala, sementara kepompongnya mempunyai tompok-tompok yang berkilat.

Sistematik dan filogeni[sunting | sunting sumber]

Filogeni Nymphalidae adalah rumit. Sesetengah takson tidak jelas kedudukannya, mencerminkan hakikat bahawa sesetengah subfamili dahulunya dikenal pasti sebagai famili yang berbeza kesan daripada kepincangan dalam kajian.

Terdapat lima klad utama dalam famili ini:[1]

Klad libitein (basal)

Klad danain (basal)

Famili tumbuhan perumah termasuk Apocynaceae, Asclepiadoideae (subfamili Apocynaceae), dan Moraceae.
Kebanyakan spesies berkepak panjang, ada yang berkepak lutsinar. Tumbuhan perumah tergolong dalam famili Apocynaceae, Gesneriaceae dan Solanaceae.
Beluncasnya menyerupai beluncas Danainae dan memakan Apocynaceae.

Klad satirin

Memimik Danainae dan terhad kepada tumbuhan perumah dalam famili Moraceae.[2]
Kupu-kupu kanopi tropika. Beluncas dengan duri atau juluaran pada kepala. Kebanyakannya spesies boleh makan dengan kemimikan Bates. Tumbuhan perumah dalam famili Annonaceae, Celastraceae, Convolvulaceae, Euphorbiaceae, Fabaceae, Flacourtiaceae, Lauraceae,Myrtaceae, Piperaceae, Poaceae, Rhamnaceae, Rutaceae, Santalaceae and Sapindaceae.[2]
Termasuk Morpho neotropika. Tumbuhan makanan termasuk Arecaceae, Bignoniaceae, Fabaceae, Menispermaceae, Poaceae dan Sapindaceae.
Tumbuhan perumah dalam famili Arecaceae, Bromeliaceae, Heliconiaceae, Musaceae, andPoaceae.[2]
Tumbuhan perumah dalam famili Arecaceae, Araceae, Cyperaceae, Heliconiaceae, Poaceae, dan Selaginellaceae.

Klad helikoniin (kumpulan saudara kepada klad nimfalin; tidak termasuk bekas puak Biblidini dan Cyrestini, dan puak Pseudergolini dan Coeini.)

Kuu-kupu tropika berwarna-warni yang terkenal kerana kemimikan Müller. Semua spesies menggunakan tumbuhan perumah dalam famili Passifloraceae.
Tumbuhan perumah dalam famili Asteraceae, Passifloraceae, Sterculiaceae, Tiliaceae dan Urticaceae.

Klad nimfalin (kumpulan saudara kepada klad helikoniin; juga merangkumi puak Coeini dan Pseudergolini)

Tumbuhan perumah dalam famili Ulmaceae. Beluncas yang licin dengan ekor dwicabang dan kepala bertanduk.[2]
Sesetengah spesies berpindah-randah. Sesetengah beluncas bersalut duri. Tumbuhan perumah termasuk Acanthaceae, Caprifoliaceae, Convolvulaceae, Euphorbiaceae, Fagaceae, Flacourtiaceae,Lamiaceae, Loranthaceae, Moraceae, Plantaginaceae, Poaceae, Rubiaceae, Rutaceae,Salicaceae, Sapindaceae, Scrophulariaceae, Urticaceae dan Verbenaceae.[2]


Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Niklas Wahlberg, Elisabet Weingartner & Sören Nylin (2003). Gisella Caccone & Giacomo Bernardi (penyunting). "Papers presented at the Mammalian Phylogeny symposium during the 2002 Annual Meeting of the Society for Molecular Biology and Evolution, Sorrento, Italy, June 13–16, 2002" (PDF). Molecular Phylogenetics and Evolution. 28 (3): 473–484. doi:10.1016/S1055-7903(03)00052-6. PMID 12927132. |chapter= ignored (bantuan)
  2. ^ a b c d e Philip J. DeVries (2001). "Nymphalidae". Dalam Simon A. Levin (penyunting). Encyclopedia of Biodiversity. Academic Press. m/s. 559–573. doi:10.1016/B0-12-226865-2/00039-0. ISBN 978-0-12-226865-6.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]