ODBC

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dalam pengkomputan, ODBC (singkatan Open Database Connectivity, bermaksud Keterkaitan Pangkalan Data Terbuka) ialah sebuah antara muka C piawai untuk mencapai sistem pengurusan pangkalan data (DBMS). Para pereka ODBC mensasarkan supaya ia tak bergantung kepada sistem pangkalan data dan sistem pengendalian. Sesebuah aplikasi boleh menggunakan ODBC untuk menanya data daripada DBMS, tanpa mengira sistem pengendalian apa yang digunakan oleh DBMS.

ODBC mencapai ketakbergantungan DBMS dengan bantuan pemacu ODBC yang berfungsi sebagai lapisan penterjemah antara aplikasi dan DBMS. Aplikasi akan menggunakan fungsi-fungsi ODBC manakala pemacu menyampaikan pertanyaan kepada DBMS.

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

ODBC menakrifkan sebuah API C piawai untuk mencapai DBMS hubungan. Ia dibangunkan oleh SQL Access Group pada tahun 1992 untuk memiawaikan penggunaan DBMS oleh sesebuah aplikasi. ODBC membekalkan lapisan perisian tengah universal antara aplikasi dan DBMS lantas membolehkan sang pembangun aplikasi menggunakan antara muka tunggal. Jika dilakukan perubahan pada tentuan DMBS, yang perlu dikemas kini hanyalah pemacunya. Pemacu ODBC boleh dianggap sebagai perumpamaan bagi sebuah pencetak atau pemacu lain, yang membekalkan suatu set fungsi piawai untuk digunakan oleh aplikasi, dan melaksanakan kefungsian khsusus DBMS.

Sesebuah aplikasi yang boleh menggunakan ODBC digelar "patuh ODBC". Sebarang aplikasi patuh ODBC boleh mencapai mana-mana DBMS yang pemacunya telah dipasang. Pemacu wujud untuk kesemua DBMS major malah untuk fail-fail teks dan CSV.