Oberkommando der Wehrmacht

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari OKW)
Markas Besar Angkatan Tentera
Oberkommando der Wehrmacht
Aktif4 Februari 1938 – 8 Mei 1945
NegaraJerman Nazi Jerman Nazi
KesetiaanDer Fuhrer Adolf Hitler
JenisMarkas Besar
PerananMengurus dan menyelia:
Sebahagian daripadaWehrmacht
PangkalanMaybach 2, Zossen, Berlin
Nama samaranOKW
PertempuranPerang Dunia II
Komander
Pemerintah Tertinggi Angkatan TenteraAdolf Hitler
Panglima Angkatan TenteraWilhelm Keitel
Ketua Staf Angkatan TenteraAlfred Jodl
Tanda kebesaran
Bendera Pemerintah Ketua OKW
(1938–1941)
Bendera Pemerintah Ketua OKW
(1941–1945)


Oberkommando der Wehrmacht (Terjemahan literal: Markas Tinggi Angkatan Tentera; singkatan OKW) adalah markas besar angkatan tentera Jerman Nazi semasa Perang Dunia Kedua. Pentadbiran ini ditubuhkan pada tahun 1938 dengan kuasa yang terhad ke atas Heer, Kriegsmarine dan Luftwaffe. Persaingan dengan Markas Besar Tentera Darat (Oberkommando des Heeres, OKH) menghalang OKW daripada menjadi sebuah markas Staf Am Jerman yang bersatu. Bagaimanapun ia ada menyelaraskan operasi-operasi bersama di antara ketiga-tiga perkhidmatan tentera. Semasa meletusnya Perang Dunia Kedua, OKW dengan Hitler memerintah semakin banyak memperolehi kuasa-kuasa operasi secara menerus. Menjelang tahun 1942 OKW bertanggungjawab terhadap semua teater perang kecuali di Perbatasan Timur menentang KRSS atau Kesatuan Soviet. Hitler memainkan sistem dwikutub untuk memastikan keputusan muktamad berada di tangannya.

Asal-usul[sunting | sunting sumber]

OKW telah dibentuk pada 4 Februari 1938 susulan dari Peristiwa Blomberg–Fritsch, yang mana membawa kepada pemecatan Fil Marsyal Werner von Blomberg dari jawatan Panglima Tertinggi Wehrmacht dan pembubaran Kementerian Perang Jerman. OKW menggantikan Kementerian Perang. Pelantikan yang dibuat terhadap OKW dan motif disebalik penyusunan semula biasanya dianggap sebagai keinginan Adolf Hitler untuk mengukuhkan kuasa dan pengaruh disekeliling kedudukannya sebagai Führer dan Canselor Reich (Führer und Reichskanzler), akibatnya menjejaskan kepimpinan tentera Wehrmacht.

Organisasi[sunting | sunting sumber]

Menjelang Jun 1938, OKW mengandungi empat bahagian:

1) Amtsgruppe Fuhrungsstab (AFS) - Bahagian Staf Operasi

  • Landesverteidigungsabteilung (Abt L) - Cawangan Pertahanan Negara; bertanggungjawab menyelaraskan segala aspek perancangan operasi,dan melapor terus segala arahan beroperasi kepada OKW. Jawatan Ketua Bahagian Staf Operasi dipangku sementara oleh Ketua Cawangan Pertahanan Negara.
  • Inspekteur der Wehrmachtnachrichtenverbindungen - Inspektor Komunikasi Semboyan Angkatan Tentera; diletakkan terus dibawah Ketua OKW.
  • Abteilung Wehrmachtnachrichtenverbindungen (Abt WNV) - Cawangan Komunikasi Semboyan Angkatan Tentera.

2) Amtsgruppe Allgemeine Wehrmachtangelegenheiten (AWA) - Bahagian Perkhidmatan Am Angkatan Tentera

  • Allgemeine Abteilung (Allg) - Cawangan Am
  • Inlandsabteilung (J) - Cawangan Dalam Negeri
  • Wehrmachtfursorge-und Versorgungsabteilung (W.Vers) - Cawangan Kebajikan dan Pencen Angkatan Tentera
  • Abteilung Wehrmachtsfachschulunterricht (WU) - Cawangan Sekolah Latihan Vokasional Angkatan Tentera
  • Abteilung Wissenschaft (W.Wiss.) - Cawangan Sains
  • Wehrmachtsverwaltungsabteilung (WV) - Cawangan Pentadbiran Angkatan Tentera
  • General zu besonderen Verfügung für Kriegsgefangenenwesen - Jeneral Tugas-Tugas Khas bagi Hal Ehwal Tawanan Perang
  • Abteilung Wehrmachtverluste und Kriegsgefangenenwesen (WVW) - Cawangan Mangsa Perang dan Hal Ehwal Tawanan Perang Angkatan Tentera

3) Amtsgruppe Auslandnachrichten und Abwehr (A.Ausl/Abw) - Bahagian Perisikan Luar dan Perisikan Balas

  • Zentralabteilung (GZ) - Cawangan Pusat
  • Auslandsabteilung (Ausl) - Cawangan Perisikan Luar
    • Gruppe I: Außen- und Wehrpolitik - politik luar negeri dan pertahanan
    • Gruppe II: Beziehung zu fremden Wehrmächten - hubungan dengan tentera-tentera asing
    • Gruppe III: Fremde Wehrmachten, Meldesammelstelle des OKW - khidmat tentera-tentera asing
    • Gruppe IV: Etappenorganisation der Kriegsmarine - organisasi tempatan tentera laut
    • Gruppe V: Auslandspresse - media asing
    • Gruppe VI: Militärische Untersuchungsstelle für Kriegsvölkerrecht - khidmat penyelidikan bagi undang-undang perang antarabangsa
    • Gruppe VII: Kolonialfragen - hal ehwal kolonial
    • Gruppe VIII: Wehrauswertung - analisis pertahanan
  • Abteilung Nachrichtenbeschaffung - Cawangan Perisikan
    • Gruppe H: Geheimer Meldedienst Heer - perkhidmatan rahsia tentera darat
    • Gruppe M: Geheimer Meldedienst Marine - perkhidmatan rahsia tentera laut
    • Gruppe L: Geheimer Meldedienst Luftwaffe - perkhidmatan rahsia tentera udara
    • Gruppe G: Technische Arbeitsmittel - peralatan teknikal
    • Gruppe wi: Geheimer Meldedienst Wirtschaft - perkhidmatan rahsia ekonomi
    • Gruppe P: Presseauswertung - analisis media
    • Gruppe i: Funknetz Abwehr Funkstelle - komunikasi radio
  • Abteilung Sonderdienst - Cawangan Khas
    • Gruppe I: Minderheiten - minoriti
    • Gruppe II: Sondermaßnahmen - langkah-langkah khas
  • Abwehrabteilung (Abw) - Cawangan Perisikan Balas
    • Führungsgruppe W: Abwehr in der Wehrmacht - risikan balas dalam tentera
    • Gruppe Wi: Abwehr Wirtschaft - risikan balas ekonomi
    • Gruppe C: Abwehr Inland - risikan balas dalam negeri
    • Gruppe F: Abwehr Ausland - risikan balas luar negeri
    • Gruppe D: Sonderdienst - tugas-tugas khas
    • Gruppe S: Sabotageabwehr - cegah sabotaj
    • Gruppe G: Gutachten - penilaian
    • Gruppe Z: Zentralarchiv - pusat arkib
  • Auslands(telegramm)prüfstelle - Komunikasi Luar
    • Gruppe I: Sortierung - menyusun
    • Gruppe II: Chemische Untersuchung - ujian kimia
    • Gruppe III: Privatbriefe - mel peribadi
    • Gruppe IV: Handelsbriefe - mel perdagangan
    • Gruppe V: Feldpostbriefe - mel tentera
    • Gruppe VI: Kriegsgefangenenbriefe - mel Tawanan Perang
    • Gruppe VII: Zentralkartei - pusat daftar
    • Gruppe VIII: Auswertung - analisis
    • Gruppe IX: Kriegsgefangenen-Brief-Auswertung - analisis surat Tawanan Perang

4) Amtsgruppe Wehrwirtschaftsstab (WStb) - Bahagian Staf Ekonomi Pertahanan

  • Wehrwirtschaftliche Abteilung (WWi) - Cawangan Ekonomi Tentera
  • Rustungswirtschaftliche Abteilung (WRu) - Cawangan Industri Persenjataan
  • Rohstoffabteilung (W.Ro) - Cawangan Bahan-Bahan Mentah
  • Abteilung Vertrag- und Preisprufwesen (W.Preispr) - Cawangan Kontrak dan Kawalan Harga

Sebagai tambahan selain Inspektor Semboyan Angkatan Tentera,agensi-agensi berikut diletakkan terus dibawah Ketua OKW:

5) Zentralgruppe (WZ) - Cawangan Pusat

6) Wehrmachtrechtsabteilung (WR) - Cawangan Undang-Undang Angkatan Tentera

7) Wehrmachthaushalt- und Verwaltungsabteilung (WH) - Cawangan Pentadbiran dan Belanjawan Angkatan Tentera

8) Sonderstab W - Staf Khas Ekonomi

Menjelang Ogos 1939,penyusunan Markas Besar Angkatan Tentera telah berlaku dan melibatkan perubahan berikut:
1) Amtsgruppe Fuhrungsstab menjadi Wehrmachtfuhrungsamt (WFA) - Pejabat Operasi Angkatan Tentera - Pada September 1939 dua lagi agensi telah ditambah dari tiga menjadi lima,iaitu:

  • Cawangan Pertahanan Negara (Abteilung Landesverteidigung)(L)
  • Inspektor Komunikasi Semboyan Angkatan Tentera
  • Cawangan Komunikasi Semboyan Angkatan Tentera (Abt.WNV)
  • Cawangan Propaganda Angkatan Tentera (Abteilung fur Wehrmachtpropaganda)(W.Pr)
  • Ketua Pengangkutan Angkatan Tentera (Chef des Transportwesens der Wehrmacht) - Jawatan yang dipegang oleh orang yang sama sebagai Ketua Pengangkutan Tentera Darat (Chef des Transportwesens im OKH)

2) Amtsgruppe Allgemeine Wehrmachtangelegenheiten menjadi Allgemeines Wehrmachtsamt (AWA) - Pejabat Perkhidmatan Am Angkatan Tentera

  • Ada lapan cawangan dan tiada perubahan

3) Amtsgruppe Auslandnachrichten und Abwehr menjadi Amt Ausland/Abwehr (A.Ausl/Abw) - Pejabat Perisikan Luar dan Pertahanan

  • Cawangan Pusat
  • Cawangan Perisikan Luar
  • Cawangan I (Abwehr I) - Pengintipan
  • Cawangan II (Abwehr II) - Sabotaj
  • Cawangan III (Abwehr III) - Risik Balas

4) Amtsgruppe Wehrwirtschaftsstab menjadi Wehrwirtschaftsamt (W.A) - Pejabat Ekonomi Pertahanan; tetapi pada September dinamakan semula Wehrwirtschafts- und Rüstungsamt (WiRu) - Pejabat Ekonomi Pertahanan dan Persenjataan

  • Ada empat cawangan dan tiada perubahan

5) Wehrmacht Zentralabteilung (WZ) - Cawangan Pusat Angkatan Tentera: Mengurus hal ehwal Pengerahan,Anggota dan Pentadbiran.
6) Wehrmachtrechtsabteilung (WR) - Cawangan Undang-Undang Angkatan Tentera: Ketua Cawangan Undang-Undang Angkatan Tentera juga merupakan Ketua Agensi Kehakiman di OKW (Chef der Justizdienststelle beim Chef OKW)
7) Wehrmachthaushaltsabteilung (WH) - Cawangan Belanjawan Angkatan Tentera: Bekas sebahagian dari Cawangan Belanjawan dan Pentadbiran Angkatan Tentera,yang berpecah kepada Cawangan Pentadbiran Angkatan Tentera,dimana menjadi sebahagian dari Pejabat Perkhidmatan Am Angkatan Tentera dan Cawangan Belanjawan Angkatan Tentera terus kekal dibawah Ketua OKW.

OKW menggantikan Werhmachtsamt (Pejabat Angkatan Tentera) yang telah wujud antara tahun 1935 hingga 1938,dengan Wilhelm Keitel sebagai ketuanya. Pada Februari 1938,Hitler memilih Keitel untuk memimpin OKW dengan jawatan Chef des OKW,atau Ketua Markas Besar Angkatan Tentera dengan status sebagai seorang menteri penuh. Keitel melantik Max von Viebahn sebagai Ketua AFS merangkap Ketua Abt L,tetapi hanya bertahan selama dua bulan sebelum digantikan oleh Alfred Jodl. Untuk menggantikan Jodl di jawatan Ketua AFS dan Ketua Landesverteidigungsabteilung (Abt L), Walter Warlimont telah dilantik. Pada Ogos 1939 Jodl mengambil alih semula jawatan Ketua Wehrmachtfuhrungsamt (WFA-asalnya AFS) tetapi posisi Ketua Abt L masih kekal milik Warlimont.

WFA telah dinamakan semula sebagai Wehrmachtfuhrungsstab (WFStb) atau Staf Operasi Angkatan Tentera pada 8 Ogos 1940. Pada Disember 1941 perubahan berlaku lagi dengan Abteilung Landesverteidigung (Abt L) di satukan dengan Wehrmachtfuhrungsstab dan hilang peranannya sebagai organisasi bawahan. Perubahan ini sebahagian besar pada luaran sahaja tetapi kakitangan penting terus kekal di posisi dan tugas yang sama.

OKW mengarah operasi-operasi Angkatan Tentera Jerman di sepanjang Perang Dunia II. Mesyuarat kerja harian OKW sentiasa diwakili oleh Keitel,Jodl,dan pegawai-pegawai adjutan Hitler. Sewaktu mesyuarat berjalan laporan-laporan kerja yang disediakan oleh WFStab/L akan ditunjukkan kepada Hitler untuk dibincangkan. Selepas perbincangan ini, Hitler akan mengeluarkan arahan-arahan beroperasi selanjutnya. Arahan ini kemudian akan disampaikan kembali ke WFStab/L oleh Jodl berserta dengan minit mesyuarat. Ia kemudian akan ditukar dalam bentuk arahan untuk dihantar kepada panglima-panglima berkenaan.

Pengoperasian OKW[sunting | sunting sumber]

Secara rasminya, OKW menjadi staf am tentera Reich Ketiga, menyelaras gerakan perang Tentera Darat,Tentera Laut dan Tentera Udara. Pada teorinya, OKW bertindak sebagai staf peribadi tentera kepada Hitler,menterjemah idea-ideanya kepada arahan-arahan tentera dan mengeluarkan arahan tersebut untuk ketiga-tiga perkhidmatan walaupun dengan sedikit kuasa. Bagaimanapun,sewaktu perang berlangsung, OKW mendapati dirinya melaksanakan banyak kuasa arahan terus terhadap unit-unit tentera,terutama di Perbatasan Barat. Menjelang tahun 1942, OKW memegang kuasa de facto Barisan Barat manakala OKH (Markas Besar Tentera Darat) menjalankan kuasa de facto Barisan Timur. Hanya pada 28 April 1945 (dua hari sebelum kematiannya),Hitler meletakkan OKH dibawah OKW,memberi OKW kuasa memerintah di Barisan Timur.

Menyelesaikan birokrasi Nazi yang berebut kuasa sesama mereka adalah satu cara yang digunakan oleh Hitler untuk memperkukuhkan kuasanya dan perebutan yang sama juga berlaku antara OKW dan OKH. Kerana kebanyakkan operasi-operasi Jerman dikawal oleh Tentera Darat (dengan sokongan Luftwaffe), OKH meminta untuk menguasai angkatan tentera. Namun, Hitler tidak menyokong OKH dan menyebelahi OKW menyelia operasi di kebanyakkan teater perang darat. Sepanjang perang berlangsung semakin banyak pengaruh berpindah dari OKH ke OKW, dengan Norway menjadi "teater perang OKW" yang pertama. Semakin banyak kawasan berada dibawah kawalan penuh OKW. Akhirnya hanya Perbatasan Timur kekal di kawasan kekuasaan OKH. Bagaimanapun, selagi Barisan Timur menjadi medan perang utama tentera Jerman, OKH masih berpengaruh,terutama apabila Hitler menggantikan Fil Marsyal Walther von Brauchitsch sebagai Panglima Tertinggi Tentera Darat pada 19 Disember 1941 dan memegangnya sehingga kematiannya pada 30 April 1945.

OKW mengendalikan operasi tentera di Barisan Barat, Afrika Utara dan Itali. Di perbatasan barat berlaku perpecahan antara OKW dan OB West (Oberbefehlshaber West atau Panglima Tertinggi Barat),iaitu Fil Marsyal Gerd von Rundstedt (kemudian digantikan oleh Fil Marsyal Gunther von Kluge).

Terdapat lebih lagi pemecahan sejak Kriegsmarine dan Luftwaffe mempunyai pemerintahan sendiri iaitu OKM (Markas Besar Tentera Laut) dan OKL (Markas Besar Tentera Udara) yang mana,secara teorinya adalah markas bawahan,sebahagian besarnya bebas dari OKW atau pun OB West.

Di sepanjang peperangan, OKW yang dipimpin oleh Keitel melapor terus kepada Hitler,kebanyakkan arahan-arahan beroperasi sebenarnya bermula dari Oberster Befehlshaber der Wehrmacht (Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera) iaitu Der Fuhrer Adolf Hitler.

Albrecht von Hagen adalah seorang anggota percubaan membunuh Hitler pada 20 Julai 1944,telah ditempatkan di OKW sebagai pegawai perkhidmatan kurier antara pos-pos tentera di Berlin dan Markas Fuhrer (Führerhauptquartier) Wolfsschanze ("Sarang Serigala"),iaitu markas tentera rahsia Hitler di Rastenburg,Prusia Timur.

Tribunal Tentera Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

OKW telah didakwa tetapi dibebaskan daripada menjadi sebuah organisasi jenayah semasa Perbicaraan Nuremberg. Bagaimanapun Keitel dan Jodl telah didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati. Jodl selepas kematian telah dibebaskan daripada tuduhan utama terhadap beliau pada tahun 1952, enam tahun selepas hukuman itu di jalankan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Klink, E. "The Organization of the German Military High Command in World War II," Revue Internationale d’Histoire Militaire (1980), v. 47 pp. 129–57
  • Goerlitz, W. History of the German General Staff, 1657–1945 (Praeger, 1953).
  • Megargee, G.P. "Triumph of the Null: Structure and Conflict in the Command of German Land Forces, 1939-1945," War in History (1997) 4#1 pp 60-80, online in EBSCO.
  • Seaton, A. The German Army, 1939–1945 (St. Martin’s Press, 1982)
  • Stone, David. Twilight of the Gods: The Decline and Fall of the German General Staff in World War II (2011). excerpt and text search
  • Wilt, A. War from the Top: German and British Decision Making During World War II (Indiana U. Press, 1990)
  • Warlimont, W. Inside Hitler’s Headquarters, 1939–45 (Praeger, 1964)
  • O'Neill, Robert.J. The German Army and the Nazi Party, 1933-1939 (Corgi Books,1968)