OLX
| Jenis | Swasta |
|---|---|
| Ditubuhkan | Mac 2006 |
| Ibu pejabat | New York, NY |
| Orang utama | Fabrice Grinda, Pengasas bersama/CEO bersama dan Alec Oxenford, Pengasas bersama/CEO bersama |
| Industri | Iklan |
| Produk | olx.com, mundoanuncio.com, edeng.cn |
| Pekerja | lebih kurang 120 orang |
| Laman web | www.olx.com |
OLX ialah sebuah syarikat internet yang beroperasi di New York, Buenos Aires, Moscow, Beijing dan Mumbai. Laman web OLX ialah tempat pengurusan iklan yang dihasilkan oleh pengguna secara percuma di pelbagai lokasi di seluruh dunia dalam pelbagai kategori seperti Harta Tanah, Pekerjaan, Kereta, Untuk dijual, Perkhidmatan, Komuniti dan Peribadi.
Syarikat ini telah ditubuhkan bersama pada bulan Mac 2006 oleh usahawan Internet Fabrice Grinda dan Alec Oxenford. Fabrice sebelum ini telah menubuhkan Zingy[4], sebuah syarikat nada dering telefon bimbit yang dijual kepada For-Side dengan harga $80 juta pada bulan Mei 2004.[1][2] Alec sebelum ini telah menubuhkan DeRemate[5], peneraju laman web lelongan dalam talian di Latin Amerika. DeRemate dijual kepada MercadoLibre.com, sebuah gabungan eBay, pada bulan November 2005.
Isi kandungan |
[sunting] Skop geografi
Setakat bulan April 2009, OLX boleh di dapati di 88 buah negara dan tersedia dalam 39 bahasa. [3]
Negara: Algeria, Argentina, Aruba, Australia, Austria, Bahamas, Belarus, Belgium, Belize, Bolivia, Brazil, Bulgaria, Kanada, Chile, China, Colombia, Costa Rica, Croatia, Republik Czech, Denmark, Dominica, Republik Dominica, Ecuador, Estonia, Finland, Perancis, Jerman, Greece, Grenada, Guatemala, Haiti, Honduras, Hong Kong, Hungary, India, Indonesia, Ireland, Israel, Itali, Jamaica, Jepun, Jordan, Kazakhstan, Latvia, Liechtenstein, Lithuania, Luxembourg, Malaysia, Mexico, Monaco, Maghribi, Belanda, New Zealand, Nicaragua, Norway, Pakistan, Panama, Paraguay, Peru, Filipina, Poland, Portugal, Puerto Rico, Romania, Persekutuan Rusia, Serbia, Singapura, Slovakia, Slovenia, Afrika Selatan, Korea Selatan, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Taiwan, Negara Thai, Trinidad dan Tobago, Tunisia, Turki, Kepulauan Turks dan Caicos, Ukraine, Emiriah Arab Bersatu, United Kingdom, Amerika Syarikat, Uruguay, Venezuela, Vietnam.
Bahasa: Bengali, Catalan, Cina (Tradisional), Cina (Ringkas), Belanda, Inggeris, Bulgaria, Croatia, Czech, Denmark, Estonia, Perancis, Jerman, Greek, Ibrani, Hindi, Hungaria, Indonesia, Itali, Jepun, Korea, Latvia, Lithuania, Norway, Poland, Portugis, Romania, Rusia, Serbia, Slovak, Slovene, Sepanyol, Swedan, Tagalog, Thai, Turki, Ukraine, Urdu, Vietnam, Bahasa Melayu.
[sunting] Ciri-ciri
Ciri-ciri OLX termasuklah:
- Keupayaan untuk mereka bentuk penyenaraian menggunakan HTML
- Kawalan Pusat bagi penjualan, pembelian dan aktiviti komuniti
- Kawalan Spam
- Keupayaan untuk mempromosikan penyenaraian pada laman web lain seperti Fotolog, Facebook dan Friendster
- Keupayaan untuk berbincang mengenai penyenaraian dengan pengguna lain yang berminat
- Keupayaan untuk mencari item yang ada berdekatan dengan anda di mana sahaja anda tinggal
- Akses ke laman web dari telefon bimbit
- Boleh didapati dalam banyak bahasa
[sunting] Rujukan
- ↑ Temu ramah VentureVoice [1]
- ↑ Artikel Forbes 'Zingy Founder Steps Down'[2]
- ↑ Halaman 'Tentang Kami' OLX [3]
[sunting] Pautan luar
- Laman web OLX olx.com
- Blog Fabrice Grinda [6]
- Blog Alec Oxenford [7]
- Laman web MundoAnuncio mundoanuncio.com
- Laman web Edeng edeng.cn