OVA

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Animasi Video Asli (オリジナル・ヴィデオ・アニメーション Orijinaru Video Animēshon?, Original Video Animation), disingkatkan sebagai OVA (オーヴィエー ōviē?), merupakan istilah yang digunakan untuk judul-judul anime yang dikeluarkan secara langsung-ke-video, tanpa siaran awal dalam TV mahupun pawagam. Judul-judul OVA asalnya didapati pada VHS, tetapi kemudiannya turut boleh didapati dalam media-media lain seperti Laserdisc dan DVD. OVA kadang-kala juga digunakan untuk merujuk kepada apa-apa siri anime yang singkat atau istimewa tanpa mengambil kira format asalnya seperti dalam manga ataupun siri anime.

Asalnya, kependekan OAV (dari Original Animated Video) digunakan secara meluas. Tetapi disebabkan ia dilihat terlalu dekat dengan AV (Adult Video - Video Dewasa) hingga menyebabkan orang menyangka OAV merupakan kependekan Original Adult Video (Video Dewasa Asli), singkatan OVA mula popular.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]