Oat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Oat
Ladang oat di Hemingway, South Caroline
tumbuhan
Nama tumbuhan
Filum Magnoliophyta
Pengelasan Liliopsida
Ordor Poales
Famili Poaceae
Genus Avena
Spesies Avena sativa
Ringkasan
Oat digunakan bagi menghasilkan pelbagai
barangan makanan.

Oat (Avena sativa) merupakan sejenis spesies bijiran, dan biji benih tumbuhan ini. Ia digunakan bagi makanan manusia, dan juga sebagai makanan bagi haiwan, terutamanya ternakan ayam dan kuda. Jerami oat digunakan sebagai tempat tidur haiwan dan kadang-kala juga sebagai makanan haiwan.

Oats seringkali dihidangkan sebagai bubur yang dihasilkan daripada oats yang dilenyek atau oatmeal, dan juga dibakar menjadi biskut (cookies). Dalam bentuk tepung oat atau oatmeal, ia juga digunakan dalam pelbagai biskut (baked goods) dan cereal sejuk, dan sebagai bahan dalam muesli dan granola. Oats juga boleh dimakan mentah, dan biskut dengan oats mentah menjadi semakin popular.

Jerami Oat juga digunakan dalam penghasilan corn dolly, dan merupakan pengisian kegemaran bagi bantal home made lace.

Pati oat boleh digunakan sebagai perawat masalah kulit, contoh. dalam mandian, produk kulit dll.

Nama lama Inggeris Pertengahan bagi tumbuhan ini adalah haver, yang kekal dalam nama beg makanan ternakan haversack.

Pengagihan[sunting | sunting sumber]

Oats berasal dari Eurasia dan kelihatannya ditanam agak lewat. Oat kini ditanam dikeseluruhan zon serdahana. Oat memerlukan suhu musim panas yang lebih rendah dan lebih tahan hujan berbanding cereal lain seperti gandum, rye atau barli, dengan itu amat penting di kawasan yang mempunyai musim panas yang sejuh dan lembab seperti di barat laut Eropah, malah ditanam dengan jayanya di Iceland. Oat adalah annual plant, dan boleh ditanam samaada pada musim luruh (untuk tuaian akhir musim panas) atau pada musim bunga (bagi tuian awal musim autumn).

Dari sudut sejarah, penerimaan terhadap oat pelbagai. Di England ia dianggap bijirin kurang bermutu, sementara di Scotland Oat dianggap bermutu tinggi. Terdapat peribahasa di England yang menyatakan "oat hanya sesuai sebagai makanan kuda dan orang Scotland", dari mana jawapan balas orang Scotland adalah "dan England mempunyai kuda terbaik, dan Scotland orang yang terbaik". Jumpaan mengenai ciri-ciri pengurangan kolesterol telah mendorong kepada penerimaan lebih meluas pada oat sebagai makanan manusia. Oat yang ditanam di Scotland mendapat harga tertinggi di seluruh United Kingdom akibat tradisi ini.

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Bijirin Oat dalam sekam

Sekam Oat adalah sarung bijirin oat. Pengambilannya dipercayai mengurangkan LDL kolesterol ("buruk"), dan berkemungkinan mengurangkan risiko penyakit jantung. Oat juga merupakan bijiran selamat bagi pengidap penyakit celiac (alahan gluten). Bagaimanapun, oat biasanya sering bercampur dengan sejumlah kecil gandum semasa penuaian dan pemprosesan, dengan itu EU secara rasminya menyenaraikan ia sebagai tanaman yang mengandungi gluten. Oat yang berasal daripada Ireland dan Scotland, di mana kurang gandum ditanam, kurang berkemungkinan dicemari melalui cara ini.

Selepas lapuran mengenai bahawa oat mampu membantu mengurangkan kolesterol keluar, "kegilaan bijirin oat" melanda U.S. pada akhir 1980-an, memuncak pada 1989, apabila cip ubi kentang ditambah oat dijual. Gila makanan ini hanya sekejab dan pudar pada awal 1990-an. Popular oatmeal dan keluaran oat lain sekali lagi meningkat selepas keputusan Food and Drug Administration pada Januari 1997 bahawa kebanyakan (oat bran) atau (rolled oats) boleh meletakkan label yang mendakwa bahawa ia mungkin mengurangkan risiko penyakit jantung, apbila digabung dengan diet kurang lemak.

Agronomi[sunting | sunting sumber]

Oat disemai pada musim spring, sebaik sahaja tanah boleh dibajak. Awal mula penting bagi hasil yang baik kerana oat akan bertapa dalam musim panas. Oat tahan sejuk dan tidak terjejas oleh fros atau salji lambat. Biasanya sekitar 100 kg/hektar (sekitar 2 bushel seekar) disemai, samaada ditabur atau disemai dalam baris 150 mm (6 inci). Kadar lebih rendah digunakan apabila dicampur dengan legume. Kadar lebih tinggi boleh digunakan pada tanah yang subur terbaik. Penyemaian berlebihan menimbulkan masaalah dengan pertumbuhan dan mungkin mengurangkan hasil.

Oat, barli, dan sebahagian keluaran yang dihasilkan daripadanya.

Oat musim sejuk boleh ditanam sebagai tutup bumi luar musim dan dibajak ketanah semasa musim bunga sebagai baja hijau.

Oat menyerap sejumlah besar nitrogen daripada tanah. Jika jerami dialih daripada tanah dan bukannya dibajak sekali, sejumlah besar potash juga akan hilang. Biasanya sekitar 50-100 kg/hektar (50-100 poun per ekar) nitrogen dalam bentuk urea atau ammonium sulphate adalah mencukupi. Sejumlah nitrogen yang mencukupi adalah amat penting bagi tumbuhan bagi menentukan tinggi pokok, dan dengan itu kualiti jerami dan tuian. Sekiranya tanaman musim lalu adalah legume, atau di mana kumbahan mencukupi digunakan, kadar nitrogen boleh dikurangkan.

Pertumbuhan pantas oat cenderung menghapuskan kebanyakan rumpai. Beberapa rumpai daun lebar tinggi, seperti ragweed, goosegrass dan buttonweed (velvetleaf), boleh menimbulkan masaalah terutama ia menyukarkan penuaian. Rumpai ini mampu dikawal melalui penggunaan racun rumpai serdahana seperti 2,4-D sementara rumpai masih kecil.

Teknik penuaian moden bergantung kepada jenis peralatan yang ada, tradisi tempatan, dan aturan kepentingan (priorities). Tuian terbaik didapati dengan sabitan (swather), memotong pokok sekitar 10 cm (4 inci) di atas permukaan tanah dan meletakkan ia kedalam (windrows) dengan kesemua bijiran tersusun kearah yang sama, apabila bijirin hampir masak sepenuhnya. (Windrows) ini akan dibiarkan kering sepenuhnya dibawah panas mentari selama beberapa hari sebelum dibanting. Kemudian jeraminya diberkas.

Oat boleh juga dibiarkan tumbuh sehingga masak sepenuhnya dan kemudian dituai dengan menggunakan kepala penuai bijirin. Ini membawa kepada kerugian lapangan yang lebih banyak kerana bijiran tanggal daripada batangnya, dan juga kerugian tuian kerana bijiran terpelanting oleh penarik. Tanpa kepala pembungkus (draper head), terdapat juga lebih kerosakan kepada jerami kerana ia tidak diatur sempurna ketika memasuki jentera penuai. Keseluruhan kerugian tuian dianggarkan 10-15% berbanding sabitan sempurna.

Akhir abad ke 19 dan awal abad ke 20 penuian dilakukan dengan menggunakan mesin pengikat (binder). Oat dikumpulkan menjadi berkas dan dikumpulkan dan dimasukkan kedalam mesin pembanting ditempat khas.

Penuian sebelumnya mengunakan menyabit dengan sabit dan membanting dengan membiarkan lembu memijaknya.

Tuian yang baik kebiasaannya sekitar 3000 kg/hektar (100 bushel/ekar) bijirin dan dua tan jerami.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]