Oh! great

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ito Ōgure (Jepun: 大暮 維人, Hepburn: Ōgure Ito, lahir pada 22 Februari, 1972), nama pena Oh! great, ialah seorang pelukis manga Jepun paling terkenal dengan siri manganya yang berjudul Tenjho Tenge dan Air Gear. Pada tahun 2006, Ito telah menerima Anugerah Kodansha Manga untuk kategori shōnen untuk karyanya iaitu Air Gear.

Gaya perwatakan Ito termasuklah penceritaan yang ganas, penggunaan perkataan-perkataan bahasa Inggeris dikalangan kanji dan ilustrasinya akan watak-watak perempuan yang cantik. Ito juga telah mencipta siri hentai berjudul Silky Whip dan selain bekerja dengan manga, dia juga mereka pakaian watak alternatif dalam versi permainan video PlayStation 2 berlawan 3D Namco iaitu Tekken 5.

Nama samarannya iaitu "Oh! great" diubahsuai daripada namanya sendiri, iaitu "Ōgure Ito", yang disebut agak serupa dengan cara sebutan masyarakat Jepun yang menyebut perkataan bahasa Inggeris "Oh great" [oːgɯɺ̠eːto].

Karya[sunting | sunting sumber]