Ohba Tsugumi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ohba Tsugumi (大場 つぐみ Ōba Tsugumi) ialah seorang penulis manga Jepun. Manga Death Note ialah karyanya yang telah menjadi popular dikalangan pembaca Jepun dan antarabangsa. Namanya, iaitu "Ohba Tsugumi" dipercayai nama samarannya sahaja. [perlu rujukan]

Sesetengah berpendapat bahawa identiti sebenar Ohba Tsugumi ialah Hiroshi Gamou, penulis siri JUMP Tottemo! Luckyman. Suatu ramalan pernah dibuat di atas sebabnya menyembunyikan identitinya adalah kerana siri Death Note merupakan salah satu kerjanya yang berbeza berbanding yang terdahulu. Namun begitu, manga siri tersebut mempunyai beberapa petunjuk yang dapat mendedahkan identiti sebenar penulisnya: misalnya, sekolah watak utama siri itu (seperti yang ditunjukkan dalam bab pertama) digelar 'Gamou Seminar', suatu bahan gurauan yang sering digunakan mangaka-mangaka yang lain.

Terbaru, beliau sekali lagi bekerjasama dengan Obata Takeshi-pelukis (mangaka Death Note) dalam siri baru Bakuman yang telah mula disirikan pada Ogos 2008.