8 Oktober
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Oktober 8)
| << | Oktober 2013 | >> | ||||
| Ahd | Isn | Sel | Rab | Kha | Jum | Sab |
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
| 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
| 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
| 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
| 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | ||
| MMXIII | ||||||
8 Oktober merupakan hari ke-281 (hari ke-282 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 84 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Tentera Laut di Peru (1821).
- Hari Kemerdekaan di Croatia (1991).
Peristiwa [sunting]
- 1600 - San Marino, republik tertua yang masih wujud, menerima perlembagaan bertulisnya.
- 1871 - Dua kebakaran bersejarah, Kebakaran Chicago Besar dan Kebakaran Peshtigo Wisconsin terjadi di Barat Tengah A.S.
- 1879 - Perang Pasifik: Tentera Laut Chile menewaskan Tentera Laut Peru dalam Pertempuran Angamos (gambar).
- 1895 - Maharani terakhir Korea, Ratu Min dibunuh.
- 1962 - Skandal Spiegel: Majalah akhbar Der Spiegel mendedahkan keadaan teruk angkatan tentera Jerman Barat (Bundeswehr). Ia dituduh khianat tidak lama kemudian.
- 1967 - Ketua revolusi Marxisme dan gerila Che Guevara ditangkap berhampiran La Higuera, Bolivia.
- 1985 - Muzikal Les Misérables mula dipentaskan di Barbican Centre London, kini merupakan muzikal West End paling lama bertahan dalam sejarah.
- 2005 - Satu gempa bumi besar terjadi di Kashmir yang mengorbankan lebih 74,500 nyawa di Pakistan, India dan Afghanistan.
- 2007 - Atlet wanita Amerika Syarikat Marion Jones dipaksa memulangkan 5 pingat emas Olimpik kerana kesalahan menggunakan steroid.
- 2008 - Kerajaan British mengumumkan pakej penyelamatan kewangan seminggu selepas Amerika Syarikat meluluskan undang-undang bagi menstabilkan ekonominya akibat krisis gadai janji subprima.
- 2010 - Aktivis hak asasi manusia China yang dipenjarakan Liu Xiaobo diisytiharkan penerima Hadiah Keamanan Nobel.
Kelahiran [sunting]
- 1949: Sigourney Weaver, pelakon A.S.
Kematian [sunting]
- 1869 - Franklin Pierce, Presiden Amerika Syarikat ke-14
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||