Oli Pettigrew

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Oli Pettigrew
Kelahiran (1981-04-02) 2 April 1981 (umur 43)
PekerjaanPelakon, model, dan hos televisyen
Tahun aktif1999 - kini
Laman web rasmihttp://www.olipettigrew.com/

Oliver Pettigrew (lahir 2 April 1981) ialah seorang pelakon, model, dan pengacara televisyen. Beliau dilahirkan di Hong Kong dan kini menetap di Singapura. Beliau paling dikenali dengan menjadi hos untuk Cash Cab Asia, Sony Style, Lonely Planet Six Degrees China dan Epad di Max.

Beliau berkahwin dengan Linda Black, iaitu seorang model, penyampai dan penulis. Mereka mempunyai seorang anak lelaki yang dilahirkan pada tahun 2008 dan mempunyai seorang anak angkat perempuan.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pettigrew dilahirkan di Hong Kong, menerima pendidikan di England dan telah bermastautin di Singapura sejak tahun 2004. Beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang model di Hong Kong pada tahun 1999, dan menjadi model untuk jenama Levi selama setahun dan berlakon dalam filem Gen Y Cops.

Pettigrew kemudiannya dipilih sebagai hos untuk SONY STYLE di AXN, di mana beliau dicalonkan sebagai Hos Terbaik di acara Singapore Elle Awards pada tahun 2008. Berikutan pencapaian ini, Pettigrew kemudiannya menjadi hos bagi Lonely Planet, Channel News Asia, Channel V, STAR World, HBO, Cinemax, Food Network, TLC, Miss Earth dan AXN.

Pada tahun 2011, Pettigrew menjadi hos untuk Sony Style (kini dikenali sebagai Sony Lifestyle), dan beliau dicalonkan sebagai Hos Hiburan Terbaik di Asian Television Awards. Pettigrew menganjurkan anugerah tersebut bersama isterinya, Linda Black.

Beliau memulakan tahun 2012 dengan menjadi hos untuk enam rancangan berbeza (Cash Cab Asia, Lonely Planet Six Degrees China, Sony Style (Sony Lifestyle), Epad di Max,, dan menjadi hos harian untuk HBO dan satu siri vignettes makanan yang disiarkan di peringkat antarabangsa) di lima rangkaian (AXN, HBO, CINEMAX, TLC dan Food Network Asia). Beliau juga mendapat 3 pencalonan di acara Asian Television Awards 2012. Untuk Cash Cab Asia, Pettigrew sekali lagi dicalonkan sebagai Hos Terbaik di acara 2012 Singapore Elle Awards.

Pada akhir tahun 2012, Pettigrew menerima 2 pencalonan di acara Asian Television Awards untuk Hos Hiburan Terbaik untuk Sony Style musim ke-5 dan Cash Cab Asia musim pertama Beliau memenangi anugerah Diarkibkan 2014-09-12 di Wayback Machine tersebut untuk Cab Cab Asia.

Pettigrew kini menjadi hos untuk Discovery Kids (Kids vs Film).

Anugerah dan Pencalonan[sunting | sunting sumber]

2008 Singapore Elle Awards - Hos Terbaik - Sony Style Musim ke-2 (dicalonkan)

2011 Asian Television Awards - Hos Hiburan Terbaik - Sony Style Musim ke-4 (dicalonkan)

2012 Singapore Elle Awards - Hos Terbaik - Cash Cab Asia Musim pertama (dicalonkan)

2012 Asian Television Awards - Hos Hiburan Terbaik - Sony Lifestyle Musim ke-5 (dicalonkan)

2012 Asian Television Awards - Hos Hiburan Terbaik - Cash Cab Asia Musim pertama (menang)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]