Ombak Rindu (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ombak Rindu
Poster filem Ombak Rindu
PengarahOsman Ali
PenulisFauziah Ashari
Dihasilkan oleh
DibintangiAaron Aziz
Maya Karin
Lisa Surihani
Bront Palarae
SinematografiKhalid Zakaria
Disunting olehAffandi Jamaludin
Syarikat
penerbitan
Tarantella Pictures
Diedarkan olehAstro Shaw
Tarikh tayangan
1 Disember 2011 (Malaysia)
Masa tayangan
120 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.56 juta[1]
Pecah panggungRM 10.90 juta

Ombak Rindu merupakan sebuah filem drama romantik dibawah arahan Osman Ali dan mula ditayangkan pada 2011 di Malaysia.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Templat:Spoiler Filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah (Maya Karin) dan Hariz (Aaron Aziz) dari dua dunia yang berbeza dan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di Kuala Lumpur untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah (Azizah Mahzan), pemilik empayar perniagaan Safiah Catering telah membeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.

Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. Namun selepas itu, Hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. Hariz kemudian terpaksa menikahi Mila (Lisa Surihani), kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma di hospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari banglo Hariz dan merampas kunci kereta dan telefon bimbit Izzah.

Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah Pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa Hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah. Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Kutipan[sunting | sunting sumber]

Filem ini mendapat kutipan tidak rasmi sebanyak RM 5.5 juta pada 7 hari tayangan[2].

Ulasan[sunting | sunting sumber]

Filem ini mendapat ulasan yang kurang baik menerusi jalan cerita yang digunakan. Ini dapat dilihat pada jalan cerita tragedi yang dilalui oleh Ustazah Izzah. Jalinan tragedi cerita - cerita Barat terserlah seperti cinta kerana sifat kemanusiaan dalam diri yang ditonjolkan watak Hariz, lakonan Aaron Aziz. Filem ini tidak menerapkan unsur cinta kerana agama walaupun watak Izzah merupakan seorang ustazah di kampung. Penonjolan muslimah yang kental jiwanya tidak dipaparkan dengan baik dalam cerita ini.[3]

Dari segi teknikal pula, tidak dinafikan bahawa filem ini menonjolkan teknik sinematografi yang terbaik. Ternyata, sentuhan Osman Ali dalam menggambarkan cerita yang diadaptasi dari novel dilihat berjaya. Gambaran dalam filem ini memberi kesenangan kepada penonton untuk menonton filem ini.[4]

Lakonan yang ditampilkan oleh pelakon - pelakon handalan Malaysia harus dipuji. Ternyata, watak - watak yang dipegang oleh kesetiap pelakon ini tidak menghampakan. Watak Izzah yang dipegang oleh Maya Karin, berjaya ditonjolkan dengan baik dan menutup mulut pengkritik yang kurang meyakini kebolehan Maya Karin. Aaron Aziz terbukti merupakan seorang pelakon yang pelbagai. Beliau berjaya menjiwai watak Hariz, seorang lelaki yang keras tetapi mempunyai jiwa dalam yang lembut. Lisa Surihani berjaya keluar dari zon selesa apabila melakonkan watak yang lain dari zon selesa beliau. Bront Palarae, walaupun watak beliau tidak banyak, tetapi boleh dirasa apabila ditolak oleh Izzah tetapi setia menanti beliau sehingga beliau menemui cinta baru. Lakonan pelakon - pelakon senior seperti Azizah Mahzan yang membawa watak ibu kepada Hariz, mengingatkan kita kepada watak Mak Dara dalam Ibu Mertuaku arahan Tan Sri P. Ramlee. Dilihat berjaya membangkitkan semangat penonton.[5]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Kontroversi berlaku apabila penulis novel ini, Fauziah Ashari, mendakwa beliau tidak mendapat bayaran yang setimpal berdasarkan kutipan filem yang pecah panggung. Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa beliau tidak dipanggil dalam menjadi penasihat dalam penghasilan skrip malah tidak dipanggil untuk menjadi penulis lakon layar kepada filem ini[6].

Namun kenyataan beliau itu ditangkis oleh Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub. Beliau telah menyatakan bahawa proses mengadaptasi novel ke skrip filem sudah dilakukan sejak 2009. Beliau turut menjawab dakwaan penulis tidak mendapat bayaran setimpal kerana pihak beliau sudah memberikan wang sejumlah hampir RM 200,000 sebagai bayaran royalti. Selain itu, hasil jualan yang meningkat akibat fenomena filem tersebut akan diberikan royalti kepada penulis buku tersebut[7].

Pada mulanya, Remy Ishak yang menggalas watak Hariz, tetapi disebabkan jadual pengambaraan bertembung dengan program umrahnya, beliau diganti oleh Aaron Aziz.[8]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Majlis Anugerah Kategori Penerima Hasil
Festival Filem Malaysia ke-25 Filem Terbaik Sharad Sharan Tercalon
Pengarah Terbaik Osman Ali Tercalon
Pelakon Wanita Terbaik Maya Karin Menang
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Lisa Surihani Tercalon
Sinematografi Terbaik Khalid Zakaria Tercalon
Lagu Tema Terbaik "Ombak Rindu" - Hafiz & Adira Menang
Anugerah Skrin 2012 Filem Terbaik Sharad Sharan Tercalon
Pengarah Terbaik Filem Osman Ali Tercalon
Lakon Layar Terbaik Filem Tercalon
Pelakon Lelaki Terbaik Filem Aaron Aziz Tercalon
Pelakon Wanita Terbaik Filem Maya Karin Menang
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem Zaidi Omar Tercalon
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem Lisa Surihani Menang
Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2012[9] [10] Pengarah Terbaik Osman Ali Tercalon
Pelakon Wanita Terbaik Maya Karin Tercalon
Sinematografi Terbaik Khalid Zakaria Tercalon
Anugerah Blockbuster Astro 2012[11] [12] Anugerah Filem Paling Hebat Sharad Sharan Tercalon
Anugerah Tuan Direktor Terhebat Osman Ali Tercalon
Anugerah Hero Terhebat Aaron Aziz Tercalon
Anugerah Heroin Terhebat Maya Karin Tercalon
Anugerah Lagu Filem Terhebat Hafiz & Adira - "Ombak Rindu" Menang
Anugerah Blockbuster Astro ke-2 2013[13] Anugerah Astro First Terhebat Sharad Sharan Menang

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ TAYANGAN FILEM CEREKA TAHUN 2011, Finas.gov.my. Dicapai pada 18 Januari 2011.
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-13. Dicapai pada 2011-12-12.
  3. ^ http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1211&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_13.htm
  4. ^ http://www.sinarharian.com.my/komentar/elviza/ombak-rindu-magis-lensa-osman-ali-1.10680
  5. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-12-02. Dicapai pada 2011-12-12.
  6. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-09. Dicapai pada 2011-12-09.
  7. ^ http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kami__8216_takmakan__8217_penulis/Article/index_html
  8. ^ http://www.hmetro.com.my/node/47491?m=1
  9. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-04. Dicapai pada 2012-10-08.
  10. ^ http://perangfilem1.blogspot.com/2012/10/keputusan-anugerah-majlis-pengkritik.html
  11. ^ http://www.astrogempak.com.my/anugerahblokbuster/LamanUtama.aspx
  12. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-07. Dicapai pada 2012-10-08.
  13. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-24. Dicapai pada 2014-11-10.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]