One Segamat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
One Segamat
Jenis Kompleks beli-belah
Industri Perniagaan beli-belah bersepadu
Ibu pejabat Segamat, Johor
Produk Gedung Serbaneka, Pasar Raya, Hiburan, Kemudahan
Laman web http://www.1segamat.com.my

One Segamat, juga dikenali sebagai 1 Segamat, merupakan sebuah pusat beli-belah baharu di Segamat, Johor. Terletak bersebelahan dengan Terminal Pengangkutan Awam Bersepadu Segamat, pusat beli-belah pertama di Segamat ini dibuka secara rasmi pada 15 Disember 2011. Tempat ini dihubungkan dengan Terminal Pengangkutan Awam Segamat melalui sebuah jejantas di Tingkat 1.

One Segamat asalnya mula dibina pada penghujung 1990-an serentak dengan Terminal Pengangkutan Awam Bersepadu Segamat, tetapi dengan nama The Summit Segamat. Namun, kegawatan ekonomi telah menyebabkan pembinaan kompleks beli-belah itu terbengkalai walaupun Terminal Pengangkutan Awam Bersepadu Segamat sudah mula beroperasi pada tahun 2001. Setelah sekian lama terbengkalai, projek pembinaan kompleks beli-belah tiga tingkat ini disambung semula dengan nama One Segamat hasil usaha sama antara Majlis Daerah Segamat dengan sebuah syarikat pemaju tempatan. Pembinaan One Segamat siap sepenuhnya pada tahun 2011.

Tarikan utama One Segamat ialah kompleks pawagam Lotus Five Star yang mempunyai lapan dewan tayangan serta boleh memuatkan sehingga 1,703 orang keseluruhannya.[1] Pembukaan kompleks pawagam Lotus Five Star di One Segamat telah menamatkan penantian warga Segamat selama 11 tahun setelah pawagam terakhir di Segamat iaitu pawagam Cathay Segamat ditutup pada tahun 2000.[2]

Setakat 18 Disember 2011, kebanyakan lot kedai di One Segamat masih belum dibuka, namun beberapa penyewa telah mengesahkan operasi mereka di One Segamat seperti Econsave dan Popular Bookstore.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Cinema Infos: LOTUS FIVE STAR 1 Segamat, Segamat". Cinema Online. Diperoleh pada 17 Disember 2011. 
  2. "10 years since Segamat had a new cinema (Inggeris)". Segamat.com. 13 Disember 2011. Diperoleh pada 17 Disember 2011. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]