One in a Million (Musim 3)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
One in a Million (Musim 3)
Format Rancangan permainan realiti interaktif
Pengacara Bendera Malaysia Awal Ashaari
Bendera Malaysia Marion Caunter
Juri Bendera Malaysia Syafinaz Selamat
Bendera Malaysia Paul Moss
Lagu tema pembukaan "Star" oleh Jaclyn Victor
Negara asal Bendera Malaysia Malaysia
Penerbitan
Penerbit eksekutif Bendera Malaysia Sunil Kumar
Penerbit Bendera Malaysia Kiedd Fariz Aziz
Bendera Malaysia David Leong
Penyunting Bendera Malaysia Howie Chin
Bendera Malaysia N. Shivadas Menon
Lokasi Pelbagai (Ujibakat)
Sri Pentas 2, Shah Alam (Top 12 hingga Top 3)
Stadium Malawati, Shah Alam (Grand Final)
Tempoh siaran Varies
Penyiaran
Saluran asal 8TV
Siaran asal 23 Januari 2009 – 1 Mei 2009
Kronologi
Mengikuti One in a Million (Musim 2)
Pautan luar
Tapak sesawang rasmi

One in a Million ialah pertandingan realiti nyanyian pertama di Malaysia yang menawarkan hadiah tunai sejuta ringgit kepada juaranya. Sempena musim ketiga, Awal Ashaari dan Marion Caunter, dan Syafinaz Selamat dan Paul Moss kembali menyandang tugas masing-masing selaku pengacara dan pengadil OIAM.

OIAM3 ditaja oleh syarikat-syarikat berjenama Strepsils, Oxy dan Coca-Cola. Inilah kali pertama TM Net menarik diri selaku penaja pertandingan realiti nyanyian slot urban 8TV semenjak menaja Malaysian Idol dan OIAM sebelum ini. Pertandingan nyanyian mingguan disiarkan di 8TV pada setiap Jumaat, 9.30 malam, dan diulang tayang di TV9 pada hari Ahad, 12 tengah hari dan di 8TV lagi pada hari Jumaat, 12 tengah hari. Di samping itu, kisah di sebalik tabir dan kegiatan seharian para peserta dirakamkan dalam One in a Million Diaries yang disiarkan pada setiap Isnin, Selasa dan Khamis, jam 11.30 malam sepanjang pertandingan berlangsung.

Grand Finale OIAM3 dilangsungkan di Stadium Malawati, Shah Alam pada 1 Mei 2009. Shah Indrawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Tomok dari kumpulan New Boyz dinobatkan sebagai lelaki pertama dan artis terkenal pertama yang menjadi juara dalam sejarah pertandingan realiti ini.

Isi kandungan

[sunting] Ujibakat

Ujibakat OIAM musim ketiga diadakan sepanjang bulan November di lima bandaraya di Malaysia. Berikut merupakan tempat-tempat ujibakat One in a Million:

Bandar Tempat Tarikh
Kota Kinabalu, Sabah Imperial International Hotel 15 November 2008
Kuching, Sarawak Merdeka Palace Hotel & Suites 15 November 2008
Johor Baru, Johor The Puteri Pacific 22 November 2008
Georgetown, Penang Sunway Hotel 22 November 2008
Kuala Lumpur Berjaya Times Square 29 November 2008

Di samping itu, acara jelajah pra-ujibakat turut diadakan di bandar-bandar tersebut (dua minggu sebelum ujibakat masing-masing), menampilkan promosi One in a Million dan persembahan oleh bekas peserta OIAM. Kelima-lima sesi ujibakat awal dikelola oleh juri-juri lain. Para peserta yang layak dari kelima-lima ujibakat awal ini dikehendaki ke Hotel Gardens, Mid Valley, untuk menjalani sesi penilaian utama pada 30 November dan 1 Disember, di mana barulah mereka bertemu dengan Syafinaz dan Paul Moss.

Seperti musim-musim lalu, artis yang pernah atau masih memegang kontrak rakaman masih dialu-alukan turut serta.[1] Kali ini, mereka dikehendaki terus ke ujibakat utama di Gardens tanpa perlu menjalani ujibakat awal. Daripada lebih 30 artis yang mencuba nasib, 15 orang lulus dari ujibakat tersebut termasuk Wan Mohd Shahril, Ridzwan, Amylea bte Azizan (bekas peserta AF3), Norafizah Mohd Yasin (Pija, juara Mentor), Naufara binti Mohd Yasin, Shah Indrawan Ismail (Tomok New Boyz), Rehana, Wan Nurul Zhana Wan Mohd Hanizan dan lain-lain lagi; antara peserta yang turut mengambil bahagian tetapi tidak berjaya termasuk Abot dan Khadeeja.[2]

Siaran OIAM3 di 8TV yang bermula pada 23 Januari 2009, hanya bermula dari sesi ujibakat utama di Gardens ini, berbeza dari musim lalu yang bermula dari ujibakat awal.

[sunting] Central Eliminations

80 orang peserta yang layak akan melalui ujian Central Eliminations di Peninsula Residence, Damansara dari 11 hingga 19 Disember[3] (disiarkan pada 6 dan 13 Februari 2009). Kali ini, ujian-ujian disusun semula dari musim lalu agar dapat menuraskan peserta-peserta mengikut mutu bakat. "Blind Test" (menyanyi di sebalik layar lutcahaya agar juri hanya melihat bayang sambil menumpukan penilaian pada suara) dibawa ke hadapan menjadi ujian pertama. Mengikut Paul Moss, dengan cara ini dapatlah para juri membezakan suara siapa yang lebih mudah diingati. 20 orang tersingkir dari ujian ini.

Ujian kedua menyaksikan peserta yang tinggal dibahagi menjadi beberapa kumpulan berenam atau bertujuh (setiap kumpulan sama jantina) untuk menyanyi secara berkumpulan. Kumpulan wanita memilih antara lagu One Step at a Time (Jordin Sparks) dan Cinta di Akhir Garisan (Ziana Zain); kumpulan lelaki pula Juwita (Citra Terindah) (M. Nasir) atau My Girl (The Temptations). 20 peserta lagi disingkirkan di peringkat ini.

40 peserta yang tinggal dibahagi kepada 20 teratas dan 20 terbawah mengikut pilihan para juri, yang mana setiap peserta teratas memilih pemain MP3 dan menghafal lagu di dalam pemain tersebut, lalu memilih seorang peserta terbawah untuk berduet dalam ujian ketiga yang menentukan siapa yang layak menjadi 20 finalis. Paul Moss memesan peserta 20 teratas agar memilih peserta yang lemah supaya kekuatan mereka lebih terserlah. Walau apapun, peserta yang layak dipilih bukan satu dari setiap pasangan tetapi mengikut penilaian keseluruhan.

Central Eliminations diakhiri dengan penilaian individu yang mana setiap peserta naik pentas secara keseorangan atau berpasangan, menyanyi secara solo di hadapan juri, lalu diberitahu nasibnya sejurus selepas nyanyian berakhir. Hanya dua belas orang yang dipilih untuk berentap dalam pertandingan.

[sunting] Finalis

Musim ini menyaksikan enam artis rakaman berentap sesama enam wajah baru. Berikut adalah nama penuh, gelaran SMS, umur (di awal peringkat pertandingan), tempat asal dan butiran masing-masing bagi kesemua 12 finalis OIAM3.

  • Shah Indrawan bin Ismail (Tomok, 25, Cheras, Kuala Lumpur) sudah lama tidak asing lagi sebagai penyanyi utama kumpulan New Boyz. Hasratnya untuk berjaya di OIAM adalah membuka studio rakaman sendirinya dan menghasilkan album bermutu.[4]
    • JUARA ONE IN A MILLION
    • Meraih imuniti: 13 Mac 2009, 27 Mac 2009
  • Nasharul Aweera bin Noriyissham (Weera, 18, Kangar, Perlis) ialah peserta bersuara lantang yang berazam untuk mengembalikan kegemilangan rock 1980-an.
  • Tempat ketiga
    • Meraih imuniti: 6 Mac 2009
  • Zulqarnain bin Jaafar (Nine, 27, Alor Setar, Kedah) terkenal sebagai penyanyi utama kumpulan Coco. Beliau merupakan yang tertua di kalangan 12 finalis. Tujuan beliau menyertai OIAM termasuklah menaikkan nama kugirannya itu.[6]
    • Tersingkir: 24 April 2009
  • Simon Christopher Michael (Simon, 26, Sungai Petani, Kedah) menggemari muzik rock dan pop rock.[7] Dia pernah mencuba nasib di musim kedua pada tahun 2007, tetapi gagal memasuki Top 12 setelah ditewaskan Shila di pusingan penentuan Top 20. Beliau bergelar "the Boss" kerana paling besar di kalangan Top 12.
    • Tersingkir: 10 April 2009
  • Muhammad Ridzuan bin Sharifuddin (Rizu, 19, Klang, Selangor) pernah mengeluarkan single-single Permata Kasih, Teristimewa & Ratnaku pada pertengahan dekad 2000-an. Beliau ialah pemenang kategori Artis Harapan di Anugerah Industri Muzik 2006 dan Artis Cemerlang Baru Terbaik di Pesta Muzik Asia Shanghai 2006.[8]
    • Tersingkir: 3 April 2009
  • Fify Emielia Shazlin binti Ahmad Murshaidi (Fify, 19, Klang, Selangor) gemar rentak pop rock dan pernah menyertai Bintang Klasik Nasional RTM pada tahun 2007.[9]
    • Tersingkir: 27 Mac 2009
  • Anith Aqilah binti Sulaiman Lim (Anith, 17, Batu Caves, Selangor) ialah peserta yang termuda sekali di kalangan Top 12.
    • Tersingkir: 20 Mac 2009
  • Norafizah binti Mohamad Yasin (Pija, 20, Ampang, Kuala Lumpur) pernah menjuarai musim pertama Mentor, tetapi sejak itu kurang berjaya dalam industri muzik. Adiknya Naufara juga mencuba nasib bersamanya tetapi tersungkur di Central Eliminations.
    • Tersingkir: 13 Mac 2009
  • Nur Hidayu Binti Md Tekhary (Ayu, 20, Batu Caves, Selangor) menyertai OIAM3 untuk menyara hidup ibu bapanya sebagai tanda mengenang jasa mereka. Dia pernah melatih nyanyian di ASWARA.[11] Dia menggemari Datuk Siti Nurhaliza juara musim lalu iaitu Norayu Damit yang kebetulan sama nama singkat dengannya.
    • Tersingkir: 27 Februari 2009

[sunting] Pertandingan

Pertandingan nyanyian mingguan diadakan pada malam Jumaat, siaran bermula pukul 9.30 malam, bermula 20 Februari 2009, di studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Kejutan terbaru musim ini adalah, mulai minggu Top 12 hingga Top 7, imuniti juri menganugerahkan imuniti kepada seorang peserta yang mereka rasa adalah yang terbaik pada malam itu, sekaligus membolehkan peserta berkenaan terkecuali dari proses undian. Imuniti tersebut disertakan dengan hadiah mingguan istimewa untuk peraihnya yang didedahkan dalam One in a Million Diaries.

Undian dibuka selepas persembahan, yang mana para penonton boleh mengundi melalui SMS untuk mengekalkan atau menyingkirkan seseorang peserta. Penyingkiran dijalankan pada permulaan setiap malam pertandingan yang seterusnya. Peserta yang disingkirkan menyanyi lagu yang sepatutnya dipertandingkan di pembuka tirai, diikuti peraih imuniti (Top 12 hingga Top 7) yang memulakan pertandingan.

[sunting] Top 12 (20 Februari 2009)

Malam pertandingan pertama dibuka tirainya dengan nyanyian lagu Itu Kamu (nyanyian asal Estranged) oleh kesemua 12 finalis. Seperti biasa, Awal dan Marion memperkenalkan setiap finalis satu demi satu, mengimbau kembali pengalaman para juri sepanjang ujibakat, dan menanyakan harapan juri musim ini.

  1. Anith - That's What You Get (Paramore)
  2. Amy - Aku Skandal (Hujan)
  3. Simon - Home (Daughtry)
  4. Ayu - Matahari Ku (Agnes Monica)
  5. Fify - If I Were a Boy (Beyoncé)
  6. Weera - Aku Dah Bosan (Amy Search)
  1. Pija - Lagu Untukmu (MeetUncleHussain)
  2. Nine - Cinta Ini Membunuhku (D'Masiv)
  3. Han - Menjaga Hati (Yovie & Nuno)
  4. Tomok - Cuba (Faizal Tahir)
  5. Esther - Better in Time (Leona Lewis)
  6. Rizu - Juwita Citra Terindah (M. Nasir)

Minggu pertama para perserta OIAM3 bertanding meraih pujian dari para juri dan akhbar. Menurut Syafinaz, "90 peratus peserta mempersembahkan persembahan yang baik", namun ada lagi di kalangan peserta yang belum berani menonjolkan kemampuan sebenar mereka.[12] Sebelum talian undian dibuka, para juri membongkar rahsia yang disimpan sepanjang persembahan iaitu sistem imuniti.

  • Imuniti: Esther

[sunting] Top 11: Memori Tercipta (27 Februari 2009)

Para peserta dikehendaki menyanyikan lagu-lagu yang mengingatkan mereka kepada sanak saudara yang tersayang.

  1. Esther - Mengenangmu (Kerispatih)
  2. Han - Getaran Jiwa (P. Ramlee)
  3. Simon - Knocking On Heaven's Door (Guns N' Roses)
  4. Nine - Berita Dari Rantau (Alleycats)
  5. Amy - Akan Tiba (Alif Satar)
  6. Rizu - My Way (Frank Sinatra)
  1. Anith - Rindu (Hetty Koes Endang)
  2. Tomok - Rahsia Pohon Cemara (Exists)
  3. Weera - She's Gone (Steelheart)
  4. Pija - Since U Been Gone (Kelly Clarkson)
  5. Fify - Tak Tercapai Akalmu (Elyana)

Kritikan panas Syafinaz yang menyifatkan nyanyian Aweera bagaikan "menyalak" mendapat perhatian ramai. Apabila ditemu bual oeh wartawan Utusan Malaysia, beliau mengulas "Ada sesetengah orang anggap kalau boleh menjerit, dia penyanyi yang baik. Bukan macam itu. Untuk peserta pada malam itu saya akui persembahan dia amat mengecewakan. Jadi saya kata suara dia tu bunyi macam menyalak. Tapi ingat, saya tak samakan dia dengan binatang sebaliknya saya samakan dia dengan ... bunyi menyalak."[13]

  • Imuniti: Amylea

[sunting] Top 10 (6 Mac 2009)

  1. Amy - Bohemian Rhapsody (Queen)
  2. Nine - Hapus Aku (Nidji)
  3. Fify - Hot N Cold (Katy Perry)
  4. Simon - Juwita (Saleem)
  5. Anith - Pilihlah Aku (Kris Dayanti)
  1. Rizu - Sandaran Hati (Letto)
  2. Pija - So What (P!nk)
  3. Weera - Gemilang (Jaclyn Victor)
  4. Esther - I Try (Macy Gray)
  5. Tomok - Crazy in Love (Beyoncé)
  • Imuniti: Aweera

Syafinaz menafikan pemberian imuniti ini bertujuan menebus kecaman pada minggu lalu.[14] Disebabkan timbulnya masalah audio ketika Amylea bernyanyi, maka beliau diminta menyanyi sekali lagi di akhir rancangan.

[sunting] Top 9: Songwriters' Week (13 Mac 2009)

Para peserta dikehendaki menerima tunjuk ajar tujuh orang penggubah lagu terkemuka di Malaysia dan memilih antara sepuluh buah lagu ciptaan mereka.

(Nama komposer yang membimbing diberi sekiranya bukan penyanyi asal.)

  1. Weera - Janjiku (Sofaz, Taja MUH)
  2. Amy - Yang Pernah (Estranged)
  3. Fify - Kalis Rindu (Elyana, Aidit Alfian)
  4. Rizu - Cinta (Flop Poppy, Andy Flop Poppy)
  5. Tomok - La La La Kerjalah (Meet Uncle Hussain, Taja MUH)
  1. Anith - Mungkin (Anuar Zain, Pacai)
  2. Nine - Aku dan Kamu (Flop Poppy, Andy Flop Poppy)
  3. Esther - Dialah di Hati (Datuk Siti Nurhaliza, Aidit Alfian)
  4. Simon - Generasiku (OAG, Audi Mok)

Para juri membidas sikap Aidit Alfian yang enggan membenarkan peserta merubah lagu itu dari melodi dan susunan asal setelah mendapati pesembahan Esther dan Fify kurang memuaskan. [15]Aweera pula merungut masalah teknikal yang sedikit sebanyak merosakkan persembahannya.

  • Imuniti: Tomok

[sunting] Top 8: Opposites Attract (20 Mac 2009)

Setiap seorang peserta dikehendaki menyanyi lagu yang penyanyi asal berlawanan dengan dirinya, iaitu peserta lelaki membawa lagu nyanyian asal wanita dan begitu juga sebaliknya.

  1. Tomok - Gantung (Melly Goeslaw)
  2. Amy - I'm Yours (Jason Mraz)
  3. Weera - Tiada Lagi (Mayang Sari)
  4. Rizu - Mercy (Duffy)
  1. Simon - When You're Gone (Avril Lavigne)
  2. Fify - Pria Terhebat (Sheila On 7)
  3. Nine - Karma (Cokelat)
  4. Esther - Won't Go Home Without You (Maroon 5)
  • Imuniti: Esther

[sunting] Top 7 (27 Mac 2009)

  1. Esther - I Don't Love You (My Chemical Romance)
  2. Rizu - Naluri Lelaki (Samsons)
  3. Simon - Eternity (Robbie Williams)
  4. Weera - Enter Sandman (Metallica)
  1. Amy - Satu Dalam Sejuta (gubahan sendiri Amylea)
  2. Nine - Nakal (Gigi)
  3. Tomok - Ingin Bersamamu (Syafinaz)
  • Imuniti: Tomok

Amylea memperkenalkan lagu baru gubahan sendiri pada malam ini, namun tidak cukup untuk mengagumi para juri yang akhirnya memberikan imuniti kedua kepada Tomok kerana berani memperbaharui lagu Syafinaz.

[sunting] Top 6 (3 April 2009)

Para juri mengumumkan sistem imuniti dihentikan, sekaligus menyerahkan nasib para peserta di tangan penonton sepenuhnya. Disebabkan bilangan peserta begitu kurang dan tiada perlunya mengumumkan imuniti, maka malam persembahan hanya diadakan selama sejam dan talian undian pula dibuka lebih awal berbanding dahulu.

  1. Tomok - Umbrella (Rihanna)
  2. Amy - Somewhere Only We Know (Keane)
  3. Esther - Sweet About Me (Gabriella Cilmi)
  1. Nine - Cinta Gila (Grey Sky Morning)
  2. Weera - Di Penjara Janji (Awie)
  3. Simon - Livin' on a Prayer (Bon Jovi)

[sunting] Top 5: Sheila Majid (10 April 2009)

Para peserta hanya menyanyikan lagu-lagu Sheila Majid.

  • Tersingkir: Simon - Ku Mohon
  • Juri jemputan: Sheila Majid
  1. Amy - Dia
  2. Weera - Antara Anyer Dan Jakarta
  3. Nine - Pengemis Muda
  4. Esther - Lagenda
  5. Tomok - Aku Cinta Padamu
  • Persembahan berkumpulan: Jatuh.

[sunting] Top 4: In Concert (17 April 2009)

Setiap peserta dikehendaki menampilkan tema sendiri ketika membuat persembahan dalam masa empat minit. Shila dan Dafi menjadi artis jemputan untuk menyanyikan lagu Rentak Optimis iaitu lagu tema kempen pengiklanan Camni-lah Coca-Cola pada masa ini. Tiga orang peserta mempersembahkan medley.

  • Tersingkir: Amylea - I'm Yours (Jason Mraz)
  1. Nine - Keroncong Untuk Ana (M. Nasir)
  2. Tomok - Jika Kau Bercinta Lagi/Sekuntum Mawar Merah / Kerana Kau (Alleycats)
  3. Esther - One Night Only (Jennifer Hudson) / Semua Jadi Satu (3 Diva) / Keeps Gettin' Better (Christina Aguilera)
  4. Weera - Tak Ada Logika (Agnes Monica) / Emansipasi (Republic of Brickfields)

[sunting] Top 3: Pilihan Juri dan Pilihan Penonton (24 April 2009)

Pada minggu terakhir sebelum Grand Finals, setiap peserta dikehendaki mengulangi dua lagu yang pernah didendangkan oleh mereka sepanjang pertandingan dari Top 12 hingga Top 5: satu pilihan juri dan satu pilihan penonton.

  • Tersingkir: Nine - Karma (Cokelat)
Pilihan juri Pilihan penonton
  1. Tomok -
  2. Esther -
  3. Aweera -

Crazy in Love (Beyoncé)
Better in Time (Leona Lewis)
Gemilang (Jaclyn Victor)

Cuba (Faizal Tahir)
I Won't Go Home Without You (Maroon 5)
Aku Dah Bosan (Amy Search)

[sunting] Grand Finals (1 Mei 2009)

Para penonton diberi peluang selama seminggu mulai minggu sebelum Grand Finals untuk mengundi di laman web 8TV, untuk menentukan sama ada dua atau tiga finalis berentap untuk merebut hadiah utama wang tunai RM 1,000,000 untuk juara OIAM.

Acara kemuncak OIAM3 diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam pada malam 1 Mei 2009, dan bersiaran di 8TV dari 8.30 hingga 10.35 malam. Awal dan Marion menyandang peranan sebqagai pengacara utama dengan bantuan Prem Shankar, Zher Peen dan Belinda Chee sebagai pembantu di tempat acara.

15 minit terawal siaran langsung diisi dengan montaj imbasan kembali sepanjang pertandingan OIAM3. Acara kemuncak dibuka kira-kira 8.45 malam dengan kemasukan angkatan beruniform memalun set dram untuk menyambut kemunculan kesemua 12 finalis ke pentas untuk mempersembahkan medley.

Seperti minggu-minggu sebelumnya, proses penyingkiran dijalankan di awal acara. Para pengacara mengumumkan Tomok meraih undian teendah di kalangan ketiga-tiga peserta yang tinggal, tetapi dibenarkan terus bertanding hasil undian Internet tersebut yang menyaksikan 80% pengundi hendak ketiga-tiga mereka bertanding, oleh itu membolehkan Esther, Aweera dan Tomok sama-sama berentap untuk merebut RM 1,000,000.

Sempena grand final ini, setiap seorang daripada ketiga-tiga peserta bergilir-gilir membuat dua persembahan, iaitu satu lagu lama (♪) dan satu lagu baru ciptaan komposer sempena acara kemuncak ini (♫), dan mereka diberi dua talian SMS dan satu talian tetap untuk memudahkan para penonton mengundi kerana menjangka kemasukan undian yang jauh lebih mendadak berbanding minggu-minggu sebelumnya. Sepanjang pertandingan, para pengacara mengumumkan hasil undian dari masa ke semasa.

Weera - Sampai Syurga (Faizal Tahir) / My Baby You (Marc Anthony) / Hukum Karma (Wings) [medley]
Esther - Menggapai Mimpi (lagu: Sharon Paul / lirik: Lew Mable)
Tomok - Hanya Kau Yang Mampu (Aizat)
Weera - Ku Di Sini (lagu: Lin Li Zhen / lirik: Pacha Osman)
Esther - Please Don't Stop the Music (Rihanna)
Tomok - Rinduku Terhenti (lagu: Aubrey Suwito / lirik: Tinta S.)

Selepas ketiga-tiga finalis selesai berentap, acara diserikan oleh persembahan artis jemputan kumpulan Bunkface yang mendendangkan lagu terbaru mereka Revolusi. Kesemua finalis berkumpul kembali di pentas untuk mempersembahkan lagu Mulanya di Sini yang dipopularkan oleh kumpulan Freedom. Apabila persembahan ini hendak dihabiskan, kelihatan dua orang berpakaian kuning yang mewakili peminat Tomok merampas pentas untuk mendekati idola mereka.

Kira-kira pukul 10.20 malam, juara musim lalu Ayu kembali ke pentas OIAM untuk menyanyikan lagu Inspirasi Abadi. Selepas itu, diumumkan talian undian ditutup dan proses pengumuman juara yang mendebarkan. Pada pukul 10.30 malam, Shah Indrawan diumumkan sebagai juara OIAM3, sekaligus merangkul wang tunai RM 1,000,000. Di sidang media selepas kesudahan acara, CEO 8TV, Ahmad Izham Omar mengumumkan bahawa Tomok meraih undian SMS tertinggi sebanyak 39.3 peratus diikuti Esther (33.29 peratus) dan Aweera (27.41 peratus).[16]

[sunting] OIAM Diaries

Pada setiap malam Isnin, Selasa dan Khamis, mulai 23 Februari hingga akhir pertandingan, 8TV menyiarkan rancangan pengisi One in a Million Diaries yang meminjam slot The 8TV Quickie pada hari-hari berkenaan, bertujuan memaparkan kisah di sebalik tabir dan kegiatan seharian para peserta OIAM, termasuk testimoni peserta yang tersingkir dan ganjaran imuniti. Rancangan Diaries ini dibahagi kepada segmen lima minit pada jam 9.30 malam yang diacarakan oleh Hunny Madu (The Gossip Bee) yang menyampaikan ringkasan kisah-kisah berkenaan, diikuti segmen 15 minit pada 11.30 malam yang memaparkan rakaman kisah-kisah tersebut.

Mulai 16 Mac, OIAM Diaries menyiarkan hasil undian terkini (hasil setiap peserta diberi dalam bentuk peratusan sari keseluruhan) di akhir rancangan.

[sunting] Rujukan

  1. "OIAM kembali untuk musim ketiga", gua.com.my, 2008-11-12. Dicapai pada 2008-11-12. 
  2. Mohd Nasif Baharuddin. "30 artis sasar RM1j", Harian Metro, 2008-12-06. Dicapai pada 2008-12-06. 
  3. Tan, Anne. "Striving to be one in a million", The Star, 2008-11-25. Dicapai pada 2008-12-04. 
  4. Profile: Tomok
  5. Profile: Esther
  6. Profile: Nine
  7. Profile: Simon
  8. Profile: Rizu
  9. Profile: Fify
  10. Khadijah Ibrahim. "Suara Emas Bintang RTM 2007 lahirkan bintang baru", Utusan Malaysia, 2007-07-03. Dicapai pada 2009-03-02. 
  11. Profile: Ayu
  12. Norliza Mohamad Zakaria. "OIAM3: 'Pembukaan' yang meyakinkan", Utusan Malaysia, 2009-02-27. Dicapai pada 2009-03-22. 
  13. Niezam Abdullah. "Fahamlah yang tersirat - Syafinaz", Utusan Malaysia, 2009-03-08. Dicapai pada 2009-03-22. 
  14. Li Ee Kee. "Syafinaz Pilih Aweera Bukan Kerana Menebus Kritikan", gua.com.my, 2009-03-07. Dicapai pada 2009-03-22. 
  15. Li Ee Kee. "Aidit Alfian Tak Fleksibel?", gua.com.my, 2009-03-14. Dicapai pada 2009-03-22. 
  16. "Tomok jutawan OIAM musim ketiga", mStar, 2009-05-02. Dicapai pada 2009-05-02. 

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain