Ong Ka Chuan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tan Sri Dato' Seri

Ong Ka Chuan

PSM; SPMP, DPMP (Prk)
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II Malaysia
Dalam jawatan
28 Julai 2015 – 10 Mei 2018
Perdana MenteriNajib Razak
Menteri PertamaMustapa Mohamed
Didahului olehTan Sri Muhyiddin Yassin
Digantikan olehDarell Leiking
Anggota Parlimen Malaysia
untuk P77 Tanjung Malim, Perak
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 2018
Didahului olehLoke Yuen Yow (BN)
Digantikan oleh Chang Lih Kang
Setiausaha Agung
Persatuan Cina Malaysia (MCA)
Dalam jawatan
2 Januari 2014 – 2018
Didahului olehKong Cho Ha
Digantikan olehChong Sin Woon
Dalam jawatan
30 Ogos 2005 – 11 November 2008
Didahului olehTing Chew Peh
Digantikan olehWong Foon Meng
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia
Dalam jawatan
18 Mac 2008 – 9 April 2009
Didahului olehOng Ka Ting
Digantikan olehKong Cho Ha
Butiran peribadi
Lahir (1954-05-29) 29 Mei 1954 (umur 69)
Perak Lenggong, Perak, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Parti politik BN-MCA
PasanganPuan Sri Datin Seri Chan Beng Choo
Anak-anak2
HubunganOng Ka Ting (adik)

Tan Sri Dato' Seri Ong Ka Chuan (lahir 29 Mei 1954) merupakan seorang ahli politik Malaysia berketurunan Cina. Beliau adalah seorang Ahli Parlimen bagi kawasan Tanjung Malim, Perak semenjak 2008.[1]

Ong adalah setiausaha agung sebanyak dua kali bagi Persatuan Cina Malaysia (MCA), sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN). Bagi kali pertama beliau dilantik oleh mantan presiden MCA, Ong Ka Ting yang juga merupakan abang kandungnya pada 30 Ogos 2005[2][3] dan bagi kali kedua pula oleh presiden sekarang Liow Tiong Lai pada 2 Januari 2014.[4][5][6]

Ong pada masa sekarang adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II Malaysia.[7][8] Beliau juga adalah mantan menteri bagi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia.

Kehidupan awal dan peribadi[sunting | sunting sumber]

Ong telah dilahirkan di Lenggong, Perak. Beliau adalah graduan lulusan Universiti Malaya dan telah bertugas sebagai seorang guru sekolah sebelum menyertai politik. Beliau telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak.[9]

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Ong adalah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kerusi Chenderiang, Perak dari 1986 hingga 2004,[9] sebelum bertanding kerusi persekutuan Parlimen Batu Gajah di dalam Pilihan raya umum Malaysia 2004. Beliau kalah kepada Fong Poh Kuan daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP), meskipun komponen Barisan Nasional (BN) mendapat keputusan yang memuaskan di seluruh negara.[10] Walau bagaimanapun, beliau tetap dilantik sebagai setiausaha agung MCA pada tahun seterusnya dan berkhidmat pada masa yang sama dengan presiden Ong Ka Ting yang juga adik kandungnya.[2]

Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2008, Ong bertanding dan menang pula kerusi parlimen Tanjung Malim. Beliau dilantik sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia. He was appointed Minister of Housing and Local Government.[9] Kemudiannya pada tahun yang sama, Ong bertanding Timbalan Presiden MCA tetapi kalah kepada Chua Soi Lek, dan telah serta-merta diganti jawatannya sebagai setiausaha agung oleh presiden baru Ong Tee Keat.[11][12]

Namun pada rombakan Kabinet Malaysia 2015, beliau telah dilantik sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia II, jawatan baharu bagi membantu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia I, Dato' Sri Mustapa Mohamed, menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia sebelum Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan dari senarai Kabinet Malaysia 2015 lalu.

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Dewan Undangan Negeri Perak: Chenderiang[13]
Tahun Kerajaan Undi Prts Pembangkang Undi Prts
1986 Ong Ka Chuan (MCA) 7,754 64% Aw Too Yen (DAP) 3,825 31%
1990 Ong Ka Chuan (MCA) 9,482 68% Shelvarajah (DAP) 3,551 26%
1995 Ong Ka Chuan (MCA) 8,582 73% Harikrishnan (DAP) 2,271 19%
1999 Ong Ka Chuan (MCA) 7,168 59% Mahinder Singh (PKR) 3,611 30%
Parlimen Malaysia: Batu Gajah, Perak[13]
Tahun Kerajaan Undi Prts Pembangkang Undi Prts
2004 Ong Ka Chuan (MCA) 20,814 41% Fong Po Kuan (DAP) 28,847 57%
Parlimen Malaysia: Tanjong Malim, Perak[13]
Tahun Kerajaan Undi Prts Pembangkang Undi Prts
2008 Ong Ka Chuan (MCA) 21,016 55% Mohamad Azman Marjohan (PKR) 15,594 41%
2013 Ong Ka Chuan (MCA) 28,225 53% Tan Yee Kew (PKR) 23,897 45%

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Ong Ka Chuan di Facebook

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Ong Ka Chuan, Y.B. Dato' Seri" (dalam bahasa Malay). Parlimen Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-14. Dicapai pada 19 June 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ a b "Ka Chuan takes over from Chew Peh as MCA sec-gen". New Straits Times. New Straits Times Press Press. 31 August 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-09-11. Dicapai pada 19 June 2010.
  3. ^ "Ka Chuan named new MCA secretary-general". The Sun Daily. 31 August 2005. Dicapai pada 22 May 2016.
  4. ^ "Ong Ka Chuan of Tg Malim Is Set To Become MCA Sec-Gen". The Rakyat Post. 29 December 2013. Dicapai pada 22 May 2016.
  5. ^ "Ong Ka Chuan appointed MCA sec-gen". Bernama. Malaysiakini. 3 January 2014. Dicapai pada 22 May 2016.
  6. ^ "Ong Ka Chuan appointed MCA secretary-general". ANTARAPOS. 3 January 2014. Dicapai pada 22 May 2016.
  7. ^ TAM, MICHELLE (28 July 2015). "Cabinet reshuffle: MCA sec-gen Ong Ka Chuan appointed minister". The Star. Dicapai pada 22 May 2016.
  8. ^ "MALAYSIA :MCA sec-gen Ong Ka Chuan appointed minister in Cabinet reshuffle". Asia One. THE STAR / ANN. 28 July 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-12. Dicapai pada 22 May 2016.
  9. ^ a b c "New ministers and deputy ministers". The Star. Star Publications. 19 March 2008. Dicapai pada 18 June 2010.
  10. ^ Foong Pek Yee (26 March 2010). "Kong-Liow tussle seen as a proxy fight". The Star. Star Publications. Dicapai pada 19 June 2010.
  11. ^ Chua Soi Lek Elected As The Deputy President Of The MCA Warkah. 19 October 2008
  12. ^ Wong is MCA secretary-general The Star. 12 November 2009
  13. ^ a b c "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 19 June 2010. Percentage figures based on total turnout.