Ong Kim Swee

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ini merupakan nama orang dalam bahasa Cina; nama keluarganya ialah Ong (王).
Kim Swee
Maklumat peribadi
Nama penuh Ong Kim Swee
Tarikh lahir 11 Disember 1970 (43 tahun)
Tempat lahir Melaka, Malaysia
Posisi permainan Midfield (Bersara)
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
1991-1992 Melaka
1993-1994 Sarawak
1994-1998 Sabah
Pasukan kebangsaan
1990-1991 Olympik Malaysia 8 (1)
1994-1995 Malaysia 5 (0)
Pasukan diurus
2005 Melaka
2009-2010 Malaysia B-19
2009- Harimau Muda A
2011- Malaysia B-23
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja .
† Kemunculan (Gol).

Ong Kim Swee (Cina ringkas: 王金瑞Cina tradisional: 王金瑞pinyin: Wáng Jīn Ruì) adalah pengurus pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia dan bekas pemain bola sepak. Beliau menghabiskan kebanyakan kerjaya sebagai pemain bola sepak bermain untuk pasukan Malaysia Timur terutamanya Sarawak dan Sabah semasa pertengahan 90-an.

Beliau pada masa ini mengurus Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia bawah 23 tahun yang akan bertanding di dalam Olimpik 2012 dan Sukan Asia Tenggara 2011.[1] Beliau juga pengurus Harimau Muda A di dalam Liga Super Malaysia.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sebagai pemain[sunting | sunting sumber]

Kim Swee memulakan kerjayanya sebagai pemain Melaka pada awal 90-an. Beliau adalah shli pasukan Olimpik Malaysia yang digelar Barcelona 1992 di bawah jurulatih Chow Kwai Lam.[1]

Pada tahun 1993 Kim Swee menyertai Sarawak FA yang mana beliau bermain selama dua musim sebelum dipindahkan ke Sabah FA secara kontroversi pada akhir 1994. Dengan Sabah beliau memenagi Piala FA Malaysia pada tahun 1995 dan Liga M pada tahun 1996.

Kim Swee memperlihatkan penampilan antarabangsa menentang Kuwait pada 22 September 1994. Beliau adalah ahli skuad Malaysia bagi Sukan Asia 1994 dan juga bermain bagi Pilihan Malaysia yang berjaya seri dengan kelab Flamengo 1-1 di dalam perlawanan persahabatan pada tahun 1995.

Sebagai Jurulatih[sunting | sunting sumber]

Kim Swee melatih pasukan Melaka pada tahun 2005.[2] Pada tahun 2009, Kim Swee mengambil alih ketua jurulatih Harimau Muda daripada Datuk K. Rajagopal.[3] Beliau telah memenangi Liga Perdana Malaysia dengan Harimau Muda pada tahun tersebut.[1]

Anugerah sebagai pengurus[sunting | sunting sumber]

Malaysia[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]