Oolong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Daun teh oolong.

Teh oolong (Hanzi Tradisional: 烏龍; Hanzi Sederhana: 乌龙; pinyin: wūlóng; juga disebut 青茶 qīngchá) adalah sejenis teh Cina. Warnanya boleh dikatakan antara hijau dan hitam.

Teh oolong yang dirandam dengan baik memiliki rasa yang pahit, namun meninggalkan rasa sedikit manis setelah diminum. Umumnya, teh jenis inilah yang disajikan di restoran-restoran Cina yang menghidangkan dim sum atau masakan Cina yang lain.

Kebanyakan daun teh oolong dihasilkan di wilayah Fujian, namun terdapat juga ladang teh di Taiwan. Jenis teh oolong yang terkenal contohnya adalah tieguanyin (鐵觀音) yang berasal dari Fujian.