OpenOffice.org

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kotak penulisan OpenOffice.org

OpenOffice.org ialah sebuah set perisian produktiviti pejabat seperti Microsoft Office. Ia merupakan perisian sumber terbuka yang ditaja oleh Sun Microsystems. Pada asalnya ia merupakan perisian komersial yang dipanggil StarOffice. OpenOffice.org boleh digunakan dalam pelbagai sistem pengendalian seperti Windows, Linux, Solaris, Mac OS dan FreeBSD. Ia boleh membuka, menyunting dan menyimpan format dokumen Microsoft Office dengan baik terutamanya versi yang terbaru.

OpenOffice.org mempunyai antara muka yang seragam walaupun berada di dalam sistem pengendalian yang berbeza. Selain itu, kekunci pintas adalah serasi dengan kekunci pintas yang terdapat di dalam sistem Windows. Sebagai contoh untuk salin CTRL+C, tampal CTRL+V dan potong CTRL+X. Semua fungsi-fungsi yang dibina adalah untuk memudahkan pengguna membawa atau membuat kerja di mana-mana komputer walaupun mempunyai sistem pengendalian yang berlainan.

Ia juga boleh menghasilkan format PDF tanpa memerlukan perisian tambahan seperti Adobe Acrobat. Pengguna hanya perlu menekan arca "eksport terus ke PDF" atau arahan Fail "eksport ke PDF" untuk menghasilkan format tersebut.

OpenOffice.org terdiri daripada beberapa perisian penggunaan seperti:

  1. Writer - pemproses perkataan
  2. Calc - perisian helaian kerja
  3. Impress - perisian persembahan grafik
  4. Draw - perisian lukisan vektor
  5. Math - perisian editor matematik berdasarkan MathML
  6. Base - perisian pangakalan data seperti MS Access (versi 2 sahaja)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.