Opera angkasa lepas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Opera angkasa lepas adalah sebuah subgenre cereka sains spekulatif yang menekankan pengembaraan romantis, sering melodramatik, dengan latar terutama atau seluruhnya di luar angkasa, umumnya melibatkan konflik antara lawan-lawan yang memiliki teknologi dan kemampuan canggih. Tidak seperti opera konvensional, opera angkasa biasanya tidak memperlihatkan ciri-ciri orang menyanyi. Mungkin sifat yang paling ketara dari opera angkasa lepas adalah plot, watak, pertempuran, kekuatan, dan tema lazimnya pada slala besar. Kadang-kadang istilah ini digunakan dalam pengertian negatif, untuk menunjukkan kualiti cereka sains yang buruk, tetapi maknanya boleh berbeza, sering kali menggambarkan sebuah genre cereka sains tertentu tanpa pertimbangan nilai.