Operasi Bergabung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Komando British Menjalani Latihan

Operasi Bergabung (Bahasa Inggeris : Combined Operations) adalah salah satu jabatan yang ditubuhkan di Pejabat Perang Britain (kini dikenali sebagai Kementerian Pertahanan Britain) yang ditubuhkan semasa Perang Dunia II untuk menjalankan aktiviti serangan haru (harassment raids) untuk mengharukan kedudukan tentera Jerman. Serangan–serangan ini dilakukan oleh pasukan-pasukan Tentera Darat dan Tentera Laut. Pasukan utama yang digunakan dalam operasi-operasi ini adalah pasukan Komando.

Panglima teragung kumpulan ini adalah Lord Louis Mountbatten, yang kemudiannya dilantik menjadi Pemerintah Tertinggi, Medan Perang Asia Tenggara.

Operasi Seragan Unit Kecil[sunting | sunting sumber]

Pejabat Operasi Bergabung mempopularkan konsep serangan oleh unit-unit kecil yang diberikan latihan khas untuk mengadakan gangguan dan mewujudkan keadaan huru hara di kalangan pasukan musuh. Pasukan kecil ini meliputi pasukan-pasukan Komando dengan dibantu oleh unit-unit tentera laut untuk membawa dan memberikan bantuan tembakan sokongan kepada pasukan penyerang. Unit-unit kecil seperti ini juga menjalankan serangan-serangan sabotaj ke atas kedudukan Jerman.

Pejabat Operasi Bergabung di bawah pimpinan Louis Mountbatten mencadangkan serangan ke atas pelabuhan Dieppe dalam tahun 1942, melibatkan pasukan tentera Kanada. Serangan ini akhirnya menemui kegagalan besar dan mengakibatkan kehilangan nyawa yang besar, tetapi memberikan pengajaran yang kemudiannya digunakan untuk menjayakan penaklukan Perancis semasa D-Day pada 6 Jun 1944.

Lain-Lain Operasi[sunting | sunting sumber]

Selain serangan Komando, pejabat ini juga mengelolakan dan mengendalikan kerja-kerja perancangan operasi dan juga kerja-kerja pembangunan teknologi dan kaedah baru untuk menghuruharakan pasukan tentera Jerman.

Pejabat ini juga mengelolakan projek-projek seperti

  • Pelabuhan Mulberry – pelabuhan mudah alih yang digunakan semasa D-Day
  • Projek Habakkuk – pembangunan dan pembinaan kapal-kapal gergasi sebagai pangkalan kapal terbang menggunakan ketulan dan bongkah ais
  • Eksesais Tiger – Program latihan untuk D-Day (berakhiran dengan tragedi)
  • Ops Starkey – penaklukan olok-olok yang dilancarkan dalam tahun 1943 invasion of Europe in 1943
  • P.L.U.T.O. – sistem paip bahan api dari Britain ke Perancis – bermaksud “Pipe Lines Under The Ocean

Lihat juga :

Komando

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]