Operasi Payung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Operasi Payung merupakan langkah Kementerian Pendidikan Malaysia menghadapi banjir semasa peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STPM dan lain-lain di Malaysia.

Garis panduan ini disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Garis panduan dalam Operasi Payung diberikan kepada semua Jabatan Pendidikan Negeri, Jabatan Pendidikan Daerah, pengetua sekolah dan Ketua Pengawas Peperiksaan.Majlis Keselamatan Negara dan Pejabat Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri dimaklumkan tentang kemungkinan berlakunya ancaman banjir semasa peperiksaan bagi bantuan makanan, penginapan, pusat pemindahan dan bot semasa banjir.

Kementerian mempunyai sekolah berisiko tinggi menghadapi banjir . Bilik peperiksaan alternatif yang lebih selamat dan calon terbabit dari lokasi mudah dan kerap banjir dikenalpasti untuk persiapan awal.

Bilik Gerakan SPM beroperasi di Lembaga Peperiksaan Malaysia dibuka mulai Selasa 16 November hingga 16 Disember 2009 iaitu dari 7 pagi hingga 7 malam di talian 03-88893601, 03-88893809, 03-88893582, 03-88893520, 03-88893551 dan 03-88843030 atau melalui faksimili 03-88893010, 03-88895561 dan 03-88893445.[1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Rujukan[sunting | sunting sumber]