Operasi Zipper

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Operasi Zipper
Sebahagian daripada Perang Dunia Kedua

Laksamana Muda Jisaku Uozumi menandatangani dokumen penyerahan kalah di atas kapal HMS Nelson pada 2 September 1945. Beliau pengsan selepas itu dan dikejarkan ke hospital. Perhatikan reben bintang Distinguished Service Cross (United Kingdom) yang dimenanginya sebagai sekutu Britain pada Perang Dunia Pertama.[2]
Tarikh28 Ogos – 2 September 1945
Lokasi
Keputusan

Kemenangan tanpa tentangan bagi tentera Bersekutu

Pihak yang terlibat
United Kingdom Tentera Darat ke-14 (Fourteenth Army)
India Kor ke-XXXIV (India British)[1]
Jepun Tentera Darat Kawasan Ke-7
Komandan dan pemimpin
United Kingdom Harold Walker[3]
United Kingdom Ouvry Roberts
Jepun Jisaku Uozumi  #
Kekuatan
42,651 infantri[4]
2 kapal induk pesawat udara pengiring
1 kapal tempur
1 kapal penjajap ringan
3 kapal pemusnah
3 kapal pembawa tentera[5]
26,000 infantri[6]
Kerugian dan korban
Tiada 26,000 ditawan

Operasi Zipper atau bahasa Inggeris: Operation Zipper ialah rancangan British untuk menawan sama ada Port Swettenham (Pelabuhan Klang) atau Port Dickson, di Malaya, sebagai tempat berkumpul bagi menawan semula Singapura, sewaktu Perang Dunia Kedua. Zipper tidak dilaksanakan dengan sepenuhnya dengan tamatnya perang Pasifik. Namun demikian, beberapa pendaratan di Pulau Pinang dilakukan bertujuan untuk meninjau gerakan Jepun, dan pendaratan-pendaratan ini tidak bertemu tentangan.[7]Rancangan perdayaan serangan ini dipanggil Operation Slippery, sementara satu pasukan Special Operations Executive dipimpin Kapten Ibrahim Ismail (kemudian Jeneral Tun Ibrahim Ismail) yang mendarat pada bulan Oktober 1944 berjaya memperdayakan pihak Jepun yang pendaratan akan dilakukan di Segenting Kra, 650 batu ke arah utara.[8]

Sebaliknya, berikutan penyerahan kalah Jepun, pihak Bersekutu melaksanakan Operasi Tiderace. Armada Bersekutu meninggalkan Rangoon pada 27 Ogos 1945, sebagai sebahagian daripada pasukan Laksamana Madya Harold Walker. Armada yang belayar ke Pulau Pinang digelar Task Force 11,[9] dan terdiri daripada kapal tempur (kapal perang kelas battleship) HMS Nelson, kapal induk pesawat udara (escort carrier)HMS Attacker[10] dan HMS Hunter,[11] kapal perang penjajap ringan (light cruiser) HMS Ceylon, kapal pembinasa (destroyer) HMS Paladin dan HMS Petard, dan dua kapal jenis pendarat tentera infantri (landing ship, infantry).[9]

HMS Nelson, kapal laksamana Task Force 11.

Armada tiba di Pulau Pinang pada 28 Ogos. HMS Nelson dijadikan kapal laksamana dan surat penyerahan kalah ditandatangani di atas Nelson pada 2 September. Dengan penyerahan kalah Jepun, pasukan Divisyen ke-25 India (British) ditempatkan di Tanah Melayu, dan armada Walker seterusnya belayar ke Singapura dan bergabung dengan konvoi utama.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Operation Zipper". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-11-28. Dicapai pada 2012-08-19.
  2. ^ "After some delay, and a failure to attend an earlier meeting, the Japanese local commander, Rear Admiral Jisaku Uzumi, came aboard HMS Nelson on the evening of 2 September, wearing the DSC he had earned as Britain's ally in the 1914-18 war, and surrendered the garrison. He fainted and was rushed to hospital; the military policemen who carried him there took his sword as a souvenir." Bayly & Harper, page 49
  3. ^ Sir Harold Thomas Coulthard Walker, RN
  4. ^ 46 Indian Beach Group, Morib
  5. ^ HMS NELSON - Nelson-class 16in gun Battleship
  6. ^ "The real Japanese surrender" (PDF). The Sunday Times. 2005-09-04. Dicapai pada 2009-12-09.
  7. ^ Forgotten wars: Freedom and Revolution in Southeast Asia
  8. ^ "Obituary:Tun Ibrahim Ismail". Daily Telegraph. 26 Jan 2011. Dicapai pada 30 January 2011.
  9. ^ a b JAPANESE SIGN THE SURRENDER OF PENANG ABOARD HMS NELSON[pautan mati kekal] Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "JAPANESE SIGN THE SURRENDER OF PENANG ABOARD HMS NELSON (3/9/1945)" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  10. ^ royalnavyresearcharchive.org.uk H.M.S. Attacker
  11. ^ royalnavyresearcharchive.org.uk H.M.S. Hunter

Bibliografi

  • Bose, Romen, "The End of the War: Singapore's Liberation and the aftermath of the Second World War", Marshall Cavendish, Singapore, 2005
  • Christopher Bayly & Tim Harper, "Forgotten Wars: Freedom And Revolution in Southeast Asia", Penguin Group, United Kingdom, 2006, ISBN-13: 978-0-674-02153-2, ISBN-10: 0-674-02153-3