Opioid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Opioid ialah bahan kimia yang merangsang reseptor opioid, sejenis sel yang dijumpai di otak, saraf tunjang dan saluran gastrousus. Ada tiga jenis dadah opioid:

Walaupun istilah opiat digunakan untuk semua dadah opium, namun istilah ini hanya tepat untuk alkaloid opium semula jadi dan alkaloid separa sintetik.

Pengelasan[sunting | sunting sumber]

  • Alkaloid opium yang terhasil secara semula jadi (contohnya morfin, kodeina dan tebaina)
  • Separa sintetik -- dihasilkan daripada alkaloid asli yang telah diubahsuai (contohnya heroin (diasetilmorfin), oxycodone dan hydrocodone)
  • Sintetik asli -- tidak dihasilkan daripada opium dan mungkin mempunyai struktur kimia yang berbeza dengan alkaloid opium (contohnya fentanyl, metadon dan tramadol)
  • Peptida opioid endogeni, dihasilkan secara semula jadi oleh badan, seperti endorfin, enkefalin, dinorfin dan endomorfin.

Farmakologi[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: reseptor opioid

Kegunaan dan penyalahgunaan opioid[sunting | sunting sumber]

Di dalam bidang perubatan, opioid digunakan sebagai analgesik. Opioid tidak mempunyai had dos maksimum, jadi opioid boleh digunakan untuk merawat barah yang kronik asalkan pengambilannya dibuat secara perlahan-lahan. Ini bagi membenarkan badan untuk membiasakan diri dengan dadah tersebut dan kesan sampingannya menghilang.

Penyalahgunaan opioid berpunca daripada kemampuannya menyebabkan euforia. Euforia ialah satu keadaan keriangan dan kegembiraan yang abnormal dan selalunya disebabkan oleh pengambilan dadah. Oleh sebab badan mudah melakukan penyesuaian dengan euforia, penyalahguna akan terus menaikkan dos opioid. Jika dos itu dinaikkan secara mendadak, pernafasan akan terganggu dan kematian mungkin berlaku.

Pergantungan fizikal, ketagihan dan tarikan[sunting | sunting sumber]

Penggunaan opioid secara berterusan (sama ada untuk kesihatan atau euforia) akan mendorong pergantungan fizikal, yang boleh dilihat daripada sindrom tarikan akut apabila pengambilan dadah tersebut dihentikan atau dikurangkan secara cepat, atau apabila antagonis digunakan. Gejala sindrom tarikan adalah bertentangan dengan kesan sampingan pengambilan dadah. Contoh gejala ialah keresahan, disforia, kepedihan mata, hidung berair, goosebumps, kekejangan dan sakit dalaman. Kepantasan dan keterukan sindrom tarikan itu bergantung kepada separuh hayat opioid tersebut contohnya tarikan heroin adalah lebih cepat berbanding metadon. Fasa tarikan akut selalunya disertai oleh kemurungan dan insomnia selama beberapa bulan.

Pergantungan fizikal adalah berbeza dengan ketagihan. Ketagihan psikologi ditakrifkan sebagai pengambilan dadah tanpa kawalan dan tanpa menghiraukan keburukannya. Walau bagaimanapun, pergantungan fizikal boleh memburukkan ketagihan seseorang.

Gejala tarikan boleh dikurangkan dengan mengurangkan dos opioid secara perlahan-lahan selama beberapa hari atau minggu, selepas bertukar kepada opioid tindak lama seperti metadon. Selain itu, gejala tarikan opioid boleh dirawat menggunakan ubat seperti clonidine untuk hiperaktif simpatetik dan benzodiazepine untuk keresahan dan insomnia.

Rapid detox ialah kaedah terbaru dalam proses tarikan. Kaedah ini menggunakan antagonis opioid untuk menyebabkan tarikan akut semasa pesakit berada dalam anestesia. Anestesia digunakan untuk menghilangkan rasa kurang selesa semasa proses tersebut. Prosedur ini telah mengundang kontroversi kerana risiko dan kosnya yang tinggi serta beberapa pesakit telah mati disebabkan prosedur tersebut. Banyak pakar sakit menganggap prosedur tersebut tidak penting dan pakar tagih mengkritik prosedur tersebut kerana tidak menghalang pesakit daripada kembali menyalahguna opioid setelah segalanya tamat. Rapid detox juga tidak mengurangkan sindrom tarikan yang akan kekal selama beberapa minggu atau bulan selepas fasa akut berlalu.

Walaupun pergantungan fizikal bersifat sejagat kepada pengguna opioid, ketagihan sebenar jarang berlaku biarpun opioid digunakan pada kadar yang tinggi dalam tempoh masa yang lama, untuk merawat penyakit kronik. Ini adalah kerana dengan ketahanan yang tinggi terhadap euforia, kesan sampingan yang masih wujud adalah tidak menyenangkan. Jadi tiada dorongan untuk mengambil opioid selain untuk mengurangkan kesakitan.

Biarpun opioid telah lama digunakan untuk merawat sakit akut dan sakit akibat barah, sejak akhir-akhir ini, penggunaan opioid meningkat secara mendadak dalam pengurusan sakit kronik dan kesakitan tidak-mudarat. Sedang aliran ini masih dianggap kontroversi bagi sesetengah, konsesus perubatan berpendapat pesakit kronik masih boleh menggunakan opioid yang mempunyai risiko minimum untuk ketagih dan rendah toksik.