Ops Sikap

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Ops Sikap (Operasi Sikap) ialah satu operasi keselamatan jalan raya yang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia bagi memastikan keselamatan pengguna jalan di Malaysia semasa musim-musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Hari Natal dan Tahun Baru Cina. Operasi ini bermula pada 2001 dan turut melibatkan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan, Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan dan Agensi Antidadah Kebangsaan.[1]

Antara langkah yang diambil semasa Ops Sikap termasuklah:

  • pemantauan khusus bas ekspres
  • pemantauan menggunakan kereta ronda tidak bertanda dan menara pemerhati di lebuh raya
  • mengurangkan had laju di jalan persekutuan (90 km/j kepada 80 km/j) dan jalan negeri (80 km/j kepada 70 km/j)
  • menyekat kenderaan berat daripada jalan pada hari tertentu

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Hariati Azizan. How effective is Ops Sikap? thestar online