Orang Asli di Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Asli (lit. original (dalam bahasa Arab)) ialah ayat politikal bahasa Arab yang digunakan oleh gabungan politik UMNO pada tahun 1970 untuk kumpulan orang Siam/Mon-Khmer (atau penutur bahasa-bahasa Austroasia) di Malaysia. Secara rasmi di Malaysia, ada sekurang-kurangnya 18 suku kaum Orang Asli di Semenanjung Malaysia, mereka dikategorikan kepada tiga kumpulan utama berdasarkan genetik dan asal-usul, iaitu:

  • Negrito (atau Semang), biasanya boleh ditemukan dalam lingkungan hingga ke bahagian utara semenanjung.
  • Senoi, menetap di bahagian tengah semenanjung.
  • Melayu Proto, kumpulan Anak Dagang nenek moyang kepada orang Melayu Malaysia di negeri-negeri sebelah pantai barat dan selatan.

Terdapat Muzium Orang Asli yang dibina bagi memberi penerangan dan pengetahuan umum tentang kewujudan dan kebudayaan Orang Asli di Malaysia. Misalnya Muzium Orang Asli Gombak, kira-kira 25 km dari utara Kuala Lumpur. Muzium Orang Asli yang lain juga boleh ditemukan beberapa tempat dalam Malaysia.

Kini di Malaysia, tangungjawab mengurus tanah adat, kemajuan, kebajikan dan hal-ehwal Orang Asli diletakkan bawah Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia. Selain itu, terdapat usaha bersepadu oleh jabatan kerajaan yang lain untuk mengintegrasi orang asli dan meningkatkan taraf hidup mereka dengan menggalakkan dan membantu mereka mendapat pekerjaan.[1] Usaha ini dilakukan oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia bersama dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia. Pencapaian orang-orang asli turut dipantau bagi memastikan kejayaan program-program seumpamanya. [2]

Terdapat beberapa NGO dari komuniti Orang Asli seperti Persatuan Pembangunan Orang Asli Malaysia (MOADA), Persatuan Orang Asli Perak (POAP), Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia yang membantu memperjuangkan pembangunan, pendidikan dan kepentingan orang-orang asli di Malaysia.[3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Jalan migrasi orang asal ke Semenanjung Tanah Melayu. (kya = ribu tahun dahulu)

Orang asli Semang ialah kumpulan yang terawal menduduki Semenanjung Tanah Melayu bermula dari 50 hingga 60 ribu tahun dahulu, mereka merupakan sebahagian daripada migrasi manusia awal dari Afrika. Senoi merupakan sebahagian daripada populasi Austroasiatic yang bermigrasi ke Semenanjung lebih kurang 10 hingga 30 ribu tahun dahulu dari IndoChina. Austronesian pula ialah sebahagian daripada populasi yang bermigrasi ke Semenanjung lebih kurang 5 hingga 7 ribu tahun dahulu. [4] [5] [6][7] [8][9] [10][11][12]

Taburan[sunting | sunting sumber]

Terdapat kira-kira 206,777 (2020)[13] Orang Asli di Malaysia, kebanyakannya bertumpu di Semenanjung Malaysia. Terdapat tiga kumpulan utama; iaitu Negrito, Senoi dan Proto-Melayu.

Agama & Perayaan[sunting | sunting sumber]

Sehingga kini, tiada perayaan rasmi Orang Asli diumumkan sebagai Perayaan Rasmi Komuniti Orang Asli. Kebanyakan masyarakat Orang Asli memyambut perayaan Hari "Jis Pai" (Bagi Suku Semai) dan Hari "Aik Muyang" bagi Suku Temuan dan Mah Meri. Malah, Agama Tradisional Orang Asli sehingga kini tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia tetapi Kerajaan Selangor mula mengiktiraf perayaan Orang Asli dari Suku Mah Meri dan masukkan dalam kalendar pelancongan Negeri Selangor. [14][15]

Selain itu juga, sebahagian besar komuniti Orang Asli yang menganut Agama Kristian, Islam, Buddha, Hindu dan Bahai. [16]

Pecahan utama[sunting | sunting sumber]

Negrito / Semang[sunting | sunting sumber]

Sub-etnik Kawasan Taburan Bahasa
Kensiu Baling, Kedah Austro-Asiatic
Kintak Gerik, Hulu Perak Austro-Asiatic
Lanoh Perak Austro-Asiatic
Jahai Perak dan Kelantan Austro-Asiatic
Mendriq Gua Musang, Kelantan Austro-Asiatic
Bateq Pahang, Kelantan dan Terengganu Austro-Asiatic

Senoi[sunting | sunting sumber]

Sub-etnik Kawasan Taburan Bahasa
Temiar Perak, Kelantan, and Pahang Austro-Asiatic
Semai Pahang, Perak dan Selangor Austro-Asiatic
Semoq Beri Pahang dan Terengganu Austro-Asiatic
Jahut Temerloh dan Jerantut, Pahang Austro-Asiatic
Mahmeri Kawasan pesisir Selangor, Putrajaya, dan Negeri Sembilan Austro-Asiatic
Che Wong Raub dan Temerloh, Pahang Austro-Asiatic

Melayu Proto[sunting | sunting sumber]

Sub-Etnik Kawasan Taburan Bahasa
Orang Kuala Batu Pahat dan Pontian, Johor Austronesian
Orang Kanaq Kota Tinggi, Johor Austronesian
Orang Seletar Kawasan pesisir di Johor Austronesian
Jakun Kawasan selatan di Semenanjung Malaysia Austronesian
Semelai Pahang, Negeri Sembilan dan Johor Austroasiatic
Temuan Pahang, Negeri Sembilan, Selangor dan Johor Austronesian


Orang Asli mengikut negeri[sunting | sunting sumber]

  1. Orang Asli di Negeri Terengganu
  2. Orang Asli di Negeri Selangor
  3. Orang Asli di Negeri Perak
  4. Orang Asli di Negeri Perlis
  5. Orang Asli di Negeri Pahang
  6. Orang Asli di Negeri Pulau Pinang
  7. Orang Asli di Negeri Melaka
  8. Orang Asli di Negeri Kelantan
  9. Orang Asli di Negeri Kedah
  10. Orang Asli di Negeri Johor
  11. Orang Asli di Negeri Perak
  12. Orang Asli di Negeri Sembilan
  13. Bumiputra di Sabah
  14. Bumiputra di Sarawak


Kajian tentang Orang Asli di Malaysia[sunting | sunting sumber]

  • Chua, Kim Wah Michael (1991), The Orang Asli Problem: A Comparative Analysis of Aboriginal Land Rights in Malaysia, Australia and New Zealand. LLB Hons. Project Paper. Faculty of Law, UM, Kuala Lumpur.
  • Foo Eng Lee (1972), The Ethnobotany of the Orang Asli, Malaysia, with special reference to their foodcrops. (Edited by Tan Koonlin.) Botany Unit, School of Biological Sciences, UM, Kuala Lumpur.
  • Fung Jee Vui (1995), Ethnic Assertion of 'Original People': Comparative Ethnographies of Indigenous Peoples Movements in Southeast Asia. M.A. Social Anthropology. School of Oriental and African Studies, London University.
  • Fung Jee Vui, Jojo (1994), An Indigenous-Serving Missiology - Models, Methods, Mission Strategies: Orang Asli Mission in the International Decade of Indigenous Peoples. Licentiate thesis in Sacred Theology, Faculty of the Jesuit School of Theology, Berkeley, California.
  • Lim Hwei Mian (1997), Nutritional Status and Reproductive Health of Orang Asli Women. B. Sci. (Human Development) Project, Faculty of Human Ecology, Universiti Putra Malaysia, Serdang.
  • Liow Sook Ching (1980), The Constitutional And Legal Position of the Orang Asli of Peninsular Malaysia. LLB Hons. Project Paper. UM, Kuala Lumpur.
  • Mohd Tap bin Salleh (1977), An Integrated Development Planning for the Development of Orang Asli in West Malaysia. M.Sc. Thesis. University of Wales at Swansea.
  • Mohd Tap bin Salleh (1990), An Examination of Development Planning among the Rural Orang Asli of West Malaysia. Ph.D. Thesis, University of Bath.
  • Veeman, Viji (1987), The Delivery of Primary Health Care: A Case Study of the Aborigines of Peninsular Malaysia. Project Paper, Diploma in Advanced Nursing Administration/Health Service Management, Royal College of Nursing, London.
  • Abdul Halim bin Haji Jawi (1981), Pentadbiran Rakyat Minoriti Dan Masalah-masalah: Satu Kajian Terhadap Masyarakat Orang Asli Di Semenanjung Malaysia. Project Paper, Diploma in Public Administration. Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, UM, Kuala Lumpur.
  • Cheu Lai Kuan and Wong Lily (1993), Polisi pentadbiran dan pembangunan Orang Asli - pembangunan ekonomi. B.A. Graduation Exercise. Jabatan Antropologi dan Sosiologi, UM, Kuala Lumpur.
  • Chong Sheat Seang (1997), Peranan Center for Orang Asli Concerns Dalam Meningkatkan Kehidupan Masyarakat Orang Asli Di Semenanjung Malaysia. Laporan PraktikUM, Ijazah Sarjanamuda Sastera, Rancangan Pentadbiran Sosial, UM, Kuala Lumpur.
  • Hasan Mat Nor (1997), Kajian Keciciran Kalangan Pelajar Orang Asli Peringkat Sekolah Rendah. Jabatan Antropologi dan Sosiologi, UKM, Bangi.
  • Mustafa bin Bahari (1993), Orang Asli dalam sistem perundangan Malaysia: Sudah jatuh ditimpa tangga. B.A. Graduation Exercise. Jabatan Antropologi dan Sosiologi, UM, Kuala Lumpur.
  • Osman bin Bongsu (1994), Hubungan Cara Gaya Asuhan Ibu Bapa Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Orang Asli. Projek Ijazah Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunselling), Jabatan Pendidikan, Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM, Serdang.
  • Tek Siew Eng (1994), Polisi, Undang-undang dan Pembangunan di Kalangan Komuniti Orang Asli. Latihan Ilmiah, Ijazah Sarjanamuda Sastera, Jabatan Anthropologi dan Sosiologi, UKM, Bangi.
  • Zamani Ismail dan Abdullah Hassan (1987), Lapuran Etnografi Malaysia I: Jah Hut. Jabatan Antropologi dan Sosiologi, B.A., Fakulti Sains Kemasyaratan dan Kemanusiaan, UKM, Bangi.
  • Van der Sluys, Corry (1992), The worldview of the Jahai; hunter-gatherers, traders cum small-scale swidden cultivators in the tropical rainforest of Northern Perak, Malaysia. Preliminary research report.
  • Salmah binti Hussin (1993), Budaya dan corak hidup Masyarakat Mahmeri kesan dari pembangunan moden. B.A. Graduation Exercise. Jabatan Antropologi dan Sosiologi, UM, Kuala Lumpur.
  • Ave, Wanda (1985), Small-Scale Utilization of Rotan by the Semai in West Malaysia. Drs. Thesis. University of Leiden, Leiden.
  • Gomes, Albert Gerard (1979), Ecological Adaptation and Population Change: A Comparative Study of Semang Foragers and Temuan Horticulturists. M.A. Thesis. Department of Anthropology and Sociology, UM, .
  • Khor Geok Lin (1985), A Study of the Nutritional Status of the Semai. Ph.D. Thesis. UM, Kuala Lumpur.
  • Loh Kee Wey, Henry (1993), Evolving Semai Identities: Religious Conversion and Social Relations in a Semai Community. M.A. Thesis. Department of Anthropology, Monash University, Melbourne.
  • Morris, Kimball John (1985), Socio-Economic Impact of Merchant Capital on the Mode of Production of the Semaq Beri in Peninsular Malaysia. M.A. Thesis. University of Alberta, Edmonton, Alberta.
  • Nicholas, Colin G. (1985), From Subsistence to Simple Commodity Production: Economic Relations in Two Semai Settlements. M.S. Thesis. Faculty of Resource Economics and Agribusiness, UPM, Serdang.
  • Shastri, Hermen P. (1989), Christ in Tribal Culture: A Study of the Interaction between Christianity and Semai Society of Peninsular Malaysia in the Context of the History of the Methodist Mission (1930-1983). Ph.D Thesis. Faculty of Theology, Ruprecht-Karis-Universitat, Heidelberg.
  • Tajuddin, M.J. (1966), The Semai aborigines of Chenderiang: A study in technological and structural changes. B.A. Graduation Exercise. University of Western Australia, Australia.
  • Ahmad Nasir b. Abd. Rahman (1988), Satu Kajian Etnografi: Agama dan Ekonomi Orang Semai - Pembangunan Ekonomi. B.A. Graduation Exercise. UM, Kuala Lumpur.
  • Juli Edo (1988), Agama dan Perubatan Masyarakat Semai. M.Phil. Faculty of Social Science and HUManities, UKM, Bangi.
  • Ramle bin Abdullah (1988), Komuniti Orang Asli Semaq Beri dan Kemasukan Islam. M. Phil. Thesis, UKM, Bangi.
  • Ali M.A. Rachman (1980), Energy Utilization and Social Structure: An Analysis of the Temuan Orang Asli of Peninsular Malaysia. M.A. Thesis. Department of Anthropology and Sociology, UM, Kuala Lumpur.
  • Benjamin, Geoffrey (1967), Temiar Religion. Ph.D Thesis. King's College, Cambridge.
  • Zainuddin A. Rahman (1977), The Temuan Ecosystem. Jabatan Antropologi dan Sosiologi, UM, Kuala Lumpur.
  • Zaiton Surut (1996), Penilaian Taraf Pemakanan Kanak-Kanak Pra-Sekolah Masyarakat Orang Asli (Suku KaUM Temuan). Latihan Ilmiah, Fakulti Ekologi Manusia, UPM, Serdang.

Orang Asli Jah Hut[sunting | sunting sumber]

  • Hong Ching Loong, Paul (1995), Rimba dan Manusia: Satu Kajian Terhadap Masyarakat Jah Hut. Ijazah Sarjanamuda Sastera, Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Fakulti Sains Kemasyaratan dan Kemanusiaan, UKM, Bangi.

Orang Asli Temuan[sunting | sunting sumber]

  • Law Kok Hooi, Low Hock Chuan, Tan Wei Chin, Tee Siok Hoon and Tiew Hock Chuan (1993), Komuniti Temuan di Kampung Sungai Mering Bangkong Cunom. B.A. Graduation Exercise. Jabatan Antropologi dan Sosiologi, UM, Kuala Lumpur.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Program Mesra Minda Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Pahang Tahun 2012". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-25. Dicapai pada 2014-02-09.
  2. ^ Jemputan Kaji Selidik Pengesanan Pekerja Masyarakat Orang Asli.
  3. ^ Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia.
  4. ^ Norhalifah, H. K., Syaza, F. H., Chambers, G. K., and Edinur, H. A. (2016). The Genetic History of Peninsular Malaysia. Gene 586, 129–135. doi:10.1016/j.gene.2016.04.008
  5. ^ The Peopling and Migration History of the Natives in Peninsular Malaysia and Borneo: A Glimpse on the Studies Over the Past 100 years. Front. Genet., 27 January 2022Sec. Evolutionary and Population GeneticsVolume 13 - 2022. https://doi.org/10.3389/fgene.2022.767018
  6. ^ Lipson, M., Loh, P.-R., Patterson, N., Moorjani, P., Ko, Y.-C., Stoneking, M., et al. (2014). Reconstructing Austronesian Population History in Island Southeast Asia. Nature Communications. 5, 4689. doi:10.1038/ncomms5689
  7. ^ Lipson, M., Mallick, S., Rohland, N., Broomandkhoshbacht, N., Ferry, M., Harney, E., et al. (2018). Ancient Genomes Document Multiple Waves of Migration in Southeast Asian Prehistory. Science 361, 92–95. doi:10.1126/science.aat3188
  8. ^ Mccoll, H., Racimo, F., Vinner, L., Demeter, F., Gakuhari, T., Moreno-mayar, J. V., et al. (2018). The Prehistoric Peopling of Southeast Asia. Science 92, 88–92. doi:10.1126/science.aat3628
  9. ^ Soares, P. A., Trejaut, J. A., Rito, T., Cavadas, B., Hill, C., Eng, K. K., et al. (2016). Resolving the Ancestry of Austronesian-Speaking Populations. Hum. Genet. 135, 309–326. doi:10.1007/s00439-015-1620-z
  10. ^ Deng, L., Hoh, B.-P., Lu, D., Saw, W.-Y., Twee-Hee Ong, R., Kasturiratne, A., et al. (2015). Dissecting the Genetic Structure and Admixture of Four Geographical Malay Populations. Nature Scientific Reports 5, 14375. doi:10.1038/srep14375
  11. ^ Jinam, T. A., Hong, L., Phipps, M. E., Stoneking, M., Ameen, M., Edo, J., et al. (2012). Evolutionary History of Continental Southeast Asians : “Early Train” Hypothesis Based on Genetic Analysis of Mitochondrial and Autosomal DNA Data. Oxford Academic Molecular Biology and Evolution 29, 3513–3527. doi:10.1093/molbev/mss169
  12. ^ Hill, C., Soares, P., Mormina, M., Macaulay, V., Meehan, W., Blackburn, J., et al. (2006). Phylogeography and Ethnogenesis of Aboriginal Southeast Asians. Mol. Biol. Evol. 23, 2480–2491. doi:10.1093/molbev/msl124
  13. ^ https://www.jakoa.gov.my/orang-asli/jadual-taburan-etnik-orang-asli-mengikut-negeri/
  14. ^ https://www.mstar.com.my/travel/destinasi/2023/02/12/teringin-selami-budaya-di-perkampungan-orang-asli-tak-payah-travel-jauh-suku-mah-meri-ada-di-pulau-carey
  15. ^ http://dewan.selangor.gov.my/question/orang-asli/
  16. ^ https://www.data.gov.my/data/ms_MY/dataset/agama-yang-dianuti-oleh-masyarakat-orang-asli-mengikut-negeri/resource/8b8756f9-7ce0-4477-bbda-cb3eab952f5a