Bengkulu

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

(Dilencongkan dari Orang Bengkulu)
Lompat ke: navigasi, gelintar
Provinsi Bengkulu
imej:Lambang_Bengkulu.jpg
Lambang Bengkulu
Moto: "..."
(Bahasa ...): "..."
Penubuhan: -
Ibukota: Bengkulu kota
Gabenor: H.Hasan Zen SH.MM
Keluasan
 - Jumlah:

19.788,70 km²
Daerah Tingkat II
 - Jumlah:

6 Kabupaten dan 1 Kotamadya
Penduduk
 - Jumlah:
 - Kepadatan:

+/- 2.000.000
…/km²
Bangsa: Orang Bengkulu.
Agama: Islam, Kristian, Animisme
Bahasa: Bahasa Indonesia, dll.
Zon masa: (Waktu Indonesia Barat)
Lagu Kedaerahan:

Bengkulu ialah sebuah provinsi Indonesia yang terletak di pantai barat daya Pulau Sumatera. Ia menyempadani Sumatera Barat di utara, Jambi dan Sumatera Selatan di timur, serta Lampung di selatan. Bengkulu pada suatu ketika merupakan tapak garison British yang dikenali sebagai Bencoolen. Provinsi ini yang merangkumi Pulau Enggano mempunyai 1,405,060 penduduk (banci 2000). Ibu kota dan bandar raya terbesar di provinsi ini ialah bandar raya Bengkulu.

Bengkulu terletak di Sesar Sunda yang cenderung mengalami gempa bumi dan tsunami. Pada bulan Jun 2000, sebuah gempa bumi mengakibatkan kerosakan serta kematian sekurang-kurangnya 100 orang. Pada bulan September 2007 pula, satu siri gempa bumi melanda Bengkulu dan membunuh 13 orang. [1] Suatu laporan yang terkini meramalkan bahawa Bengkulu akan mengalami "risiko pembanjiran pada beberapa dekad yang akan datang, akibat gempa bumi bawah laut yang diramalkan di sepanjang pantai Sumatera" [1]

Senarai kandungan

[sunting] Sejarah

Syarikat Hindia Timur Inggeris mengasaskan sebuah pusat perdagangan lada hitam dan garison yang dapat bertahan lama di Bengkulu (Bencoolen) pada tahun 1685. Pada tahun 1714, mereka membina "Kubu Marlborough" di kota itu, dengan kubu itu kini masih wujud. Bagaimanapun, pusat perdagangan tersebut tidak pernah mendatangkan sebarang untung kepada pihak British, dengan kawasan itu didapati tidak selesa kepada orang Eropah. Lebih penting lagi, mereka tidak berupaya mendapat lada hitam yang mencukupi untuk membeli.

Walaupun kesukaran tersebut, pihak British masih gigih berusaha dan mengekalkan kehadiran di sana selama 150 tahun sebelum menyerahkannya kepada Belanda sebagai sebahagian Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 untuk menumpukan perhatian kepada Melaka. Seperti dengan bahagian-bahagian Indonesia yang lain, Bengkulu merupakan sebuah tanah jajahan Belanda sehingga selepas Perang Dunia II.

Semasa pemenjaraan Sukarno oleh pihak Belanda pada awal dekad 1930-an, bakal presiden Indonesia yang pertama itu tinggal di Bengkulu buat tempoh yang singkat. Di sini, beliau bertemu dengan bakal isterinya, Fatmawati, dengan pasangan itu dikurniakan banyak cahaya mata. Yang termasyhur antara anak-anak mereka ialah Megawati Sukarnoputri, Presiden Indonesia wanita yang pertama.

[sunting] Ekonomi

Pelombongan batu arang merupakan kegiatan ekonomi yang utama di Bengkulu. Tiga buah syarikat pelombongan batu arang bersama-sama menghasilkan antara 200,000 hingga 400,000 tan batu arang setiap tahun untuk dieksport ke Malaysia, Singapura, Asia Selatan, dan Asia Timur.

Perikanan, khususnya ikan tuna dan makerel, merupakan kegiatan yang penting. Keluaran pertanian utama yang dieksport oleh provinsi ini termasuk halia, rebung, dan getah.

[sunting] Daerah Tingkat II

  1. Muko Muko
  2. Bengkulu Utara
  3. Rejang Lebong
  4. Bengkulu kota, kotamadya
  5. Seluma
  6. Bengkulu Selatan
  7. Kaur

[sunting] Pautan luar



Senarai provinsi di Indonesia
Jawa Kalimantan
Banten | DI Yogyakarta | Jakarta | Jawa Barat | Jawa Tengah | Jawa Timur Barat | Selatan | Tengah | Timur
Kepulauan Maluku dan Papua Nusa Tenggara
Maluku | Maluku Utara | Papua | Papua Barat Bali | Nusa Tenggara Barat | Nusa Tenggara Timur
Sulawesi Sumatera
Gorontalo | Sulawesi Barat | Sulawesi Selatan | Sulawesi Tengah | Sulawesi Tenggara | Sulawesi Utara Bengkulu | Jambi | Kepulauan Bangka Belitung | Kepulauan Riau | Lampung | Nanggroe Aceh Darussalam | Riau | Sumatera Barat | Sumatera Selatan | Sumatera Utara
Alatan peribadi