Orang Cina Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Orang Cina Malaysia
马来西亚华人
馬來西亞華人
CKQ.jpg P102-SERDANG.jpg Amber Chia2.jpg
Chung Keng Quee
鄭景贵
Teo Nie Ching
张念群
Amber Chia
謝麗萍
Jimmy.choo.JPG Yap Ah Loy.jpg Tcl.jpg
Jimmy Choo
周仰杰
Yap Ah Loy
葉亞來
Tan Cheng Lock
陈祯禄
Michelle Yeoh Cannes 2.jpg Vivien Yeo.jpg Fish Leong @Chengdu-3.JPG
Michelle Yeoh
楊紫瓊
Vivien Yeo
楊秀惠
Fish Leong Ching Ju
梁静茹
Jumlah penduduk
6,960,900[1]
24.6% jumlah penduduk Malaysia (2010)[2]
Kawasan ramai penduduk
Demografi Malaysia

Kuala Lumpur • Pulau Pinang • Johor • Perak • Selangor

Bahasa

Bahasa Mandarin, Bahasa Hokkien, Bahasa Hakka, Bahasa Kantonis, Bahasa Teochew, Bahasa Fuzhou, Bahasa Hainan, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris

Agama

Buddha, Taoisme, Konfusianisme, Kristian, dan tidak beragama[3]

Kelompok etnik berkaitan

Bangsa Han • Orang Cina Singapura • Orang Cina seberang laut

Orang Cina Malaysia (Cina Ringkas: 马来西亚华人; Cina Tradisional: 馬來西亞華人; pinyin: Mǎláixīyà Huárén atau Cina Ringkas: 马来西亚唐人; Cina Tradisional: 馬來西亞唐人; pinyin: Mǎláixīyà Tángrén) adalah penghijrah orang Cina luar negara yang menjadi warganegara atau penduduk tetap di Malaysia. Kebanyakan mereka ialah keturunan pendatang dari Republik Rakyat China yang tiba di Tanah Melayu sekitar abad ke-15 hingga pertengahan abad ke-20. Di Malaysia, lazimnya kaum ini dirujuk sebagai "orang Cina" dalam semua bahasa. Istilah Orang Cina Malaysia agak jarang dipakai di negara ini. Mereka juga digelar mahua (Cina Ringkas: 马华; Cina Tradisional: 馬华; pinyin: Mǎhuá).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Gelombang Pertama[sunting | sunting sumber]

Orang Cina gelombang pertama datang pada abad kelima belas semasa Puteri Hang Li Poh dikahwinkan kepada Sultan Melaka , membawa bersama golongan bangsawan ,pengikut-pengikut ,dan hamba dari negara China.Kebanyakan daripada mereka berketurunan Fujian. Rombongan tersebut membawa masuk orang Cina yang kemudiannya berkahwin dengan penduduk tempatan membentuk masyarakat Peranakan.Makam mereka boleh didapati di Bukit Cina kini. Lelaki berketurunan Peranakan digelar Baba dan Nyonya bagi perempuan.

Gelombang Kedua[sunting | sunting sumber]

Pada abad ke 19 dan ke 20, orang Cina berhijrah secara beramai-ramai ke Malaya.Mereka dari selatan China terutamanya dari daerah Fujian, Guangdong, Guangxi ,dan Hainan.Mereka membentuk penempatan di Negeri Perak dan Selangor terutamanya di lombong-lombong bijih timah untuk bekerja sebagai buruh lombong dengan sokongan British .Selain itu ,mereka juga menetap di Negeri-Negeri Selat .Kebanyakan orang Cina dapat dijumpai di pantai Barat.

Suku Dialek[sunting | sunting sumber]

Etnik Cina di Malaysia terdiri daripada beberapa suku dialek. Terdapat enam kumpulan dialek utama: Hakka, Kantonis, Hokkien, Teochew, Hainan dan Fuzhou. Adalah terbukti bahawa orang yang tergolong dalam golongan suku dialek tertentu tertumpu dalam bahagian komuniti berbeza di Malaysia.

Orang Hakka membentuk kumpulan dialek terbesar di Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak), bahagian-bahagian di Johor terutamanya Kulai, Selangor-Kuala Lumpur dan Pahang. Suku Hakka juga didapati di Pulau Pinang, Johor Bahru dan Perak, di mana mereka mungkin dijadikan suku dialek terbesar di tempat-tempat tersebut.

Suku Kantonis membentuk suku dialek terbesar di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Negri Sembilan dan Perak di mana golongan ini membentuk peratusan besar dalam populasi. Suku Kantonis juga membentuk suku dialek terbesar di Johor timur dan Sandakan, Sabah. Sandakan pernah bergelar "Hong Kong Kecil" kerana bandar itu pernah dijadikan tempat tinggal kedua bagi kebanyakan pendatang dari Guangdong, di mana pemandangannya menyerupai Hong Kong pada 1970-an dan 1980-an. Media bahasa Kantonis juga disiarkan dalam saluran televisyen Malaysia, terutamanya RTM2,NTV7 dan 8TV.

Sementara itu, suku Hokkien membentuk suku dialek terbesar di Pulau Pinang, Melaka, Kedah, Terengganu, Kelantan, Selangor -- terutamanya di Klang dan kawasan pantai Selangor serta Johor barat. Bahasa Hokkien juga ditutur di ibu negeri Sarawak, iaitu Kuching. Kebelakangan ini saluran televisyen Malaysia menampilkan rancangan berbahasa Hokkien dari Taiwan untuk mengimbangkan kandungan dialek-dialek Cina dalam media Malaysia.

Suku Teochew ditumpukan di beberapa bahagian tertentu di Pulau Pinang, kebanyakan pulau-pulau di Sabah dan Johor selatan, terutamanya Johor Bahru dan Pontian.

Maka, secara amnya terdapat tiga kumpulan sub-linguistik orang Cina Malaysia yang selari dengan tiga pusat metropolitan. Kumpulan Pulau Pinang dan Melaka kebanyakannay bertutur dalam bahasa Hokkien manakala kumpulan Kuala Lumpur, Seremban dan Ipoh kebanyakannya berbahasa Kantonis dan Hakka. Di selatan semenanjung Malaysia, terutamanya Johor, bahasa Mandarin paling banyak ditutur oleh masyarakat Cina di sana, sebagai kesan daripada pengaruh media berbahasa Mandarin dari Singapura, serta penggunaan bahasa Mandarin dalam pendidikan formal. Ini telah menyebabkan ramai orang, terutama generasi muda, untuk menyisihkan penggunaan dialek-dialek Cina yang lain seperti Teochew dan Kantonis. Di Malaysia Timur pula, bahasa Hakka and Mandarin laris ditutur, kecuali Sibu yang cenderung kepada bahasa Foochow serta Sandakan dengan bahasa Kantonis.

Pergerakan terkini untuk menyatukan dan menyusun masyarakat-masyarakat Cina Malaysia, Singapura dan Indonesia memperkenalkan Bahasa Mandarin Baku sebagai bahasa nasionalisme etnik diaspora.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Rakyat Malaysia diberi pendidikan percuma sehingga peringkat menengah.[4] Terdapat beberapa jenis sekolah wujud di Malaysia. Setiap sekolah tersebut menggunakan bahasa yang berbeza sebagai bahasa pengantar. Contohnya Bahasa Malaysia, Mandarin, dan Tamil. Walaubagaimanapun, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris turut disampaikan di sekolah. Fenomena kanak-kanak Cina dididik di sekolah Inggeris, sekolah kebangsaan dan sekolah Cina merupakan kejadian yang biasa.

Pendidikan Cina[sunting | sunting sumber]

Sekolah Cina tempatan yang pertama didirikan di Melaka pada tahun 1815. Laporan Razak menggunakan istilah 'berpendidikan Cina' untuk merujuk kepada penduduk Cina tempatan yang belajar di sekolah Cina sebelum 1960an.

Kini,kebanyakan sekolah kebangsaan menerima peruntukan kerajaan. Sekolah Cina yang menolak Laporan Razak terus menggunakan Bahasa Cina sebagai bahasa penngantar.

Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai sistem pendidikan Cina yang sistematik selain dari negara China.

Pendidikan Inggeris[sunting | sunting sumber]

Pada zaman penjajahan British,sekolah-sekolah Inggeris didirikan. Korikilumnya selaras dengan yang diamalkan di England.Sebahagian masyarakat Cina berpendidikan Inggeris menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama mereka.

Pendidikan Melayu[sunting | sunting sumber]

Pendidikan yang ditawarkan di sekolah kerajaan.

Bahasa[sunting | sunting sumber]

Banci 2000 menunjukkan perbezaan dialek masyarakat Cina tempatan.

Dialek Populasi[5]
Hokkien 1,848,211
Hakka 1,679,027
Kantonis 1,355,541
Teochew 974,573
Mandarin 958,467
Hainan 380,781
Min Bei 373,337
Fuzhou 249,413

Walaupun terdapat perbezaan dalam asal-usul,tetapi perkahwinan antara pelbagai suku bahasa, menyebabkan kewujudan pelbagai dialek yang berbeza untuk memudahkan komunikasi antara satu sama lain.

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Orang Cina Malaysia sejak sekian lama mendominasi ekonomi Malaysia, tetapi semenjak adanya Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia untuk memberi kesamarataan dalam kek ekonomi negara, dominasi mereka dalam ekonomi menyusut. Sungguhpun demikian, mereka masih membentuk majoriti golongan berpendapatan sederhana dan tinggi di Malaysia. Hingga 2004, mereka menjadi bangsa terkaya di Malaysia dengan penguasaan 40.9 peratus jumlah ekuiti hak milik ekonomi negara.

Pekerjaan[sunting | sunting sumber]

Masyarakat Cina Malaysia telah mendominasi ekonomi Malaysia dengan lebih 90% kedai komersial dimiliki oleh orang Cina. Orang Cina lebih cenderung kepada berkerja sebagai pengusaha perniagaan sendiri daripada berkerja di bawah orang lain. Masyarakat Cina melibatkan diri dalam semua jenis perniagaan di sektor swasta.

Orang-orang Cina yang bekerja sebagai pekerja di sektor swasta yang paling aktif di Komputer, Automobil, Industri Perumahan dan Jualan.

Hanya sangat sedikit minoriti bekerja sebagai pegawai kerajaan di sektor awam. Orang-orang Cina yang melakukan pekerjaan di sektor kerajaan biasanya merupakan ahli politik serta guru guru sekolah.

Status ekonomi[sunting | sunting sumber]

Oleh kerana penyertaan yang sangat aktif dalam kegiatan ekonomi, masyarakat Cina Malaysia merupakan majoriti daripada kelas pertengahan di Malaysia.

Pendapatan rumah tangga Cina merupakan yang tertinggi di antara 3 kumpulan etnik. Menurut Sulaiman Mahbob, pada Disember 2007, pendapatan rumah tangga bulanan rata-rata berada di 4437 ringgit[6] Sebagai hasilnya, orang Cina menjadi penyumbang terbesar cukai pendapatan dan pelbagai cukai kerajaan kepada dana kerajaan.

Masyarakat Cina juga memiliki peratus simpanan tertinggi di Malaysia kerana telah dibesarkan dengan nilai-nilai tradisional menyimpan untuk kecemasan dan etika kerja yang baik.

Dasar Ekonomi Baru[sunting | sunting sumber]

Ye Lin-Sheng, penulis The Chinese Dilemma, mengatakan polisy ekonomi Mahathir Mohamad 's Dasar Ekonomi Baru memanfaat Melayu, yang menerima layanan istimewa dalam pendidikan dan perniagaan, sedangkan meninggalkan masyarakat Cina dengan perasaan bahawa mereka diketepikan oleh dasar itu. [7]

Demografi[sunting | sunting sumber]

Sejarah demografi Cina Malaysia (%)
1947 1957[8] 1961 1970 1980 1991 2000[9] 2010[10][11]
(38.4%) (45.0%) (36%) 3,564,400(37%) (33.9%) 4,623,900 (28.1%) 5,691,900(26.1%) 6,960,900(24.6%)

Banci 2000[sunting | sunting sumber]

Menurut The Encyclopedia of Malaysia: Languages & Literature m/s 52-53, bilangan penutur bahasa Cina meningkat dari 2,667,452 pada tahun 1957 kepada 5,365,846 pada tahun 2000, iaitu 26% daripada keseluruhan populasi di Malaysia. Sumber data ini berasal dari Banci Penduduk dan Perumahan 2000,[12] dan bilangan mereka menurut suku dialek ialah:

Dialek Penduduk[13]
Hokkien 1,848,211
Hakka 1,679,027
Kantonis 1,355,541
Teochew 974,573
Mandarin 958,467
Hainan 380,781
Min Bei 373,337
Fuzhou 249,413

Jumlah dan peratus kaum Cina mengikut negeri dan Wilayah Persekutuan[sunting | sunting sumber]

Banci 2010 menunjukkan kaum Cina (tidak termasuk bukan warganegara):[14]

Negeri Bahasa Cina Penduduk % Penduduk
Johor 柔佛 1,034,713 33.6%
Kedah 吉打 255,628 13.6%
Kelantan 吉蘭丹 51,614 3.4%
Melaka 馬六甲 207,401 26.4%
Negeri Sembilan 森美蘭 223,271 23.2%
Pahang 彭亨 230,798 16.2%
Perak 霹靂 693,397 30.4%
Perlis 玻璃市 17,985 8.0%
Pulau Pinang 檳城 670,400 45.6%
Sabah 沙巴 295,674 12.8%
Sarawak 砂拉越 577,645 24.5%
Selangor 雪蘭莪 1,441,774 28.6%
Terengganu 登嘉楼 26,429 2.6%
Labuan 纳闽 10,014 13.4%
Putrajaya 布城 479 0.7%
Wilayah Persekutuan Bahasa Cina Penduduk % Penduduk
Kuala Lumpur 吉隆坡 655,413 43.2%

Negeri dengan kaum Cina yang terbesar[sunting | sunting sumber]

Pada tahun, majoriti kaum Cina tertumpu di negeri-negeri pantai barat Semenanjung Malaysia dengan peratusan besar kaum Cina (30% dan ke atas) seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, Perak dan Selangor.

Kawasan yang mempunyai penduduk Cina yang ketara

Kuala Lumpur
Kepong, Cheras, Bukit Bintang, Jalan Klang Lama, Sri Petaling, Pudu, Segambut.

Selangor
Subang Jaya/USJ, Puchong, SS2, Petaling Jaya, Damansara Jaya/Utama, Bandar Utama, Serdang, Pelabuhan Klang.

Tahun Jumlah penduduk Melayu Peratus Cina Peratus
1891[15] 81,592 23,750 50,844
2011[16] 5.46 Juta 1.45 Juta 29 %

Pulau Pinang
Pulau Pinang (bahagian pulau), Bagan, Bukit Mertajam

Tahun Jumlah penduduk Melayu Peratus Cina Peratus
1812[17] 26,107 9,854 37.7% 7,558 28.9%
1820 35,035 14,080 40.2% 8,595 24.5%
1860 124,772 71,723 57.4% 36,222 29.0%
1891 232,003 92,681 39.9% 86.988 37.5%
1970[18] 775,000 247,000 30.6% 436,000 56.3%
1990[19] 1,150,000 399,200 34.5% 607,400 52.9%
2005[20] 1,511,000 624,000 41.3% 650,000 43%

Johor
Johor Bahru, Kulaijaya, Batu Pahat, Segamat, Muar, Kluang, Ledang, Pontian.

Perak
Ipoh, Taiping, Batu Gajah, Sitiawan

Tahun Jumlah penduduk Melayu Peratus Cina Peratus
1891[21] 94,345 44.0%
1901[21] 329,665 150,239 45.6%

Negeri dengan penduduk Cina sederhana[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan negeri di mana kaum Cina adalah minoriti yang ketara (10% - 29.9%) seperti Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Sarawak dan Sabah.

Kawasan-kawasan penduduk Cina yang ketara (40% ke atas) untuk setiap negeri adalah

Melaka
Bandaraya Melaka, Ayer Keroh

Negeri Sembilan
Seremban, Rasah

Pahang
Bentong, Raub, Mentakab, Kuantan

Sarawak
Kuching, Sibu, Bintulu, Miri, Sarikei, Sri Aman, Marudi, Lawas, Mukah, Limbang, Kapit, Serian, Bau

Sabah
Kota Kinabalu dan Sandakan. Tawau, Kudat dan kawasan-kawasan yang bertaburan di selatan (terutama sekali Beaufort dan Keningau) juga mempunyai komuniti kecil tetapi kawasan penting Cina

Agama[sunting | sunting sumber]

Agama Masyarakat Cina Malaysia
Agama Percent
Buddha
  
83.56%
Kristian
  
11.05%
Taoism / Agama rakyat Cina
  
3.41%
Islam
  
0.66%
Hindu
  
0.23%
Agama Lain
  
0.13%
Tidak beragama
  
0.95%

Kebanyakan orang Cina di Malaysia dikategorikan sebagai penganut agama Buddha atau Taoism . Secara tipikalnya, orang Cina mengamalkan sejenis agama integrasi nilai-nilai budaya trdisional China , Buddha, Taoism, Konfusianisme , dan penyembahan nenek moyang.Walaubagaimanapun terdapat minoriti masyarakat Cina menganuti agama Kristian , Hindu ,Islam ,dan sebagainya.

Sastera[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Sastera Mahua

Sejak sekian mereka menetap di Malaysia, mereka telah mencipta karya sastera mereka sendiri.[22]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Malaysia. Background Notes. United States: Department of State. December 2010. http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=1215&Itemid=89&lang=en. Capaian 2009-05-08 
  2. Malaysia. Background Notes. United States: Department of State. December 2010. http://www.cwsc2011.gov.in/papers/demographic_transitions/Paper_1.pdf. Capaian 2009-05-08 
  3. Dept. of Statistics: "Population and Housing Census of Malaysia 2000", Table 4.1; p. 70, Kuala Lumpur: Department of Statistics Malaysia, 2001
  4. Malaysian Education, Education System of Malaysia
  5. Joshua Project database for Malaysia
  6. Malaysian Indians richer than ethnic Malays
  7. Ye, Lin-Sheng (2003-12-31), The Chinese Dilemma, Australia: East West Publishing, ISBN 978-0975164617 
  8. http://www.31ogos1957.com/post/929977921/future-for-chinese-in-malaysia
  9. Prof. Dato' Dr Asmah Haji Omar, edt: "Encyclopedia of Malaysia - Languages and Literature", pp 52-53, Kuala Lumpur: Editions Didier Millet, 2004, ISBN 981-3018-52-6
  10. Slightly more men than women in Malaysian population. Thestar.com.my. Retrieved on 2012-04-23.
  11. Population Distribution and Basic Demographic Characteristic Report 2010 (Kemas kini: 05/08/2011 - Corrigendum). Statistics.gov.my. Retrieved on 2012-04-23.
  12. Jabatan Statistik: "Population and Housing Census of Malaysia 2000", Kuala Lumpur: Jabatan Statistik Malaysia, 2001
  13. Joshua Project database for Malaysia
  14. Department of Statistics, Malaysia (2010). "Population Distribution and Basic Demographic Characteristics" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. pp. 11,62–81. http://www.statistics.gov.my/portal/download_Population/download.php?file=census2010/Taburan_Penduduk_dan_Ciri-ciri_Asas_Demografi.pdf. Capaian 6 Julai 2005. 
  15. International Conference of South-East Asian Historians (1962), p. 102
  16. Chinese voters must decide. Thestar.com.my. Retrieved on 2012-04-23.
  17. Colonial Construction of Malayness: The Influence of Population Size and Population, Kiran Sagoo, November 27, 2006, International Graduate Student Conference Series, p. 9/16
  18. Tan (1984), p. 3
  19. Goh (1990), p. 148
  20. TheStar, Wong Chun Wai, May 9, 2010
  21. 21.0 21.1 Ball (1903), p. 129
  22. Wong, S.T. 1990. Perhubungan Kaum dalam Sastera Mahua. dlm. A. Rahim Abdullah (ed.).
Bibliografi
  • Backman, Michael; Butler, Charlotte, Big in Asia: 25 strategies for Business Success, Palgrave Macmillan, 2003, ISBN 0333985117
  • Ball, James Dyer, Things Chinese: Or Notes Connected With China, 4th edn., Hong Kong
  • Butcher, John G., The Closing of the Frontier: A History of the Marine Fisheries of Southeast Asia, c. 1850-2000, Institute of Southeast Asian Studies, 2004, ISBN 9812302239
  • Constable, Nicole, Chinese Politics in Malaysia: A History of the Malaysian Chinese Association, Oxford University Press, 1988, ISBN 0195888812
  • Constable, Nicole, Guest People: Hakka Identity in China and Abroad, University of Washington Press, 2005, ISBN 0295984872
  • Goh, Beng-Lan, Modern Dreams: An Inquiry into Power, Cultural Production, and the Cityscape in Contemporary Urban Penang, Malaysia, 2002, Cornell Univ Southeast Asia, ISBN 0877277303 (0-87727-730-3)
  • Hara, Fujio, Malayan Chinese and China: Conversion in Identity Consciousness, 1945-1957, NUS Press, 2003, ISBN 9971692651
  • In-Won Hwang, Personalized politics: The Malaysian state Under Mahathir, Institute of Southeast Asian Studies, 2003, ISBN 9812301852
  • International Conference of South-East Asian Historians, Papers on Malayan History, Journal of South-east Asian History., 1962
  • Megarry, Jacqueline, World Yearbook of Education: Education of Minorities, Taylor & Francis, 2006, ISBN 0415392977
  • Ooi, Jin-Bee, Land, People, and Economy in Malaya, Longmans, 1963
  • Owen, Norman G.; Chandler, David, The Emergence of Modern Southeast Asia: A New History, University of Hawaii Press, 2005, ISBN 0824828410
  • Pan, Lynn, The Encyclopedia of the Chinese Overseas, Harvard University Press, 1999, ISBN 0674252101
  • Tan, Chee Beng, Chinese Minority in a Malay State: The Case of Terengganu in Malaysia, Eastern Universities Press, 2002, ISBN 9812101888
  • Tan, Chee Beng; Kam, Hing Lee, The Chinese in Malaysia, Oxford University Press, 2002, ISBN 9835600562
  • Tan, Sooi Beng, Ko-tai, A New Form of Chinese Urban Street Theatre in Malaysia, Southeast Asian Studies, 1984
  • Toong, Siong Shih, The Foochows of Sitiawan: A Historical Perspective, Persatuan Kutien Daerah Manjung, ISBN 9834182406
  • Yamashita, Shinji; Eades, Jeremy Seymour, Globalization in Southeast Asia: Local, National and Transnational Perspectives, Berghahn Books, 2003, ISBN 1571812563
  • Yan, Qinghuang, The Chinese in Southeast Asia and Beyond: Socioeconomic and Political Dimensions, World Scientific, 2008, ISBN 9812790470