Orang Indo-Yunani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kerajaan Indo-Yunani

180 SM–10 Masihi
Kerajaan Indo-Yunani pada 100 SM.
Ibu negara Alexandria di Kaukasus
Sirkap/Taxila
Sagala/Sialkot
Pushkalavati/Peucela
Bahasa Greek (Abjad Greek)
Pali (skrip Kharoshthi)
Sanskrit, Prakrit (skrip Brahmi)
Mungkin bahasa Aramia
Agama Agama Buddha
Agama Yunani
Agama Hindu
Zoroastrianisme
Kerajaan Pemerintahan beraja
Raja
 - 180-160 SM Apollodotus I
 - 25 SM - 10 Masihi Strato II
Zaman bersejarah Zaman purba
 - Diasaskan 180 SM
 - Dibubarkan 10 Masihi
Antialcidas.JPG
Kerajaan Indo-Yunani
Sumber kuno
Sejarah
Agama
Seni
Warisan

Orang Indo-Yunani, juga dikenali sebagai Orang Yunani di Asia Selatan, dibawa ke Asia Selatan melalui perluasan keyunanian. Mereka mengasaskan Kerajaan Indo-Yunani atau Kerajaan Yunani-India [1] yang merangkumi beberapa kawasan barat laut dan utara di subbenua India pada sepanjang dua abad SM yang terakhir, dan diperintah oleh melebihi 30 raja keyunanian [2] yang sering bertempur antara satu sama lain. Kerajaan ini diasaskan sewaktu Demetrius, raja Yunani-Bactria, menyerang India pada awal abad ke-2 SM; dalam konteks ini, sempadan "India" ialah Kush Hindu. Orang Yunani di India akhirnya terpisah daripada Kerajaan Yunani-Bactria yang berpusat di Bactria (kini terletak di sempadan di antara Afghanistan dan Uzbekistan).

Ungkapan "Kerajaan Indo-Yunani" secara longgar memerihalkan sebilangan tatanegara dinasti yang berbeza. Terdapat banyak kota seperti Taxila,[3] Punjab di Pakistan, atau Pushkalavati dan Sagala [4] yang menampung sebilangan dinasti pada waktunya. Berdasarkan Geographia yang ditulis oleh Ptolemy dan tatanama raja-raja yang kemudian, sesuatu Theophila di selatan mungkin juga merupakan pusat pemerintahan satrap atau ibu kota diraja pada suatu ketika.

Selama dua abad pemerintahan mereka, raja-raja Indo-Yunani:

  • menggabungkan bahasa dan lambang Yunani dan India, seperti yang dilihat pada syiling mereka; dan
  • menyepadukan amalan agama Yunani, agama Hindu, dan agama Buddha, seperti yang dilihat pada tinggalan arkeologi kota-kotanya serta petanda sokongan mereka terhadap agama Buddha yang menunjukkan lakuran pengaruh India dan pengaruh keyunanian.[5]

Penyebaran budaya Indo-Yunani menghasilkan kesudahan yang masih dapat dirasakan pada hari ini, khususnya melalui pengaruh seni Yunani-Buddha.

Orang Indo-Yunani akhirnya hilang sebagai suatu entiti politik pada sekitar 10 Masihi, ekoran daripada serangan orang Indo-Scythia, walaupun mungkin terdapat sejumlah kecil penduduk Yunani di sana sini buat beberapa abad yang berikut di bawah pemerintahan Indo-Parthia dan pemerintahan Kushan yang kemudian.[6]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Kehadiran orang Yunani yang awal di Asia Selatan[sunting | sunting sumber]

Apollodotus I (180-160 SM), raja pertama yang hanya memerintah subbenua sahaja dan justeru, merupakan pengasas kerajaan Indo-Yunani yang sebenar.[7]

Pada 326 SM, Alexander Agung menaklukkan bahagian barat laut subbenua India sejauh Sungai Hyphasis lalu mengasaskan kawasan-kawasan satrap dan sebilangan petempatan, termasuk Bucephala; baginda kemudian menuju ke selatan apabila askar-askarnya enggan menuju lagi ke timur.[8] Namun, kawasan-kawasan satrap India di Punjab ditinggalkan untuk diperintah oleh Raja Porus dan Taxiles yang diakui semula menerusi Perjanjian Triparadisus pada 321 SM. Askar-askar Yunani yang lain di kawasan-kawasan satrap itu ditinggalkan untuk diperintah oleh jeneral Eudemus. Selepas 321 SM, Eudemus menggulingkan Taxiles lalu memerintah kawasan-kawasan tersebut sehingga beliau meninggalkan India pada 316 SM. Satu lagi jeneral, Peithon, putera Agenor, juga memerintah tanah-tanah jajahan Yunani di Indus [9] sehingga pemergiannya ke Babylon pada 316 SM.

Pada 305 SM, Seleucus I memimpin bala tentera ke arah Indus, di mana baginda bertemu dengan Chandragupta. Pertembungan ini berkesudahan dengan perjanjian damai dan "perkahwinan antara negara" (Epigamia), iaitu perkahwinan sesama kerabat diraja ataupun persetujuan mengahwinkan masyarakat India dan Yunani. Oleh yang demikian, Seleucus menyerahkan wilayah barat laut kepada Chandragupta, mungkin sejauh Arachosia, sambil menerima 500 ekor gajah perang (yang membantu Seleucus memenangi Pertempuran Ipsus):[10]

"Orang India menduduki sebahagian negeri-negeri bekas taklukan Parsi yang terletak di sepanjang Sungai Indus: Alexander merampas Ariani daripada mereka lalu mendirikan petempatan sendiri di situ, tetapi Seleucus Nicator menyerahkannya kepada Sandrocottus kerana terikat oleh perjanjian perkahwinan, lalu dibalas dengan lima ratus ekor gajah."
Strabo 15.2.1(9)[11]

Begitu juga, sebilangan orang Yunani termasuk sejarawan Megasthenes,[12] Deimachus dan Dionysius, diutuskan ke istana Maurya.[13] Kedua-dua pemerintah masih saling bertukar hadiah.[14] Keeratan hubungan ini terbukti oleh kewujudan sebuah jabatan negeri Maurya yang dikhususkan kepada orang luar dari Yunani (Yavana) dan Parsi,[15] ataupun saki-baki tinggalan tembikar keyunanian yang ditemui di seluruh India Utara.[16]

Titah-perintah dwibahasa (Yunani dan Aramia) di Kandahar oleh raja Asoka. Muzium Kabul (klik pada imej untuk terjemahan).[17]

Pada waktu ini, penduduk Yunani nampaknya kekal di barat laut subbenua India di bawah pemerintahan Maurya. Cucunda Chandragupta, Asoka yang memeluk agama Buddha, mengeluarkan titah-perintahnya dalam bentuk tulisan pada batu, sesetengahnya dalam bahasa Yunani,[18][19] bahawa para penduduk Yunani dalam negerinya juga memeluk agama Buddha:[20]

Dalam titah-perintahnya, Asoka menyebut bahawa baginda pernah mengutuskan pesuruh beragama Buddha kepada raja-raja Yunani sejauh Mediterranean (Titah 13),[21][22] serta baginda memajukan perubatan herba di wilayah mereka demi kesejahteraan manusia dan haiwan (Titah 2).[23]

Orang Yunani di India dipercayai memainkan peranan yang besar dalam usaha menyebarkan agama Buddha kerana ada dalam kalangan utusan Asoka seperti Dharmaraksita,[24] atau guru Mahadharmaraksita,[25] dinyatakan dalam sumber berbahasa Pali sebagai sami Buddha Yunani ("Yona") utama yang giat dalam menarik orang ramai menjadi penganut agama ini (Mahavamsa, XII).[26] Juga disangkakan bahawa orang Yunani menyumbang kepada hasil arca Tiang Asoka,[27] ataupun mekarnya kesenian Mauryan pada umumnya.[28]

Pada 206 SM juga, Maharaja Seleucia, Antiochus, memimpin bala tentera ke lembah Kabul untuk menerima gajah perang dan hadiah daripada raja Sophagasenus.[29]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Sebagaimana dengan kata majmuk yang lain seperti "Perancis-Kanada", "Afrika-Amerika", "Indo-Eropah" dan sebagainya... tempat asal biasanya didahului dan diikuti oleh tempat ketibaan. Justeru itu, istilah "Yunani-India" biasanya merupakan tatanama yang lebih tepat daripada istilah "Indo-Yunani". Bagaimanapun, istilah "Indo-Yunani" kini lebih umum digunakan, khususnya sejak penerbitan buku Narain yang berjudul The Indo-Greeks.
  2. Menurut Polybius 11.34, Euthydemus I ialah orang Yunani Magnesia. Justeru, Demetrius I, puteranya yang juga pengasas kerajaan Indo-Yunani, adalah berketurunan Yunani, sekurang-kurangnya daripada sebelah bapanya. Perjanjian perkahwinan yang diatur untuk Demetrius yang sama dengan salah satu puteri Antiochus III, raja Seleucid yang mempunyai sesetengah keturunan Parsi (Polybius 11.34). Keetnikan raja Indo-Yunani yang kemudian kurang jelas ("Nota tentang Keyunanian di Bactria dan India". W. W. Tarn. Journal of Hellenic Studies, Jilid. 22 (1902), m.s. 268–293). Misalnya, Artemidoros (80 SM) mungkin berketurunan Indo-Scythia. Sesetengah kahwin campur mungkin juga berlaku, misalnya perkahwinan Alexander III dari Macedon (yang mengahwini Roxana dari Bactria), dan perkahwinan Seleucus (yang mengahwini Apama).
  3. Mortimer Wheeler Flames over Persepolis (London, 1968). Pp. 112 ff. It is unclear whether the Hellenistic street plan found by Sir John Marshall's excavations dates from the Indo-Greeks or from the Kushans, who would have encountered it in Bactria; Tarn (1951, pp. 137, 179) ascribes the initial move of Taxila to the hill of Sirkap to Demetrius I, but sees this as "not a Greek city but an Indian one"; not a polis or with a Hippodamian plan.
  4. "Menander had his capital in Sagala" Bopearachchi, "Monnaies", p.83. McEvilley supports Tarn on both points, citing Woodcock: "Menander was a Bactrian Greek king of the Euthydemid dynasty. His capital (was) at Sagala (Sialkot) in the Punjab, "in the country of the Yonakas (Greeks)"." McEvilley, p.377. However, "Even if Sagala proves to be Sialkot, it does not seem to be Menander's capital for the Milindapanha states that Menander came down to Sagala to meet Nagasena, just as the Ganges flows to the sea."
  5. "A vast hoard of coins, with a mixture of Greek profiles and Indian symbols, along with interesting sculptures and some monumental remains from Taxila, Sirkap and Sirsukh, point to a rich fusion of Indian and Hellenistic influences", India, the Ancient Past, Burjor Avari, p.130
  6. "When the Greeks of Bactria and India lost their kingdom they were not all killed, nor did they return to Greece. They merged with the people of the area and worked for the new masters; contributing considerably to the culture and civilization in southern and central Asia." Narain, "The Indo-Greeks" 2003, p.278
  7. Jairazbhoy, Rafique Ali (1995). Foreign influence in ancient Indo-Pakistan. Sind Book House. m/s. 100. ISBN 9698281002. "Apollodotus, pengasas kerajaan Yunani-India (k.k. 160 SM)." 
  8. India, the Ancient Past, Burjor Avari, p.92-93
  9. :"To the colonies settled in India, Python, the son of Agenor, was sent." Justin XIII.4
  10. India, the Ancient Past, Burjor Avari, p.106-107
  11. "Strabo 15.2.1(9)". http://www.perseus.tufts.edu/cgi-bin/ptext?doc=Perseus%3Atext%3A1999.01.0239&query=head%3D%23120. 
  12. India, the Ancient Past, Burjor Avari, p.108-109
  13. "Tiga duta Yunani dikenali sebagai Megasthenes, duta ke Chandragupta; Deimachus, duta ke putera Chandragupta, Bindusara; dan Dyonisius, yang diutuskan oleh Ptolemy Philadelphus ke istana Asoka, putera Bindusara", McEvilley, p.367
  14. Mengikut sumber klasik, selepas perjanjian mereka, Chandragupta dan Seleucus bertukar hadiah, seperti ketika Chandragupta menghantar pelbagai jenis afrodisiak kepada Seleucus: "And Theophrastus says that some contrivances are of wondrous efficacy in such matters as to make people more amorous. And Phylarchus confirms him, by reference to some of the presents which Sandrakottus, the king of the Indians, sent to Seleucus; which were to act like charms in producing a wonderful degree of affection, while some, on the contrary, were to banish love" Athenaeus of Naucratis, "The deipnosophists" Book I, bab 32 Ath. Deip. I.32. Disebut dalam McEvilley, p.367
  15. "The very fact that both Megasthenes and Kautilya refer to a state department run and maintained specifically for the purpose of looking after foreigners, who were mostly Yavanas and Persians, testifies to the impact created by these contacts.", Narain, "The Indo-Greeks", ms.363
  16. "It also explains (...) random finds from the Sarnath, Basarth, and Patna regions of terra-cotta pieces of distinctive Hellenistic or with definite Hellenistic motifs and designs", Narain, "The Indo-Greeks" 2003, ms.363
  17. "Sebuah edik batuan yang kurang penting yang baru-baru ini ditemui di Kandahar ditulis dengan menggunakan dua tulisan, iaitu tulisan bahasa Greek dan bahasa Aramia", India, the Ancient Past, Burjor Avari, m.s. 112
  18. "The second Kandahar edict (the purely Greek one) of Asoka is a part of the "corpus" known as the "Fourteen-Rock-Edicts"" Narain, "The Indo-Greeks" 2003, ms.452
  19. "It is also in Kandahar that were found the fragments of a Greek translation of Edicts XII and XIII, as well as the Aramean translation of another edict of Asoka", Bussagli, ms.89
  20. "Within Ashoka's domain Greeks may have had special privileges, perhaps ones established by the terms of the Seleucid alliance. Rock Edict Thirteen indicates the existence of a Greek principality in the northwest of Ashoka's empire -perhaps Kandahar, or Alexandria-of-the-Arachosians- which was not ruled by him and for which he troubled to send Buddhist missionaries and published at least some of his edicts in Greek", McEvilley, p.368
  21. "Thirteen, the longest and most important of the edicts, contains the claim, seemingly outlandish t first glance, that Ashoka had sent missions to the lands of the Greek monarchs -not only those of Asia, such as the Seleucids, but those back in the Mediterranean also", McEvilley, p.368
  22. "When Ashoka was converted to Buddhism, his first thought was to despatch missionaries to his friends, the Greek monarchs of Egypt, Syria, and Macedonia", Rawlinson, Intercourse between India and the Western world, p.39, quoted in McEvilley, p.368
  23. "In Rock Edict Two Ashoka even claims to have established hospitals for men and beasts in the Hellenistic kingdoms", McEvilley, p.368
  24. "One of the most famous of these emissaries, Dharmaraksita, who was said to have converted thousands, was a Greek (Mhv.XII.5 and 34)", McEvilley, ms.370
  25. "The Mahavamsa tells that "the celebrated Greek teacher Mahadharmaraksita in the second century BC led a delegation of 30,000 monks from Alexandria-of-the-Caucasus, Alexandra-of-the-Yonas, or of-the-Greeks, the Ceylonese text actually says to the opening of the great Ruanvalli Stupa at Anuradhapura"", McEvilley, ms.370, memetik Woodcock, "The Greeks in India", ms.55
  26. Teks penuh Mahavamsa Klik pada bab XII
  27. "The finest of the pillars were executed by Greek or Perso-Greek sculptors; others by local craftsmen, with or without foreign supervision" Marshall, "The Buddhist art of Gandhara", ms.4
  28. "A number of foreign artisans, such as the Persians or even the Greeks, worked alongside the local craftsmen, and some of their skills were copied with avidity" Burjor Avari, "India, The ancient past", ms.118
  29. "Antiochos III, after having made peace with Euthydemus I after the aborted siege of Bactra, renewed with Sophagasenus the alliance concluded by his ancestor Seleucos I", Bopearachchi, Monnaies, ms.52


Kerajaan tengah di India
Garis masa: India Utara India Selatan Lembah Indus

 Abad ke-6 SM
 Abad ke-5 SM
 Abad ke-4 SM

 Abad ke-3 SM
 Abad ke-2 SM

 Abad ke-1 SM
 Abad ke-1


 Abad ke-2
 Abad ke-3
 Abad ke-4
 Abad ke-5
 Abad ke-6
 Abad ke-7
 Abad ke-8
 Abad ke-9
Abad ke-10
Abad ke-11















(Pemerintahan Parsi)
(Penaklukan Yunani)






(Penaklukan Islam)

(Empayar Islam)